Tips Memanfaatkan Pakwe Korang Secara Maksimum

36 comments 31 July 2011
Korang sedang bercinta? Pakwe korang sangat sayangkan korang? Bagus-bagus. Dah namanya berkapel. Kena la manfaatkan pakwe tu semaksimum yang mungkin. Kalau tak, rugi je la berkapel. Ye tak?

So, kat sini aku ada tips yang baek punya, untuk perempuan. Baca ni:


Tips Memanfaatkan Pakwe Korang Secara Maksimum


1. Dapatkan kredit percuma

Cara ni senang je. Bagitau kat pakwe korang yang korang nak berubah. Nak jadi seorang makwe yang lebih romantik. Yang lebih kerap wish selamat pagi dan malam kat dia.

Bagitau dia jugak, tapi malangnya bulan ni korang sengkek. Takde duit untuk topup. Jadi, perubahan tu mungkin korang tak dapat dibuat.

Lepas tu tunggu je. Tak lama lepas tu, mesti topup sekurang-kurangnya RM10 masuk kat henfon korang. Nice..


2. Dapatkan hadiah kegemaran pada hari lahir.

Korang suka beg tangan mahal, jam, atau kasut berjenama? Owh, jangan risau. Masa besday, korang akan dapat semua tu. Caranya, pastikan seminggu sebelum besday korang sebut2 barang yang korang nak tu setiap hari.

Contohnya, ckp camni:

"Tadi ai jalan tengok ada gurl pakai kasut hush puppies, suka sangat. Kan bagus kalau ai pun ada".

Esoknya, mention lagi barang yang korang nak tu masa berborak dengan pakwe korang. Tapi, pastikan guna ayat lain pulak.

Hadiah besday korang dah jelas. Korang bakal dapat barang yang korang sebut-sebutkan tu. Kalau nasib korang baik. Dengan anak anjing (puppies) sekali dia hadiahkan. Terbaek..


3. Makan percuma.

Cara ni pun sama juga macam yang pertama tadi. Bagitau padanya, bulan ni korang sengkek. Nak makan untuk diri sendiri pun kena berjimat. Kena selalu ikat perut. Bagitau jugak yang "mee sedap" jadi makanan kegemaran korang setiap malam.

Bila dah bagitau macam tu, korang tak payah risau kena keluar duit bila dating dengan dia. Confirm dapat full sponsor. Makan dia bayar. Lebih untung, tengok wayang pon free. Sape tak nak weh..


4. Free transportation

Korang malas nak drive, atau tak nak naik transport awam untuk pergi dan balik kerja? No worries. Sms je pakwe korang, bagitau yang korang tak sihat. Kalau drive sendiri takut boleh eksiden. Pakwe korang mesti offer penghantaran percuma untuk korang punya la.

Bagi sesiapa yang kapel satu kolej lagi best. Gunakan alasan sama. Free-free pakwe korang jadi drebar pergi dan hantar korang balik kelas. No sweat at all. Best kan?


Orait, tu je tips yang aku boleh share setakat ni. Kalau rajin, nanti aku post lagi yek. Jangan risau la. Kaedah-kaedah atas ni dah terbukti berkesan secara saintifik.

Tapi, kalau pakwe korang mintak clash lepas korang amalkan tips ni jangan salahkan aku pulak. Nanti aku padankan muka korang lagi. Kehkeh.. Selamat mencoba. Larikkk..!!! =p


p/s: Sape takde pakwe, tak payah sedih2. Dosa korang (zina mata, zina hati, dan lain-lain) 'mungkin' kurang sedikit berbanding yg berkapel. Tahniah2..=)
Read On

Siapa Orang Yang Mandul??

15 comments 30 July 2011

Orang mandul tu apa? Mandul tu orang yang tak boleh mendapatkan anak. Tak kira suami atau isteri. Jika salah seorang mandul, maka anak pun dah boleh dihasilkan.

Itu pemahaman kita semua tentang mandul kan?

Tapi, istilah mandul yang ditafsirkan oleh Rasulullah lain pula definisinya. Perkongsian ni dibuat oleh khatib dalam khutbah Jumaat semalam.


Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda:
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat:
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata:
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."


Ada anak tapi mandul

Kau bermegah ada anak ramai. Bangga anak kau artis terkenal. Kau tak peduli dia buka aurat, tayang badan sini sana. Anak kau tak tau apa-apa pasal agama bukanlah urusan kau. Kau puas hati, asalkan anak kau dah cukup berjaya di dunia.

Iya, memang kau ada anak. Tapi, hakikatnya kau mandul. Mandul sebab anak-anak kau langsung tak bagi faedah kat kau pada hari akhirat kelak.

Ingat, selain ilmu yang bermanfaaat dan amal jariah, doa anak-anak yang soleh juga adalah tiket untuk kita masuk syurga.

Tapi, kegagalan kita dalam bimbing anak ke jalan yang diredhai jugak boleh membuatkan kita dicampakkan ke dalam neraka. Tak takut ke?


Anak amanah Allah

Anak adalah amanah Allah bagi kat kita. Yang tak semua orang dapat. Sebab tu kita kena hargai dan syukur bila dikurniakan anak. Anak harus dibentuk melalui garis panduan yang Allah dah tetapkan.

Tahu tak korang. Anak-anak harus diajar solat ketika dia berumur 7 tahun. Dan kalau dia mencecah 10 tahun, tapi masih berdegil tak nak solat. Anak tu haruslah dipukul. Tapi dengan tujuan untuk mengajar, bukan untuk mencederakan.

Sayangkan anak di tangan-tangankan. Garang sikit takpe. Jangan bila dia dah besar baru nak suruh solat, pakai tudung. Dah liat. Takdenya diorang nak ikut. Melentur buluh kan lebih baik dari rebungnya. Begitu jugak manusia.

Hm, agak-agak korang la kan. Adakah korang nanti akan termasuk dalam kategori 'mandul' yang dikatakan oleh Rasulullah? Harap-harap tak la ye..


Pautan entri:
http://masjidannursaujanautama.webs.com/komunitimasjidannur.htm
Read On

AMARAN KEPADA BLOGGERS: JANGAN SEBAR HADIS PALSU TENTANG KELEBIHAN TERAWIH

35 comments 29 July 2011

Jangan sebar hadis palsu kelebihan terawih

Bulan Ramadhan dah dekat. Tiap-tiap tahun pun mesti ramai bloggers yang share tentang kelebihan solat terawih kat blog masing-masing. Tapi, dalam korang main share tu, tau tak korang yang hadis tu sebenarnya PALSU?

Ni adalah maklumat kepalsuan hadis tersebut di ruangan Portal Jakim, Mufti negeri Terengganu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali.

Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.

Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
- Baca lebih lanjut di [ sini ] -

Amaran Rasulullah:

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang2 yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :
"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka." (Bukhori, Muslim)

So, kat sini aku nak bagi amaran awal-awal kat semua bloggers. Jangan sesekali korang sebarkan hadis palsu ni. Kat "facebook note" pon sama jugak. Jangan share.

Walaupun niat korang baik untuk sebarkan agama, tapi hadis ni palsu. Tak dapat dipastikan kesahihannya. Daripada nak berbuat baik, mengharapkan syurga. Alih-alih neraka yang menanti. Tak ke sia-sia je?

Aku jugak aku nak ajak korang semua untuk sebarkan amaran ni kat blog masing-masing. Ingat, sebar AMARAN tentang hadis palsu, bukannya sebarkan hadis palsu tu. Amaran ni penting sebagai peringatan untuk kita dan kawan sesama muslim kita daripada terus buat khilaf.


