|
Showing posts with label blog jejaka terhangat. Show all posts
Showing posts with label blog jejaka terhangat. Show all posts
Sampai Bilakah Kita Mampu Berblog?31 comments 14 July 2011
Setiap hari akan ada blogger baru yang muncul. Dunia blogging semakin meluas. Tapi, pada masa yang sama, ada juga blogger-blogger yang letak jawatan. Tak nak lagi berblog. Blognya dimatikan begitu sahaja.
Mungkin disebabkan persaingan dunia blog yang semakin sengit. Ramai yang putus asa untuk terus berblog sebab merasakan blognya tak semegah blogger lain. Kita pulak nanti macam mana? Agak-agak, sampai bila korang mampu berblog? Korang ada target bila nak berhenti berblog? Atau korang akan terus berblog sampai bila-bila? Aku? Aku mungkin akan berhenti berblog bila dah kawen nanti. Secara jujurnya, aku pun tak nak bakal isteri nanti seorang blogger. Kenapa? Jawapannya senang je. Aku tak nak isteri aku nanti dok ceritakan kisah-kisah harian, atau aktiviti keluarga kami kat blog. Biarlah aktiviti tu jadi kenangan dalam keluarga kami sahaja. "Aku cerita kat blog untuk kongsi kat semua orang je" Iye, niat korang baik. Tulis blog sebab nak pembaca tau apa aktiviti harian korang. Tapi ingat. Disamping ada pembaca yang suka. Jangan lupa, pasti akan ada juga yang jelik dengan kita. Walaupun yang benci tu hanya sebahagian kecil, tapi golongan tu la yang mampu menjatuhkan air muka keluarga kita nanti. Aku tak nak ambik risiko. Semakin kurang orang tau pasal kita. Semakin selamatlah kita. Beringat sebelum kena. Itulah yang aku cuba amalkan. Blog Jejaka Terhangat Berwajah Baru Yang Jahanam?33 comments 12 July 2011
Kehkeh. Bagi sesiapa yang selalu ke sini, mesti akan perasan perubahan ketara blog Jejaka Terhangat ni. Dulunya template putih. Sekarang, hitam sudah. Panas sangat, terbakar sampai rentung agaknya. Tu yang jadi legam. Ahaks..
Mula-mula, aku nak minta maaf kat semua pembaca, skodenger, dan silent reader blog ni yang tak puas hati dengan perubahan yang aku buat. Ada yang mintak aku tukar balik ke template lama, yang putih tu. Err, sori ye. No can't do. Hehe.. Bukan apa, sekarang aku tengah bereksperimentasi dengan blog ni. Adakah performance sesuatu blog akan ada perubahan ketara, sekiranya template yang digunakan tak berapa menarik? Hmm, kita tengok je la nanti camne. =p Header Blog Bagi template hitam ni, aku gunakan "header dengan twitter status". Bagi konon-konon nampak macam gempak. Hehe. Terima kasih kat Belog AdamXis atas tutorial buat header dengan status twitter ni. Menu Bar Bagi menu bar (Home dan Sitemap), dan jugak sosial network, aku gunakan code "table" supaya ianya dapat diselarikan dalam satu baris je. Jangan lupa add yek. Hehe.. Overall, template hitam ni aku matchkan dengan kehangatan blog aku, iaitu merah. Hitam + Merah + Putih. Ok ke? Nak tak nak, korang terima je la yek. Kehkeh.. Thanks for your support guys..=)
Subscribe to:
Posts (Atom)
|