|
Showing posts with label budaya pre wedding. Show all posts
Showing posts with label budaya pre wedding. Show all posts
Foto "Pre-Wedding" Pasangan Islam Haram22 comments 29 November 2011JAKARTA 28 Nov. - Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Wah, kat Indonesia sana dah diharamkan dah. Malaysia bila lagi? Isu ni aku pernah tekankan dulu, kat sini: Pre-Wedding: Trend Jahiliah Modern. Jahilkah Anda?? Memang elok la kalau pre-wedding ni diharamkan. Pasal aku tengok trend jahiliah ni semakin menular. Foto bergambar dengan pasangan diupload kat facebook. Bloggers pon sama. Banyak sangat dah blog dengan "megah" menceritakan aktiviti pre-wedding diorang dengan tak malunya. Pastu tukang komen pon dok puji. Seperti menghalalkan benda yang haram. Haish.. Takpela, kat sini aku bukan nak cari siapa yang salah. Tapi, just nak ingatkan kat korang semua. Sebaiknya, tak payah la nak buat pra-perkahwinan tu. Menjatuhkan harga diri korang sebagai seorang muslim je. Dan kepada yang lain-lain. Kalau korang ternampak facebookers, atau bloggers pacakkan gambar pre-wedding diorang. Pegang tangan, berpelukan, bergambar atas katil dan sebagainya. Elokla korang tegur. Bukan untuk aibkan dia. Tapi untuk peringatan sesama muslim. Orait? =) p/s: Kalau tak nak tegur pun, toksah la puji. Nyampoh den baca segala pujian plastik korang. Ahaks..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|