Solat terawih tetap perlu ditunaikan

Owh, jangan ingat sebab hadis tu palsu. Korang tak payah solat terawih pulak ye. Jangan memandai. Kita masih ada hadis yang sohih:
"Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Al-Bukhari)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Selamat berpuasa. Solat terawih jangan lupa. Semoga Ramadhan ni lebih diberkahi-Nya. InsyaAllah..=)

p/s: Dalam bab agama ni jangan main copy paste je. Pastikan korang selidik dulu, pastikan sahih baru share kat blog ataupun kat mana-mana. Orait?
Read On

Perempuan, Seronok Tak Tayang Gambar Kat Facebook Bagi Semua Laki Tengok??

79 comments 28 July 2011
Semalam aku saja buat troll kat facebook. Aku buat untuk dapatkan feedback daripada kawan-kawan facebook aku. Aku tanya soalan ni:

Soalan: Seronok tak tayang gambar kat facebook bagi semua laki tengok?

Ada la beberapa gadis dan jejaka yang mencemar duli, turun komen bagi maklum balas pada soalan yang aku kasi tu.

Standard, mesti ada perempuan yang akan tanya balik "lelaki suka ke tengok?". Eh,lagi mau tanya. Orang dah kasi tengok. Kita tengok la kan? Ahaks.

Dan ada jugak perempuan kata, "kalau tak suka tak payah tengok".

Meh aku dedahkan satu kebenaran kat korang. Lelaki MEMANG SUKA tengok gadis2 tayang muka, pacak gambar dia besar-besar kat facebook. Tak dinafikan.

Gadis bertudung shawl, gadis tak bertudung, yang pakai ketat, seksi. Semua laki suka tengok. Dah nama pun lelaki, bila nampak peluang macam ni memang takkan dilepaskan.

Lelaki teruk? Iya, memang. Tapi, itulah hakikat yang korang semua kena tau dan terima wahai wanita. "Cuci mata" memang sebahagian daripada hidup lelaki.

Sebab tu aku tanya. Korang letak gambar besar-besar, posing konon-konon ayu pastu letak kat facebook tu apa motifnya? Memang saja tayang untuk jadi santapan mata lelaki la kan? Tolong la jangan hipokrit kata "tidak". Mencik tau.. =p


Suka pujian je..

Lagi satu yang aku perasan pasal pompuan yang suka tayang muka ni, diorang rasa kembang bila dipuji je. Bila orang kutuk sikit, mula la melenting.

Eh, tak percaya? Meh tengok ni sendiri:

Gambar 1:


Bila dipuji. Aiceh. Kontrol la konon-konon..

Gambar 2:


Bila tak dipuji, mula la melenting. Kahkah, lawak-lawak..


Sebenarnya, pujian yang korang dapat kat facebook tu mostly plastik semata-mata. Lebih-lebih lagi bila lelaki puji perempuan. Mesti ada udang sebalik spageti. Nak cari peluang untuk rapatkan diri dengan korang. Percayalah. Aku tak tipu.

So, fikir-fikirkanlah perempuan sekalian. Seronok tak tayang gambar kat facebook bagi semua laki tengok? Korang jawab la sendiri dalam hati. Adioss. =)

p/s: Tolong jangan bagi komen "tak semua camtu, tak semua camni" boleh tak. Bosan la komen typical camtu.

.................. Klik sini untuk ke sambungan topik ini.
Read On

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

12 comments 27 July 2011
Alhamdulillah. Berkesempatan jugak aku utk join segmen yang baik ni. Anjuran TheSyafiqMokhtar, blogger retis. Tahniah aku ucapkan kat beliau sebab segmennya yang berfaedah dan berilmiah ni dapat sambutan ramai.

Klik header untuk ke segmen TheSyafiqMokhtar, blogger retis.

Blogger yg diTAG: Bro Ahmad | Bulan Purnama | Ben Ashaari


Hadis perkahwinan daripada Rasulullah

Untuk segmen ni. Aku akan kongsikan hadis, yang berkaitan dengan jodoh dan pernikahan. Panduan yang diberikan direct daripada Rasulullah sendiri.

1. Tak diizinkan hidup membujang
Dari Sain bin Abu Waqas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. menolok permintaan Usman bin Madh'un untuk tidak berkahwin buat selama-lamanya. Kalau beliau s.a.w. mengizinkannya , tentu kami akan melakukan pengebirian." - Hadis sahih riwayat Muslim

Penjelasan: Kita dilarang untuk sengaja hidup membujang sepanjang hayat. Kalau dah berkemampuan, jangan tunggu lagi. Segeralah menikah.


2. Pemilihan calon suami/isteri
"Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat" - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Penjelasan: Carilah pasangan yang taat kepada perintah agama. Pasti banyak kelebihan, dan manfaatnya. Hadis ni jugak boleh digunapakai untuk perempuan dalam memilih calon suami.


3. Setia kepada isteri
"Sesungguhnya orang perempuan itu datang dalam bentuk syaitan (merayu) dan pergi (membelakang) dalam bentuk syaitan (merayu). Sebab itu apabila seseorang melihat perempuan, hendaklah dia pulang kepada isterinya, kerana dengan itu terhalang nafsunya (kepada perempuan yang dilihatnya) - Hadis sahih riwayat Muslim

Penjelasan: Rasulullah sendiri tuntut supaya suami setia pada isteri. Oleh tu para lelaki sekalian, jagalah pandangan anda supaya tak ternoda dengan fitnah wanita.

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)


Banyak lagi hadis pasal perkahwinan sebenarnya. Kalau bagi banyak sangat nanti korang tak dapat hadam pulak kan. Tapi, kalau korang nak jugak baca koleksi hadis berkenaan nikah, kahwin, jodoh. Bolehla ke sini: Bab nikah kahwin


Rujukan:
1. http://www.freewebs.com/alhadith/bab_nikah.htm
2. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2536.0

Glosari: kebiri - buang alat kelamin
Read On

Wordiness Wednesday 2: Hadiah Hari Lahir Yang Mengharukan

28 comments
Wordiness berasal dari perkataan "wordy". Maksudnya entri aku perlu ada perkataan. Aku ni tak biasa la entri wordless, wordless ni. Rasa entri macam tak hidup je. Oleh sebab tu la aku gunakan istilah "Wordiness Wednesday". Ahaks..

Selamat ulang tahun kelahiran

Harini, 27 Julai 2011 adalah ulang tahun kelahiran aku yang ke *tutt*. Eh, tercencored pulak. Kehkeh.. Tapi, mereka-mereka yang kat BCR sana tahu la umur sebenar aku. Pergi terjah sana kalau nak tau. Ngehh..

Cukup mengharukan. Mereka kat BCR tak putus-putus wish birthday aku. Tak ketinggalan jugak kat kawan-kawan facebook. Terima kasih banyak-banyak atas ucapan korang. Tu je yang mampu aku ucapkan.

Tak lupa kepada blogger Abdul Farique. Sebilion penghargaan dan terima kasih atas hadiah hari lahir yang mengharukan ni:



Owh, aku berkongsi besday yang sama dengan Fyy Mokhtar, geng BCR jugak. Dan kepada sesiapa yang berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan aku, Selamat Hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Tak silap aku, memang ramai besday dia 27hb 7. Hm, maklum la kan. Nombor cantek. Kehkeh..

