|
Showing posts with label bersatulah. Show all posts
Showing posts with label bersatulah. Show all posts
Lebihkan Bersatu, Kurangkan Berseteru!5 comments 26 June 2012
SaLam...
Kenapa perlu bersatu? Penting sangat ker? Yes. Penyatuan sangat penting dan amatlah digalakkan di mana-mana institusi yang ingin berjaya. Aku pernah lihat satu bangsa yang sangat bersatu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain, sekarang mereka berjaya (aku rasa bangsa tersebut telah anda sedia maklum). Berpecah, memang kita akan musnah. Bersatu teguh, bercerai roboh Bayangkan kalau dalam satu pasukan bola sepak, di dalamnya terdapat beberapa orang yang hanya menumpang nama, langsung tidak memberikan idea yang bernas. Seorang lagi terlalu tergopoh-gapah dalam memberikan keputusan tanpa memikirkan orang lain, dan tidak kurang yang bergaduh, merajuk kerana pendapatnya tidak diterima umum. Rasa-rasa, apa akan terjadi pada pasukan bola sepak tersebut? berjayakah? (mentang-mentanglah Euro 2012, nak jugak cite sal bola) Saling hormat-menghormati ko jangan fikir pendapat engkau sorang je yang betul. ade je orang lain yang betul kan. ke takde dah? Yang mana satu pendapat yang benar? Yang mana satu pulak yang tidak bener? Simple. Semua pendapat adalah benar belaka, melainkan bercanggah dengan Al-quran dan Assunnah. Maka hormatlah orang lain yang ingin memberi pendapat, tanpa ada rasa prejudis.
Bagaimana pula sikap seorang pengikut? Korang nak jadi pengikut jer? Ok macam ni, kene ade sifat tsiqah kepada orang yang korang ingin follow. Kalau orang yang anda minat tuh buat kesalahan, tegur sikit. Jangan dok diam je k? Tapi jangan jugak terus menentang. namo namo namo Dan tidak pula kita menjadi taksub terhadap seorang pemimpin sehinggakan apabila dia membuat satu kesalahan, kita tidak dapat terima kenyataan bahawasa yang perbuatannya tu adalah salah dan wajib di perbetulkan. jangan terlalu taksub, dan jangan pula terlalu menentang. sedang-sedang. bak kata omputeh, CHECK AND BALANCE. bersikap adillah dalam persatuan. Tsiqah itu ape? Hamende Tsiqah tuh ek? Sejenis kuih kot? Hehe.
Ok, tak lawak Tsiqah, dari sudut bahasa bererti kita menaruh kepercayaan kepada pemimpin bahawasanya mereka mampu untuk memikul tugas yang di amanahkan kepada mereka. Makanya, pemilihan pemimpin haruslah ditelitikan dan bukannya pemimpin tersebut dipilih kerana terpaksa. Kerana tak ada yang nak jadi pemimpin. Pernah tak tengok time solat berjemaah kat masjid/surau yang imamnya tak dilantik, seorang akan menolak seorang untuk dijadikan imam (seolah-olah jika kite ditolak menjadi imam, kita adalah kambing hitam)? Tak da seorang pun yang layak jadi imam solat tersebut ker? Nak bersatu? simple. Perbetulkan solat anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
|

.jpg)