Puss in Boots / The Three Diablos [ Short Movie ] - Jom Download :)

5 comments 29 February 2012
Bagi pencinta kucing. Aku rasa nama Puss In Boots mesti tak asing bagi korang kan? Siapa tak kenal Puss, si kucing comel yang jadi watak pembantu dalam animasi Shrek dulu.

Dan, Puss in Boots jugak dah ada filem dia sendiri tahun lepas. Tapi, ramai yang tak tau, Puss in Boots ada short film dia. Iaitu The Three Diablos. Durasinya selama 15 minit. Yang menampilkan tiga ekor anak kucing comel, tapi nakal.



No fear my dear. Sesiapa yang tak tengok lagi, korang boleh download kat sini. Cepat download, takut link mati pulak nanti. Subtitle ada disertakan sekali. =)



Puss terkenal dengan mata besar dia yang bersinar, mintak simpati. Geram. Tengok rasa macam nak kasi penampar je. Haha..




Tapi, Puss sebenarnya tak disukai oleh budak-budak. Kesian beliau..



Wakakakaka.. Kuat jelous betol bebudak sekarang yek. Apapun, happy watching semua. Kalau ada masalah nak download. Sila bagitau yek. =)
Read On

Aurat Sesama Keluarga. Tahu Ke??

23 comments 10 February 2012
Nak tanya korang sikit. Korang ada adik beradik kan? Sesama adik beradik korang. Agak-agak, ada aurat tak yang kena jaga? Kalau ada, tang mana yang kena tutup?

Kalau aurat sesama suami isteri. Semua pun tau kan? TIADA AURAT. So, kalau engkorang nak berbogel, depan isteri, suami korang. Takde masalah. Tak dosa. =p

Tapi, kalau mak dengan anak? Ataupun ayah dengan anak? Ataupun adik-beradik lelaki dengan kakak atau adik perempuannya. Apa pulak auratnya?



Undertaker, undertaker. Haha.. Adeh..


Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat sesama mahram adalah antara pusat dan lutut.

Walau pun begitu, wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Tujuannya, bagi menjaga adab dan tatasusila wanita. Terutama dalam menjaga kehormatan. Supaya perkara-perkara sumbang dalam keluarga tidak berlaku.


So, walaupun aurat sesama mahram adalah dari pusat sampai lutut. Tapi, lebih molek la pakai pakaian yang lengkap. Zaman sekarang ni. Keluarga sendiri pun bahaya jugak kan? - Orang Paling Bahaya Adalah Orang Paling Rapat Dengan Kita.


So, aku harap entri ni sedikit sebanyak dapat kasi manfaat kat korang semua. Wallahualam.. Sumber Rujukan : WEB RASMI JAIS
Read On

Bahana Cinta Internet: Kesian. Kena Tipu Hidup-Hidup

21 comments 08 February 2012
Kelmarin aku keluar minum dengan member aku. Maklumla, lama tak jumpa. Nak jugak lepak borak-borak. Tapi, sepanjang dok lepak dengan dia. Dia asyik murung je. Aku pon curious. Lalu, terjalinlah sebuah conversation, seperti berikut:

"Hafiz, apsal aku tengok ko ni muram je. Bini ko dah mati ke?". Tanya aku selamba.

"Eh kau ni JT. Aku mana kawen lagi. Macam mana nak mati bini?". Balas Hafiz.

"Ala, aku gurau-gurau je tu. Hehe. Abis tu apa masalah kau ni? Cite la sket. Mana tau aku boleh tolong tambahkan lagi masalah ko ke. Kehkeh.."

"Hm, susah la nak cite. Rumit. Aku rasa macam orang bodoh pon ada". Balas dia.

"Ala, alang-alang dah ada rupa bodoh tu kat sini. Ko cite je la. Dengan aku pun nak berkira ke?". Minta aku dengan nada manja.