Kepada semua yang beragama islam, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Puasa wajib. Hati tak ikhlas pun kena buat. Sama jugak kewajipan tutup aurat, pakai tudung. Kena tunaikan walaupun hati tak ikhlas bertuhankan Allah. Orait? =)
Read On

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 1432 Hijrah 2011

3 comments
Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 1432 Hijrah 2011


Tarikh melihat anak bulan Ramadhan tahun 2011 ni adalah pada hari ahad, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Kalau korang tengok kalender, tahun ni dijangka puasa 29 hari je. 30 hb Ogos dah raya. Sangat jarang kita puasa 29 hari kan?


"Ala,kalendar tu tak semestinya betul. Entah2 malam ni tak nampak anak bulan."


Tahu tak korang, kaedah melihat hilal melalui dua cara, iaitu hisab (kiraan astronomi) dan rukyah (lihat secara terus).

Berdasarkan dua kaedah ni, takwim bulan Ramadhan dan Syawal dapat dibentuk. Iaitu dengan data-data yang direkod daripada tahun yang sudah-sudah.

So, walaupun takwim dah ditentukan. Namun, rukyah tetap dibuat, sebagai pelengkap bagi penentuan tarikh bulan Ramadhan dan Syawal. Lepas tu barulah pengisytiharaan boleh dibuat. Baca, dan fahamkan lebih lanjut kat [ sini ].

Jangan lupa hafal niat puasa awal-awal ye. Klik sini untuk ke niat puasa.

Pautan entri:
Rukyah Menurut Astronomi Takwim
Read On

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan Dan Harian

24 comments 26 July 2011
Wah, tak lama lagi nak berpuasa dah. Excited ni. Apa persiapan korang nak sambut kedatangan ramadan tahun ni? Eh, puasa pun kena ada persiapan awal tau.

Jangan ingat raya je kena ready awal-awal. Antara persiapan awal yang kita boleh buat adalah, mengetahui lafaz niat puasa Ramadhan, sebulan dan harian.


Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:


Lafaz niat: “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”

Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala


Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):


Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”

Niat: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).

Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Raihan: Puasa Dulu Baru Raya - Niat Puasa Ramadan




Ucapan Jejaka Terhangat

Marilah kita sama-sama jadi orang yang sambut gembira kedatangan Ramadhan, dan bersedih dengan pemergiannya. Jangan jadi sebaliknya pulak yek.

Apapun, dikesempatan ni aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama islam, dan selamat berpuasa. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna daripada tahun-tahun lepas. InsyaAllah..=)
Read On

Trend Promote Pakwe Kat Blog Adalah Tak Matang

81 comments 25 July 2011

Bagi sesiapa yang suka buat blogwalking, aku tau korang mesti selalu nampak blog-blog yang promosikan pakwe dia kan? Pernah tengok quote macam ni?

"Taken by him", "Buah hati ku sampai mati", "Aku sayang kau ketat-ketat"

Kat bawah quote bajet sweet tu, dia letakkan gambar pakwe dia. Contohnya, kat blog budak kecik si E yang mengaku takde dara tu. Kat sidebar, dia pacakkan gambar perogol dia. Motif dia letakkan gambar tu supaya nak orang tau yang dia sangat sayang pakwe dia. Sampai sanggup serahkan dara dia.

Hmm, kes si E mula mencurigakan aku. Adakah perempuan-perempuan yang promote pakwe kat blog, letakkan gambar peluk, laga pipi pun sebenarnya dah takde dara? Cuma bezanya mereka tak mengaku secara umum macam si E?

Okey, simpan je nasihat "kau kena prasangka baik" korang tu. Salah ke orang berprasangka yang bukan-bukan kalau mereka yang dedahkan aib sendiri?


Blog budak sekolah..

Pemerhatian demi pemerhatian. Susah nak jumpa blog lelaki yang promote makwe diorang. Tapi kalau perempuan, memang berlambak. Tambahan lagi, blog yang aku kata tadi selalunya milik budak sekolah. Adakah ini bermakna budak perempuan zaman sekarang tak lagi kenal erti malu?

Kapel dijadikan trend remaja sekarang. Dan trend ni menunjukkan mereka sangat tak matang. Cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Sekiranya korang lepasan sekolah, tapi masih tayangkan pakwe kat blog. Meh aku bagitau awal2. Korang pun tak matang, pemikiran standard budak sekolah.

Nasihat aku, kalau korang nak orang lain bersangka baik kat korang. Nak orang pikir yang korang masih suci. Buanglah gambar pakwe korang kat blog tu.

Jangan salahkan orang lain sekiranya diorang pikir korang adalah si E yg kedua disebabkan gambar tu. Sekian..
Read On

Perlu Ke Berkenalan Dengan Blogger Lain??

63 comments
Perlu ke berkenalan dengan blogger lain? Dengan yakinnya, aku jawab PERLU.

SATU..

Sebenarnya, bila kita buat blog. Secara automatik, kita dah jejakkan diri kita dalam komuniti blog, yang terdiri daripada beribu-ribu orang.

Bila kita duduk dalam tempat yang luas, susah kita nak hidup kalau takde kawan kan? Sama jugak dengan arena blog. Dunia blog ni sangat luas. Kalau korang rasa boleh hidup sorang2, tanpa bantuan dan sokongan blogger lain, korang silap.

Aku sendiri pun masa mula-mula jejakkan kaki dalam blogger, aku blur. Tak tau macam mana nak mula. Mujurla aku ada sifu, yang ajari aku selok-belok dunia blog. Tanpa dia, aku rasa aku berblog separuh jalan je kot.


DUA..

Mesti ada yang kata camni, "Ala, kalau tak faham apa-apa pasal blog boleh google".

Aku tak nafikan tu. Aku pun banyak belajar pasal blog, hasil daripada pertolongan pakcik Google. Tapi hakikatnya, Google semata-mata pun tak cukup.

Sebagai manusia, kita ada perasaan. Kita akan rasa lebih hidup bila kita berinteraksi dengan manusia jugak. Melalui hubungan dua hala, bloggers dapat support, dan bagi semangat antara satu sama lain dengan lebih efficient.


TIGA..

Aku dapat rasakan, interaksi antara bloggers sangat penting. Itulah salah satu sebabnya aku tubuhkan Bloggers Chat Room (BCR). Supaya blogger-blogger dapat berkumpul, berkongsi ilmu, disamping boleh berkenalan di antara satu sama lain.

Secara personal, aku takde masalah kat bloggers yang anjurkan gathering. Bahkan aku turut support. Benda ni suatu yang bagus. Baru la kita nampak, blogger bukanlah mereka yang wujud dalam dunia maya semata-mata.

Tapi, masa gathering tu biarlah kita tetap jaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan jangan langgar waktu solat. Ye dak?


EMPAT..

So, kalau korang rasa korang mampu survive dalam dunia blog ni sorang-sorang, korang teruskanla. Tapi aku yakin, kalau macam tu yang korang amalkan. Korang tak kan lama dalam dunia blog ni. Percayalah..!!


p/s: Special thanks to Aleeya Leeya sebab sudi mengulas pasal blog picisan Jejaka Terhangat ni kat blog beliau. [ klik sini ]
Read On

Pre-Wedding: Trend Jahiliah Modern. Jahilkah Anda??

47 comments 23 July 2011
Post inspired by FariqScorpio.



Definisi pre-wedding

Pre-Wedding, trend yang semakin tersebar luas. Bagi sesiapa yang tak tau, Pre-Wedding ni adalah rakaman romantis pasangan yang bakal berkahwin, samada dalam bentuk gambar ataupun video SEBELUM hari pernikahan mereka.

