Showing posts with label berita hangat. Show all posts
Showing posts with label berita hangat. Show all posts
Nafsu Abang Ipar Miang | Apa Kata Jejaka Terhangat?20 comments 16 January 2011
Tajuk Berita: Nafsu Abang Ipar Miang.
Sumber: Harian Metrosexual (macam biasa ler). Ringkasan berita: Berita mengenai abang ipar yang "geram" dengan adik ipar dia. Dia berusaha menggoda adik ipar dia masa isteri dia pergi bekerja. Sampailah kemuncak, si abang ipar dah geram sangat, dia cuba utk merogol adik iparnya tu.. Ulasan Jejaka Terhangat: Astaghfirullahalazim (istighfar dulu ye semua). Dalam kes ni nak salahkakn sapa? Abang ipar yang tak tahan? Atau salah adik ipar sebab tak report kat akak dia? Benda macam ni sampai bila2 pun akan berulang. Patutnya manusia ni amik iktibar daripada kejadian2 lepas. Abang ipar dan adik ipar jangan dicampurkan sekali dalam satu rumah.. Dalam Islam, abang dan adik ipar (perempuan) haram bersentuh kulit. Tak boleh bersalaman. Aurat jugak kena jaga betul-betul. Aurat dengan abang ipar sama macam dengan lelaki ajnabi (yang boleh kawen). Takkan tak tau kot? Tapi orang kita sekarang ada kisah pasal benda ni? Aurat ke tak, abang ipar diangap sama seperti abang kandung pulak. Salam tanpa lapik pon selamber je.. Untuk makluman ye, abang ipar boleh kawen dengan adik ipar selepas lelaki tu bercerai dengan isterinya. Sebab tu la abang dan adik ipar jangan disekalikan dalam sebuah rumah. Ngerti semua? Mana yang Islam tetapkan, mesti ada sebabnya. Jangan salahkan sesiapa. Salahkakn diri sendiri sebab terus-menerus membiarkan diri dalam keadaan jahil. Sekian.. Nafsu abang ipar miang: KUALA LUMPUR: Seorang abang ipar yang ‘geram’ melihat adik iparnya yang tinggal bersama sejak enam bulan lalu mengambil kesempatan mahu merogol gadis berkenaan ketika isterinya tiada di rumah kerana keluar bekerja. Rujuk sini: HARAM BERSENTUHAN DAN BATAL WUDHU Harian Metrosexual: Akhbar Seks Terlaris Di Abad Ini28 comments 08 January 2011
Apa akhbar harian faveret korang ek? Tettt, tak payah jawab pon takpe. Aku dah tau. Mestila Harian Metro. Ye dak?
Mana taknya, headline berita dia tak pernah cool. "Panas" je sepanjang masa. Tu yang menarik korang beli harian metro kan? Eh, tak percaya plak korang ek. Cuba perhatikan dalam seminggu. Headline dia takkan terlepas isu seks punya.. 1. Budak terlampau - aksi panas dua beradik. (headline dulu) 2. Klip video jiran terlampau - tonton video anak diperkosa. (headline harini) Sekarang ni harian metro dah dicop sebagai Harian Metrosexual. Agaknya kalo takde isu seks, akhbar ni pon takde orang beli kot? Nah, tengok screenshot MyMetro online harini: Bulatan : Unsur seks dikesan. Perghh, dahsyat kan? Bukan setakat headline je. Yang lain-lain pon ada berkaitan dengan masalah sosial gak, pasal seks. Memang mesra SEO dengan keyword lucah betol la harian metro ni.. So, sekarang ni tak payah la korang susah-susah nak sorok-sorok beli majalah playboy lagi. Harian Metrosexual kan ada. Ahaks.. [Berita Hangat] Lebih 10 Ribu Gadis Negara Frust Menonggeng.26 comments 10 October 2010KUALA LUMPUR: Pernikahan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos hari ini telah menyebabkan lebih 10 ribu anak gadis Malaysia frust menonggeng. Ini berikutan mereka kecewa jejaka tampan idaman mereka tidak lagi berstatus bujang. Ada di antara anak-anak gadis ini yang berlinang air mata semasa menyaksikan majlis akad nikah buah hati mereka ini secara langsung di kaca tv. Menurut Mak Peah, anak perempuannya menangis teresak-esak tak berhenti selepas mendengar berita bahawa angkasawan kacak negara akan berkahwin pada tarikh keramat 10 Oktober 2010. Dia bertekad tidak mahu makan walaupun puas dipujuk oleh Mak Peah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
|