"Oo, sedap ko kata aku bodoh ek. Takpela, sebab ko member aku yang paling hina. Aku cite gak la. Ko dengar betul-betul. Tiada ulang tayang ni". Tegas dia, gaya macam seorang lecturer.

"Camni. Aku ada kenal dgn sorang minah ni. Boleh kata cun gak la. Kitorang siap rancang nak kawen lagi tu. Tapi..."

"Tapi sayang, kehadiran kekasih lamamu.." Sampuk aku tiba-tiba, sambil menyanyi.

"WEI ko ni. Aku serius la. Ko boleh nyanyi-nyanyi pulak". Marah Hafiz tegas.

"Haha, yela. Saje tambah kicap sket bagi mood jadi lebih sedap. Teruskan sambung cite ko tu. Aku ni pendengar yang setia tau".

"Tapi, sebenarnya dia tipu aku. Selama setahun kenal. Baru semalam dia bagitau semuanya. Identiti asal dia bukan macam dia cerita kat aku selama ni. Muka dia sebenar pon tak sama macam gambar asal yang dia bagi. SIOT..!!!" Teriak Hafiz.

"Lorr, ko biar betol. Camne boleh jadi camtu? Dia buat pembedahan plastik ke. Sampai muka dia berubah?" Tanya aku kehairanan.

"Ko ni JT. Study tinggi-tinggi. Tapi otak RAM 8 MB je. Slow. Aku tak pernah jumpa dia la. Kitorang berkenalan pon kat myspace je." Balas dia geram.

"Woahoo..! Myspace tu. OLD SCHOOL. Wujud lagi ek natang tu? Haha. Kire korang declare kat henpon jela. Couple jarak jauh. Camtu?"

"Ha, Macam tu la. Aku dah punya sayang kat dia. Sepanjang setahun kenal, hari-hari kitorang kontak. Siap muah-muah kat henpon lagi tu. Sekali, dia tipu aku. Uwaaa..!!"

"Eh, macam mana ko tau dia tipu. Ko hantar spy ke?"

"Dia yang bagitau aku. Dia kata, dia tak sanggup nak tipu lama-lama lagi dah. Sebab, dia dengan family dia nak pergi umrah hujung bulan ni. Dia takut terbakar kat Mekah sana nanti. Tu yang dia bagitau aku benda sebenar tu. Siot tak?"

"A'ah. Siot gak la. Sebab takut terbakar baru nak bagitau. Haha. Boleh tahan. Pastu, rupa sebenar dia camne? Kalau cantik, ko go on jela. Dia pun dah minta maaf kan?"

"Puih. Dah la muka huduh. Gemok pulak tu. Tak mau aku. Cukup dah la setahun aku kena kencing. Patut la aku mintak webcam dengan dia, tak pernah dia nak bagi. Siott..!!!" Ujar Hafiz tak puas hati.

"Err, masuk ni dah 99 kali ko kata siot ni. Marah betol ko ek. Ko ada gambar dia tak? Meh aku tengok sket cemana rupa pompuan penipu besor tu".

"Ok. Hmm, ni ha. Ini gambar sebenar dia. Ni pulak gambar yang dia tipu aku tu." Hafiz tunjuk gambar di iphonenya.

"WEI, ni kan gambar Hanis Zalika. Blogger femes tu. Macam mana la ko boleh kena tipu hidup-hidup. Kahkahkahkah". Gelak aku tak tahan.

"Laa, yeke? Mana la aku tau. Aku bukannya blogger macam ko. Uwaaa. Ni yang rasa nak terjun bangunan ni..!!!"

"Best la ko. Dapat mesej sayang-sayang, muah-muah dengan blogger meletop selama setahun. Kahkahkahkahkah". Aku sambung gelak.

"SIIIOOOOOOOOTTTTTT". Teriak Hafiz sambil ketuk kepala aku.


p/s: Moral of the story: Cinta internet boleh membunuh. Fake profile berlambak. Beware.
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...