Biasa la masa pre-wedding, pasangan tu akan photoshoot sana-sini. Pegang tangan, berpelukan. Laga-laga pipi sikit sambil berposing. Konon2 romantik la tu.

Trend ni kalau untuk mat saleh, dan yang bukan agama islam boleh la. Yang sampai orang melayu pun ada pre-wedding ni apa cer? Korang tu belum nikah lagi. Tak kan tak tahu hukum kot.


"Ish, orang kan dah nak kawen. Dah confirm dah. Tak kan tu pon salah kot"

Ewah-ewah. Dah confirm yek. Buatnya sehari sebelum hari pernikahan engko, tiba-tiba engko eksiden. Mati. Macam mana? Sempat ke kau nak ucapkan kata taubat?

Walaupun engko nak kawen, tapi masih belum akad nikah. Engko pun tahu, kalau lelaki dan perempuan yang masih belum ada sebarang ikatan, tak boleh pegang tangan. Hukumnya HARAM. Kau tau kan tu? Tapi, kenapa masih buat?


"Ala, aku pre-wedding ambil gambar, mana ada peluk-peluk pegang tangan"

Engko tak usah nak sejuta alasan. Tak pernah pulak aku tengok gambar-gambar pre-wedding lelaki dengan perempuan dok jarak semeter. Selalunya takde jarak pemisah pun. Kalau betul pun engko tak pegang-pegang, apa faedahnya engko buat benda ni? Engko nak sangat ke ikut trend omputeh? Nak sangat jadi jahil?

Kalau dah lepas kawen tu, engko nak photoshoot sampai ke bulan sekalipun, engko buat la. Takde orang nak kisah. Tapi, sebelum ada apa-apa ikatan. Jangan sesekali engko beri orang lain peluang untuk buat fitnah kat engko. Ngerti?


Photographer jangan bersubahat

Photographer aka jurugambar, watak paling penting dalam sesi pre-wedding. Sebagai jurugambar, jangan pulak korang bersubahat. Jangan ingat korang tak dapat saham dosa, sekiranya client korang bergambar tanpa pedulikan apa yang dilarang Islam. Tolong jangan jahilkan hati, semata-mata untuk duit.


Harap pembaca semua take note. Aku tak nak korang semua pun nanti terjebak dalam pre-wedding yang tak berfaedah ni. Benda ni trend barat, yang semakin menular ke budaya kita. Terlalu ikutkan sangat budaya barat, korang tak kisah ke kalau dipanggil orang jahiliah modern? Fikir-fikirkanlah..


p/s: Aku malas nak sentuh pasal tunang, sebab benda sama jugak. Belum ada sebarang ikatan pernikahan, masih kena jaga batas-batas lelaki dan perempuan.
Read On

Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique

27 comments 22 July 2011
Task 1: Buat entri bertajuk "Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique"

Woah, dah lama si Jejaka Kacak Terhangat tak join kontest. Tapi, kontest kali ni kena join. Pasal aritu dah terlepas sekali. Kali ni, kontest anjuran Abdul Farique takkan aku lepaskan begitu saje. Kehkeh..


Kontest ni tak susah pon. Apa yang korang perlu buat adalah kutuk dan kritik blog beliau. Macam best kan? Hadiah pon lumayan woah. Meh kita tengok apa yang Abdul Farique tawarkan kalo korang dapat kutuk blog dia dengan jayanya:

Hadiah Tempat Pertama
1) Wang Tunai - RM70
2) Topup Prabayar Maxis,Digi atau Celcom* - RM30
3) Feed Blog Di ruangan Side Bar Selama 15 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda di Entry Terbaru Aku selama 8 Kali


Hadiah Tempat Kedua
1) Wang Tunai - RM30
2) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* - RM10
3) Feed Blog Di Ruangan Side Bar Selama 5 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 4 Kali


Hadiah Tempat Ketiga
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* - RM30
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 2 Kali


Hadiah Saguhati - 2 Pemenang
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* - RM5
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 1 Kali

Amacam? Dah berpinau mata tengok hadiah tu? Apa lagi, jom la join. Ngehh..


Task 2: Search '' abdul farique '' di google image

Inilah hasil google image "Abdul Farique". Mari kita touch up sket kasi nampak menarik:


Header Blog Semasa Abdul Farique



Galeri gambar Abdul Farique hasil "google image". - by Jejaka Terhangat


Okey, simple quiz utk korang. Jawab ni..



...Klik gambar untuk jawapan..


Task 3: Kutuk dan Kritik blog Abdul Farique.

Orait, part ni yang best. Kehkeh.. Sebelum kita kutuk-kutuk, apa kata kira angkat dulu blog brader ni. Pujian ni untuk Abdul Farique (AF)..


1. Template cun

Template blog Abdul Farique cun, smart. Warna template pun agak unik dan menarik. Orang masuk blog AF, akan rasa kelainannya. Bila dah masuk rasa macam tak nak keluar pulak. Kehkeh..


2. Sistem komen yang baik

Sistem komen blogger kat blog ni yang diubah suai, iaitu "reply to comment" memudahkan komentar balas komen dengan lebih efficient. Komen yang dibalas oleh empunya blog pulak berwarna lain. Macam ni lebih senang nak bezakan komen tuan blog dan pengunjung. Good job..



3. Penulisan superb

Dalam blog, ada 2 jenis penulisan. Yang pertama, penulisan yang mudah pembaca nak faham. Kedua, penulisan yang kadang-kadang, penulis sendiri tak faham. Dan, tahniah sebab AF termasuk dalam golongan yang pertama. Entri-entri AF banyak yang menarik.

Antaranya:

a) Mengawal Kemarahan , Kebencian Adalah Amalan Mulia
b) Ubat Tonik Hilangkan Tension / Stress


4. Shoutbox di page lain.


Bila tekan gambar "shoutbox" kat tepi blog AF, akan muncul page baru. Ramai yang komplen, kata cara ni tak bagus, susah orang nak tinggal jejak.

Tapi, sebenarnya cara ni banyak "advantage"nya. Antaranya, spam dan load blog dapat dikurangkan. Pastu, cara ni jugak kita boleh kurangkan orang komen kat shoutbox. Agak annoying bila orang tak komen kat entri, tp komen kat shoutbox. So, sesiapa yang komplen pasal shoutbox kat page lain tu. Abaikan je diorang. Kehkeh (gelak jahat).


Orait, puji sikit-sikit sudah la yek. Nanti kembang, susah pulak. Ahaks.. Tiba masanya untuk kritikan. Terimalah ini wahai Abdul Farique.

Kritikan Jejaka Terhangat terhadap blog Abdul Farique:

1. Header dan konsep blog tak match.

Header blog Abdul Farique (seperti di gambar atas entri) tak dinafikan, memang cun. Header yang ceria. Tapi tak berapa "match" dengan tagline blog AF, iaitu "Riwayat Seorang Insan Hina". Tagline kedengarannya suram. Tapi header dah tutup kesuraman tu. Tak kena kan?


2. Iklan leaderboard tak best.

Kat blog AF ni ada DUA iklan leaderboard (iklan header). Satu kat atas (adverlets), satu lagi kat bawah header. Yang kat atas sekali tu sape nak view? Takde orang pon.

Kedudukan iklan leaderboard yang sesuai adalah kat bawah header. Oleh tu, letak je dua-dua iklan tu kat bawah header secara selari. Contoh, macam kat blog Ben Ashaari. Tak nampak serabut pon. No problemo.

