Awat Teruk Sangat Jalan Motor Di Federal Highway??3 comments 30 June 2016
First of all, aku ucapkan tahniah kepada Paultan.org, sebab berjaya wakilkan bikers Klang Valley tentang defects jalan motosikal di Federal Highway.
Sebagai pengguna tegar jalan motor Federal Highway (Lebuhraya Persekutuan), aku 100% setuju pendedahan ni. At least pemandu kereta luar sana boleh faham, dan tengok sendiri sukarnya jadi pemandu motosikal di lembah klang. "Sape suruh naik motor. Naiklah kereta" Halo makcik.!! Kalau semua orang naik kereta, semakin berganda la jammed. Kebanyakan bikers bukan tak mampu pakai kereta. Tapi tak nak contribute kepada kesesakan jalan raya yang dah sedia nazak tau.!! Jalan dibaiki dari semasa ke semasa Aku perhatikan, memang ada tempat2 bermasalah di jalan motor ni yg sentiasa diperbaiki. Syabas kepada pihak berwajib. Tapi.. Ada tapinya. Pada masa yg sama, kawasan bahaya juga turut bertambah. Setiap kali ada construction, pasti jalan motor jadi mangsa. Dikecikkan, dipecahkan, habis berpasir, dan sebagainya. Adehh. Aku bukanlah anti pada pembinaan. Tapi harapan kecil aku, jalan motor jangan pula diabaikan. Buat molek sikit. Boleh? “Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh”7 comments 29 June 2016Assalamualaikum geng. Selamat berpuasa. Dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016 yang akan terjah kita tak lama lagi. Dan, sempena hari raya ni jugak, kawan blogger kita, SpendaLusuh dengan baik dan besar hatinya nak bagi kita duit raya. Caranya tersangatlah mudah. Budak tadika pun boleh join tau. Cenggini je: ü Follow Blog SpendaLusuh OK, syarat2 aka senarai semak di atas aku dah tunaikan. Tak percaya? Meh tengok ni satu-satu.. 1. Follow Blog SpendaLusuh * Sebelum giveaway ni pun aku dah follow awal-awal lagi. Pasal blog dia memang best. Power memancing dia ni. Ngehh.. 2. Like facebook page SpendaLusuh OK, Done. Next..!!! 3. Buat satu entry bertajuk "Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh" - Done. Siap dengan tanda " " sekali aku taruk. Haha.. 4. Copy poster dan backlink ke entry ni. - Done. Banner paling atas sekali kat entry ni. Kojo sonang jo ni. 5. Comment sambil bubuh link post kat bawah ni. - Done. 6. Click lah jugak semua nuffnang ads yang ada kat blog ni sekali ye… - Leaderboard, sidebar & rectangle ads viewed. Done Boss..!!! Selesai. Sekarang tunggu duit raya masuk dalam akaun je. Kehkeh. Terima kasih kerana beri peluang aku sertai giveaway ni SpendaLusuh. Anda memang terbaek. Tips Lulus Pinjaman Bank2 comments 20 June 2016Aku baru je buat pinjaman perumahan, dan jugak pinjaman peribadi (personal loan). Ternyata, bukan mudah sebenarnya nak lulus pinjaman bank ni. Untuk senang lulus, Samada untuk loan rumah ataupun personal loan. Ada beberapa perkara yang perlu korang ambil kira sebelum apply loan bank. Tips Lulus Pinjaman Bank 1. Pastikan Had Gaji Minimum Lepas Survey dulu bank yang korang nak buat loan tu. Syarat gaji minimum diperlukan untuk setiap bank tak sama. Contohnya, Bank Islam nak gaji minimum RM3,500. Bank Rakyat nak RM2,000 ke atas. Sekiranya syarat 1 dah lepas, seterusnya.. 2. Pastikan CCRIS Cantik CCRIS ni rekod hutang korang yg ada dalam Bank Negara. Kalau rekod korang kosong, bermakna korang tak pernah berhutang (tiada komitmen). Lupakan niat untuk apply loan. Sebab confirm tak lepas. "Bukan ke kalau tak berhutang tu lagi bagus??" Kebanyakan orang fikir macam tu. Hakikatnya, bank lagi suka tengok kita berhutang. Yang boleh bagi keuntungan kepada bank. Dan daripada CCRIS report tu, bank boleh baca tabiat kita dalam bayar hutang. Bank takkan berani nak bagi pinjaman kepada orang yang liat bayar hutang. Aku akan update lebih detail pasal CCRIS ni pada entri akan datang.. 3. Ramah Mesra Dengan Banker Banker ni orang yg bertanggungjawab proses permohonan loan kita. Kalau loan korang sangkut, mintak saranan banker tu. Tanya dia, apa yang perlu korang buat supaya loan boleh diluluskan. Permohonan loan rumah dan personal loan aku dah pun lulus secara serentak. Harap tips atas ni sedikit sebanyak dapat bantu korang jugak. Orait..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|