Contohnya macam ni:


Iklan leaderboard disusun selari. Ok je kan?


3. Like button terlalu rapat dengan entri.


Like button dengan entri takde jarak ke? Guna la line break <br/>, supaya like button dengan entri dapat dijarakkan sikit. Kan lebih kemas gitu. (Cerewet tak aku? Hal kecik ni pun jadi poin. Ahaks)


4. Meter pageview tak relevan

Orait brader. Tak payah kot nak guna blogger pageview letak kat situ. Takde sape nak tengok pon. Kalau nak tau analytic blog, better gunakan Hitstats je. Lagi best, dan tak memberatkan.


Tak relevan. Kasi ganti dengan Hitstats.

Ni pun sama. Kalau meter tu dah diganti dengan hitstat, yang ni tak diperlukan lagi. Kasi campak je jejauh. Ngehh..



5. Blog archive tak efektif

Blog archive (Hasil Karya Ku) kat blog Abdul Farique gunakan "dropdown menu". Cara ni tak bagus sebenarnya. Orang lagi suka klik pada benda yang nampak. Oleh tu, untuk blog archive better gunakan "Hierarchy" supaya visitor lebih senang nak belek-belek entri lama kita.

Kalau hierarchy tu panjang sangat. Boleh pendekkan. Gunakan la scroll box. Tutorialnya boleh tengok kat [ sini ].


Takde punya orang nak klik ni untuk belek entri. Percayalah.!!!


6. Amende ni??


Haha.. Yang ni aku tak tau nak komen apa. Pasal aku tak tau apa motif AF letak banner tu kat sidebar blog. Citcat dot com tu port AF ngorat-ngorat ke. Siapa tahukan. So, agak-agak kalau dah tak pakai. Kasi buang jela banner tu yek. Macam agak menyemak je ada kat situ. Kehkeh..


7. Bloglist tak adil

Ni yang aku nak komplen lebih ni. Cuba tengok kat bloglist Abdul Farique, bawah sekali. Apa ni, bloglist lelaki takde gambar thumbnail kat entri. Kat bloglist perempuan ada pulak. Ini tidak adil. Melebihkan perempuan ni. Kami nak jugak.


Sila jelaskan kenapa ketidakadilan ini berlaku? Grr..

Kehkeh, ni saje je. Terpulang kat Abdul Farique nak buat camne pon. Aku sendiri pon faham. Normal la lelaki melebih-lebihkan perempuan kan? Kehkeh..


8. Entri SEO tak best..!!

Okey, ni aku nak bebel sikit. Sekarang blog Abdul Farique lebih berkonsepkan Search Engine Optimization (SEO). Pandangan peribadi aku, entri SEO adalah bosan. Kita tak kan dapat pembaca tetap kalau asyik guna entri SEO.

Iye, memang SEO penting supaya kita dapat banyak trafik daripada "google search". Tapi, ia tak menjamin jumlah komen kita akan meningkat. Bukankah komen tu yang penting, yang bagi kita semangat untuk terus berblog?

Okey, cuba bandingkan entri Abdul Farique yang bercorak pendapat (macam contoh yang aku nyatakan kat atas tadi) dengan entri SEO. Entri mana yang lebih dapat sambutan? Berdasarkan jumlah komen, pasti la entri AF yang bercorak pendapat tu kan? Entri SEO tak mampu berikan "wow" kepada pembaca. Sebab tu ianya bosan.

Macam aku kata, Abdul Farique ada skill menulis entri yang baik. Agak sia-sia kalau blog hanya tumpukan pada entri SEO. Secara peribadi, aku lebih suka blog Abdul Farique yang dulu. Yang berkongsi pengalaman hidup, dan perkongsian motivasi yang mampu berikan faedah kepada pembaca.


Tambahan dari Jejaka Terhangat..

Okey, kat sini just nak bagi saranan je. Kat ruangan tab menu, tambahkan "SITEMAP". Dan tambahkan search button kat sidebar blog. Kedua-dua ni bertujuan untuk memudahkan kita dan visitor untuk mencari, dan selak balik entri kita yang lepas-lepas.


Task 4: Like Fanpage Abdul Farique

Aku dah LIKE facebook fanpage Abdul Farique. Korang pulak bila lagi? Meh sini meh, Like, Like. Jack Sparrow, jangan lupa like ok? Ahaks..


Like Abdul Farique kat sini. Nak like kat blog dia pun boleh.

Task 5: Tag seorang blogger.

Uiks, sorang blogger je tak cukup bos. Meh aku tag ramai-ramai sikit.

1. The Crow (tag faveret aku. kehkeh)
2. Fariq Scorpio
3. Farhan Al-Jitrawi
4. Pejuang Cinta
5. Datin Berseri

Orait, yang ditag ni sila la rajinkan diri join kontest ni yek. Hehe.. Mana yang tak ditag, korang pun boleh sertai jugak. Klik je kat [ sini ].

Tarikh tutup kontest: 9 OGOS 2011
Read On

Kenapa Perempuan Benci Lelaki, Dan Kenapa Lelaki Benci Perempuan?

59 comments 21 July 2011

Perempuan versus Lelaki. Isu yang tak kan pernah selesai sampai bila-bila. Mesti ada je benda yang perempuan tak puas hati kat lelaki, dan jugak sebaliknya. Lelaki dan perempuan masing-masing cari kesalahan sesama sendiri.

So, kat sini aku keluarkan dari perspektif lelaki dan perempuan. Alasan-alasan yang biasa digunakan kedua-dua belah pihak. Kenapa perempuan benci lelaki, dan kenapa lelaki benci perempuan?


Sebab-sebab perempuan benci lelaki..

1. Kecewa dengan lelaki

Dikecewakan ni skop paling luas. Biasala, perempuan yang terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam perhubungan pasti akan frust menonggeng bila dia ditinggalkan, lebih teruk lagi dipermainkan. Masa ni la ayat standard perempuan "lelaki semua sama, teruk".

2. Lelaki pemarah

Lelaki ni masa awal-awal kenal tak nak tunjukkan perangai sebenar. Bila dah ada ikatan, baru nak tunjukkan yang dia cepat naik angin, suka maki hamun, dan kaki pukul. Perempuan memang benci lelaki yang pemarah (walaupun dirinya pun suka marah-marah =p).

3. Lelaki tak matang

Biasanya, lelaki lambat capai kematangan berbanding perempuan. Perangai lelaki yang macam budak-budak membuatkan perempuan jelik, dan menyampah pada lelaki.

5. Lelaki tak faham perempuan.

Sebagai perempuan, mesti la nak tumpuan daripada yang tersayang. Tapi, lelaki ni selalu buat tak endah. Masa mengorat dulu bukan main caring. Sekarang, contact seminggu sekali je. Benci la dengan lelaki ni (Eh, menjiwai betol aku ni. Ahaks..)

6. Lelaki ego

Kalau berbincang satu hal, asyik lelaki je nak menang. Ego, tak nak kalah. Perasaan perempuan selalu diketepikan. Asyik perempuan je kena mengalah. Eee, mencik..!!




Jarang jumpa lelaki yang betul-betul anti dengan perempuan. Kalau ada pun, alasannya tak banyak. Alih-alih, alasan yang macam ni jugak lelaki bagi:

Sebab-sebab lelaki benci perempuan..

1. Perempuan obses

Perempuan ni, bila dah minat kat satu-satu benda mesti obses. Contohnya minat kat Aaron Aziz. Asyik Aaron Aziz je yang keluar dari mulut dia. Lelaki dah la tak suka bila perempuan puji lelaki lain depan dia. Menyampah..!!

2. Perempuan tak faham lelaki

Lelaki rasa dikongkong. Tak bebas. Asyik kena mesej, kol selalu. Tau la nak perhatian. Tapi tak kan orang nak keluar dengan kawan-kawan pun kena sambil mesej jugak. Rimas..

3. Perempuan cepat tacing

Bila ada salah faham sikit, merajuk, nangis. Ini la perempuan. Asyik nak kena pujuk. Lama-lama lelaki boleh rasa bosan dan jelik. Sekali-sekala tak pe la lagi. Bila dah selalu, selamat tinggal la Juliet. (Hal ni jadi alasan biasa lelaki tinggalkan perempuan).

4. Lelaki benci perempuan sebab..

Sebab perempuan tu minat lelaki yang sama dia minat. Euwww, geli gay..!!! Haha..


Harapan dalam perhubungan..

Entri ni bukan dibuat untuk melaga-lagakan antara lelaki dan perempuan. Tapi, realiti dunia. Lelaki dan perempuan masing-masing cari kesalahan sesama sendiri.

Sepatutnya, dalam perhubungan, jangan terlalu mencari kesalahan. Tapi, bila kita rasa ada kekurangan, cubalah sedaya upaya untuk perbaiki diri kita. Pada masa yang sama cuba belajar untuk terima kelemahan pasangan kita.

Kita bukan mengharapkan 100% kesempurnaan dalam perhubungan. Tapi, sekurang-kurangnya kita sama-sama berusaha menuju kearah kesempurnaan. Itu lebih baik..=)
Read On

Islam Agama Yang Mudah? Ye ke?

24 comments 20 July 2011

Ni aku nak tanya sikit. Apa yang korang faham dengan "islam agama yang mudah"? Bukan apa, aku perhatikan ramai antara kita ni pandai ungkapkan, tapi tak faham maksud sebenar ayat tu.

Contohnya isu bertudung. Ramai yang beranggapan, asal pakai tudung, tutup aurat dah cukup. Islam kan agama yang mudah. So, pakai je la apape pun, asalkan ianya tutup aurat.

Memang ada kebenarannya, tapi tak berapa tepat. Sebab dalam bab berfesyen, selain tutup aurat, kita jugak kena elakkan tabarruj. Jangan pulak pakai shawl pelik-pelik, tudung jadi macam serban macam Yuna tu. Sebab beranggapan ianya tak salah. Mempermudahkan islam.


Habis tu salah ke islam tu agama yang mudah?

Tak kawan ku. Sangat betul tu. Islam memang mudah. Tapi, hanya bagi mereka yang berilmu. Diulangi, islam hanya jadi mudah jika kita berilmu. Hukum islam bukan kita boleh agak-agak guna logik akal je. Macam kebanyakan orang kita buat.

Mudahnya islam ditunjukkan dalam rukhsah. Terlalu banyak kemudahan yang Islam bagi dalan hidup kita. Contohnya kalau kita sakit, tak boleh bangun. Allah tak menyusahkan kita. DIA bagi kita solat secara duduk, jika tak mampu lagi, boleh solat sambil berbaring.

Bagi musafir, rukhsah bagi diorang adalah boleh buat solat jamak dan qasar. Bagi orang berpuasa yang sakit tenat, maka mereka tak diwajibkan berpuasa.

Nampak tak kemudahan yang Islam bagi? Kalau kita tak berilmu, dapat ke kita tau segala kemudahan islam tu?

Aku paling menyampah bila orang gunakan "Islam agama yang mudah" bagi mempermudahkan ideologi dia, dan mencampakkan hukum sebenar islam ke tepi. Hukum islam bukan kita boleh agak-agak. Kena belajar. Bila ada ilmu, baru kita boleh kata sesuatu benda tu senang.

10 bahagi 2 = 5, 5 x 5=25. Senang tak? Memang la senang sebab kita dah belajar dari kecik.

Sebab tu kita semua dituntut untuk belajar hukum Islam. Imu perlu dicari. Jangan hanya tunggu ianya datang dengan sendiri. Bila kita berilmu, segala pasal Islam akan jadi mudah. Ingat tu..
Read On

Tips Blogging: Jangan Jadi Follower Yang Rugi

29 comments 18 July 2011
Follower yang rugi maksud aku adalah follow yang rajin follow blog orang. Tapi, bila kita klik thumbnail gambar dia, tiada maklumat pasal blog dia. Sangat rugi di situ.

Contohnya macam ni:



Aku selalu jugak usha blog sape yang follow aku. Tapi bila dia tak on display blog dia. Aku tak dapat la nak terjah balik blog dia. Rugi, rugi..

Follower yang bijak adalah macam ni..


Display blog on, lebih memudahkan orang nak jenguk balik blog kita. Nice..=)


Tutorial on link blog pada profile follower

1. Mula-mula pergi kat dashboard blogger korang. Pastu klik pada "Edit Profile"


2. Tick blog mana yang korang nak ianya muncul pada profile follower korang. Pastu klik "Save Setting"


Selesai. Sekarang link blog korang akan appear bila orang klik pada gambar thumbnail follower korang.

Jadilah follower yang bijak. Kan camni lebih menguntungkan kita..=)
Read On

Twitterfeed: Aplikasi Terbaik Untuk Blogger (Tutorial Disertakan)

15 comments 16 July 2011
Untuk entri ni aku nak kongsi dengan korang semua, para bloggers. Satu aplikasi terbaik dan menarik. Namanya Twitterfeed. Kegunaannya untuk ping entri korang kat twitter, facebook profile dan facebook fanpage secara automatik.


Best ni. Lebih-lebih lagi untuk bloggers yang malas nak update facebook fanpage dan twitter macam aku. Kehkeh..

Macam mana Twitterfeed berfungsi?

Mula-mula, Twitterfeed akan baca feed blog kita yang updated. Pastu dia akan automatik publish ke profile twitter dan facebook kita. Nak publish ke facebook fanpage pun boleh. Terpulang pada setting yang korang mahukan.


Twitterfeed update fanpage Jejaka Terhangat dengan entri blog terbaru secara automatik.



Status twitter kat header aku pun diupate automatik lepas aku publish entri. Cool kan?


Tutorial gunakan Twitterfeed

1. Okey, mula-mula sila ke website Twitterfeed dan register secara percuma.

2. Isikan nama feed dan URL feed blog korang.

(Default feed bagi blogger adalah: http://blogname.blogspot.com/feeds/posts/default, dan bagi wordpress adalah http://blogname.com/feed)


Klik utk lebih besar punyee..


3. Klik pada twitter dan facebook untuk "integrate"kannya dengan Twitterfeed.


Klik utk lebih besar punyee..


4. Bagi setting facebook, Klik pada "Connect with facebook" untuk integrate kepada profile facebook korang. Lepas dah berjaya, baru korang boleh integrate kepada facebook fanpage korang pulak.


Klik utk lebih besar punyee..


5. Tekan pada "Create Service" dan selesai. =)


Setting yang sangat mudah. Tunggu apa lagi. Cuba la sekarang. Aplikasi ni memang terbaik untuk blogger. Sekiranya ada masalah, boleh la tanya kat ruangan komen bawah ni ye..=)

..Good Luck..


Tips ringkas: Seperti blog, twitter dan fanpage juga perlu sentiasa update supaya dapat lebih banyak follower..
Read On

A. Samad Said Kupas Isu Bersih: Pemimpin Patut Datang Dari Bawah

14 comments 15 July 2011
Rasanya korang semua pun tau. A. Samad Said, sasterawan terkenal tanah air pun turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu. Dan video ulasan dia terhadap Bersih pun dah keluar kat youtube. Mari dengar apa katanya:



Dalam interview tu, dia nyatakan yang pemerintahan perdana menteri kita sekarang ni berat sebelah dan agak kejam. Suara rakyat diketepikan secara mutlak.

Berbeza dengan jepun. Sekiranya berlaku masalah, perdana menteri jepun sendiri jumpa, dan tunduk depan rakyatnya untuk minta maaf. Kenapa Malaysia tak boleh buat macam tu?

Pasal media, aku malas nak ulas dah. Patutla TV3 bukan main lagi, asyik beratkan kerajaan. Rupa-rupanya Dato' Farid, bos besar TV3 adalah Penasihat Komunikasi kepada perdana menteri. Grrr, menyampah aku. - Sumber sini dan sini.


Pemimpin Patut Datang Dari Bawah

A. Samad Said jugak ada nyatakan, Malaysia kita ni sentiasa dipimpin oleh golongan bangsawan. Antara enam perdana menteri kita, cuma Tun Mahathir je yang berasal dari golongan biasa.

Orang yang sentiasa dibesarkan dengan kemewahan, harta melimpah ruah, mungkin tak faham apa yang rakyat biasa hadapi setiap hari. Walaupun diorang acap kali ungkapkan "faham beban rakyat". Kenyataannya, diorang tak pernah rasainya sendiri.


A. Samad Said bukannya calang-calang orang. Dia penuh ilmu di dada. Ramai sasterawan yang menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi.

Orang seperti beliau, yang dah meneliti arus kemerdekaan negara ni selama 50 tahun pun melabelkan status demokrasi kita sekarang semakin ke arah kuku besi.

Kita, golongan belia ni masih tak nampak ke? Atau kita saja butakan mata kita? Fikir-fikirkan la sendiri yek..
Read On

Sampai Bilakah Kita Mampu Berblog?

32 comments 14 July 2011
Setiap hari akan ada blogger baru yang muncul. Dunia blogging semakin meluas. Tapi, pada masa yang sama, ada juga blogger-blogger yang letak jawatan. Tak nak lagi berblog. Blognya dimatikan begitu sahaja.

Mungkin disebabkan persaingan dunia blog yang semakin sengit. Ramai yang putus asa untuk terus berblog sebab merasakan blognya tak semegah blogger lain.

Kita pulak nanti macam mana? Agak-agak, sampai bila korang mampu berblog? Korang ada target bila nak berhenti berblog? Atau korang akan terus berblog sampai bila-bila?

Aku? Aku mungkin akan berhenti berblog bila dah kawen nanti. Secara jujurnya, aku pun tak nak bakal isteri nanti seorang blogger.

Kenapa? Jawapannya senang je. Aku tak nak isteri aku nanti dok ceritakan kisah-kisah harian, atau aktiviti keluarga kami kat blog. Biarlah aktiviti tu jadi kenangan dalam keluarga kami sahaja.

"Aku cerita kat blog untuk kongsi kat semua orang je"

Iye, niat korang baik. Tulis blog sebab nak pembaca tau apa aktiviti harian korang. Tapi ingat. Disamping ada pembaca yang suka. Jangan lupa, pasti akan ada juga yang jelik dengan kita.

Walaupun yang benci tu hanya sebahagian kecil, tapi golongan tu la yang mampu menjatuhkan air muka keluarga kita nanti. Aku tak nak ambik risiko.

Semakin kurang orang tau pasal kita. Semakin selamatlah kita. Beringat sebelum kena. Itulah yang aku cuba amalkan.
Read On

Wordiness Wednesday: Publisiti Murahan Metroseksual

21 comments 13 July 2011
Kehkeh, orang semua buat Wordless Wednesday pada hari rabu ni. Aku buat wordiness pulak. Wordiness asalnya dari wordy. Maklumla, aku ni rasa tak sedap je kalau entri bergambar aku takde penerangannya. Oleh tu, aku guna la wordiness ni. Kehkeh..

Publisiti Murahan Akhbar Metroseksual


Nampak tak? Bukan main bangga lagi akhbar Metroseksual dengan "biar betul" diorang tu. Publisiti murahan ni aku tangkap masa dalam bas, menuju ke perhentian putra, PWTC.

Bukan satu ni je. Tapi ada beberapa lagi poster "biar betul" yang diorang iklankan kat tiang-tiang sepanjang jalan tu. Tapi satu ni je yg dapat aku tangkap. Haish..

Biar betul #1: 6 GRO nenek
Biar betul #2: Janda bersuami 3
Biar betul #3: Jiran terlampau

Lebih kurang macam tu la iklan-iklan yang diorang pasang. Sangat murahan. Metroseksual, tolongla. Engko memang nak tanamkan benih seks kat pemikiran kami, rakyat Malaysia ni ke?

Kasi buang la iklan-iklan murahan tu kat tepi-tepi jalan. Memalukan Malaysia betol. Grrr..
Read On

Blog Jejaka Terhangat Berwajah Baru Yang Jahanam?

33 comments 12 July 2011
Kehkeh. Bagi sesiapa yang selalu ke sini, mesti akan perasan perubahan ketara blog Jejaka Terhangat ni. Dulunya template putih. Sekarang, hitam sudah. Panas sangat, terbakar sampai rentung agaknya. Tu yang jadi legam. Ahaks..

Mula-mula, aku nak minta maaf kat semua pembaca, skodenger, dan silent reader blog ni yang tak puas hati dengan perubahan yang aku buat. Ada yang mintak aku tukar balik ke template lama, yang putih tu. Err, sori ye. No can't do. Hehe..

Bukan apa, sekarang aku tengah bereksperimentasi dengan blog ni. Adakah performance sesuatu blog akan ada perubahan ketara, sekiranya template yang digunakan tak berapa menarik? Hmm, kita tengok je la nanti camne. =p

Header Blog

Bagi template hitam ni, aku gunakan "header dengan twitter status". Bagi konon-konon nampak macam gempak. Hehe.


Terima kasih kat Belog AdamXis atas tutorial buat header dengan status twitter ni.

Menu Bar

Bagi menu bar (Home dan Sitemap), dan jugak sosial network, aku gunakan code "table" supaya ianya dapat diselarikan dalam satu baris je. Jangan lupa add yek. Hehe..


Overall, template hitam ni aku matchkan dengan kehangatan blog aku, iaitu merah. Hitam + Merah + Putih. Ok ke? Nak tak nak, korang terima je la yek. Kehkeh.. Thanks for your support guys..=)
Read On

Pemenang Blog Assignment: Tunjuk Ajar Ku Sifu

19 comments
Adehh, maaf kalian. Agak lambat aku update pemenang bagi assignment lepas, Tunjuk Ajar Ku Sifu. Baru-baru ni aku agak busy sikit. Busy menjahanamkan template baru aku yang serba hitam ni. Ahaks..

Mari kita lihat, senarai peserta yang menjayakan blog assigment yang lepas, dan sifu-sifu mereka. Klik nama untuk baca entri mereka:

1. Nurul Nadia Nasir - Brader Ben
2. Kak Diana - Cik Tom & Fariq Scorpio
3. Ecah Mashuri - Cik Tom & Kak Diana
4. Abdul Farique - Pendekar Berkuda
5. Подтверждаю - Google Blog
6. Bui Idzra Ryn - ZamStransportation
7. Touya Karuma - "top secret"

8. ReYnn - Cik Ladies & Siti Safiyyah
9. Spanar Buruk - Sy@f
10. Si Kecik - Syera & AdamXis
11. ~sHy~ - Wan Gerrard
12. Aleeya Liya Puan Marnan & Cik Hanna
13. Miss ct - Fariq Scorpio & Siti Safiyyah

Dan pemenang bagi assignment blog kali ni adalah milik Spanar Buruk yang menulis tentang Syaf sebagai sifu blognya. Penerangan yang detail. Tahniah diucapkan kepada Spanar Buruk.

Feed blog Spanar Buruk dah pun diletakkan di sidebar blog ni bahagian atas seperti yang dijanjikan.

Kepada yang lain-lain, ribuan terima kasih aku ucapkan sebab sudi menjayakan assignment ni. Jangan lupa join lagi untuk assignment yg akan datang yek. =)
Read On

Media Tak Semestinya Betul

22 comments 11 July 2011
Kesian. Ada sorang kawan aku ni pemikiran dia terlalu suci. Aku bagitau dia, berita kat tv tak semestinya betul. Pastu dia balas camni:

"Laa, dah benda tu keluar kat berita TV. Mestila benda betul. Takkan berita nak tipu pulak kot"

Okey, tu bukan suci sebenarnya. Tapi naif. Fakta diputarbelitkan pun dok terima je.

Dulu, masa aku kecik-kecik. Aku pun berfikiran yang sama macam dia. Tak kan la berita kat tv dan surat khabar nak tipu rakyat. Fakta yang media keluarkan mestila daripada sumber yang sahih. Apa la. Ada jugak nak pertikaikan berita kat TV. Ish-ish..

Tapi tu dulu. Sekarang, bila meningkat usia. Aku dapat fikir sendiri. Media adalah business. Diorang akan buat macam-macam cara untuk tarik penonton, pembaca dan hits. Sehingga ada yang sanggup memutar belit fakta untuk kepentingan sendiri.

Contoh paling senang adalah Harian Metroseksual. Setiap hari mesti nak jadikan seks sebagai muka hadapan. Taktik murahan untuk tarik pembaca. Itu semua business. Untuk kepentingan media tu sendiri. Korang tak ragu ke, asyik berita seks je hari-hari. Sohih ke sumber yang diorang dapat tu?

Dalam politik pulak. Tak kira la korang pro kerajaan ke, pro pembangkang ke. Kedua-dua media korang kena dengar dan nilai sendiri mana satu yang lebih bernas dan berasas.

Kalau media kerajaan, mesti la asyik menangkan kerajaan je. Kebaikan kerajaan diangkat-angkat. Pembaca berita tu pulak dok tersengih je masa bacakan berita tu.

Bila baca pasal keburukan pembangkang pulak, mula la buat muka toya. Haish, rasa macam nak tujah-tujah je muka pembaca berita tu. Bikin panas betol..!!

Kesimpulannya, apa yang korang dengar daripada berita, jangan terlalu cepat percaya. Buat research dulu. Kalau tak, hidup-hidup je korang diperbodohkan. Ngerti?
Read On

Detik Kemuncak Akan Tiba, Adakah Perhimpunan Bersih Tetap Akan Dijalankan?

14 comments 08 July 2011


Tak lama dah. Kurang 24 jam je lagi perhimpunan Bersih yang dah lama dirancang akan sampai kemuncaknya. Agak mendebarkan juga. Adakah perhimpunan tu tetap akan diteruskan walaupun dah diberi amaran keras, sekeras-kerasnya oleh polis?

Jalan menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur pun akan disekat esok. So, kepada siapa-siapa yang rasa nak masuk ke Kuala Lumpur esok, hati-hati la ye. Tak cukup dengan polis. Dengarnya, askar pun akan dikerah bagi mengawal keadaan pada hari perhimpunan tu nanti.

Okey, kita recall. Apa yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 ni sebenarnya?

  • Menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih.
  • Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai.
  • Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya.
  • SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi.
  • Menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil.
  • Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.

Dalam 8 point kat atas ni, aku paling setuju yang dibold tu. Media memang sistem paling utama kerajaan kita sekarang ni mengekalkan kekuasaan mereka. Kelemahan pembangkang asyik ditonjol-tonjolkan. Haish..


Lawak-lawak menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai 2011:

Lawak 1: Beribu laporan polis terhadap perhimpunan Bersih.

Orang yang takde kena mengena pun nak jugak berkumpul. Pastu berarak ke balai polis untuk buat laporan. Polis dah pun alert pasa hal ni. Apa kes nak tambah-tambah lagi laporan sampai beribu? Aduii, mencapap nak masuk TV ke?


Lawak 2: Patriot the Hero



Patriot ni terdiri daripada pemuda UMNO yang nak jadi HERO, menggesa perhimpunan Bersih ni dibatalkan. Sebelum Bersih berkumpul, diorang dah berkumpul dulu buat kecoh. Siap dengan t-shirt sendirian berhad lagi (tak pulak kena tangkap ek?). Pastu sekarang, berebut dengan Bersih. Nak dapatkan Stadium Merdeka masa hari perhimpunan nanti..!!


Tiada sebarang permit akan dikeluarkn.

Penganjur Bersih menolak cadangan Menteri Besar Selangor untuk berhimpun di Stadium Melawati, Shah Alam. Tapi, mereka tetap bergesa untuk berhimpun di Stadium Merdeka. Polis pun dah tekankan, bahawa tiada sebarang permit akan dikeluarkan atas nama Bersih.

Agaknya, lepas ni adakah sistem politik negara kita akan berubah? Atau masih akan ditakuk yang sama? Beats me. Tiada perubahan akan terjadi. All hail to barisan. Grr..
Read On

Blog Assignment Jejaka Terhangat: Tunjuk Ajar ku Sifu

18 comments 07 July 2011
Yeah, blog assignment lagi..!! Erk, tak tau apa tu blog assignment? Camni. Aku bagi tugas untuk satu topik, dan korang buat entri pasal tugas tu. Pastu backlink kan ke entri ni. Done. Senang banget deh..

Setiap daripada kita mesti ada sifu blog tersendiri kan? Aku sendiri pun tak terkecuali. Sebelum aku boleh berdiri sendiri dalam dunia blog. Ada seseorang yang bagi tunjuk ajar kat aku tentang blog.

So, untuk assignment kali ni. Tugas korang adalah perkenalkan sifu blog korang. Kalau korang takde sifu, tapi belajar daripada blog tutorial pun boleh jugak. Perkenalkan blog tutorial tersebut.


Ganjaran?

Entri yang paling menarik, feed blog dia akan diletakkan kat blog Jejaka Terhangat ni selama 2 hari. Kat sidebar, atas sekali (4 latest entri).

Semua peserta akan dapat backlink ke blog masing2 pada entri keputusan assignment nanti. Orait gak offer ni kan? Assignment pon takde la susah mana..



Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk:
"Blog Assignment Jejaka Terhangat: Tunjuk Ajar Ku Sifu".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Perkenalkan sifu blog korang secara ringkas. Sertakan link blog dia. Bagitahu apa sumbangan dia kat korang dalam blogging.

4. TAG SEORANG blogger dan pastikan dia tau ditag.

5. Hantarkan link entri assignment korang kat komen entri ni. Done..

Contoh:
Sifu blog aku adalah Suffer8zine, dia banyak bantu aku dalam:
1. Bagi idea tulis entri
2. Buatkan header.
3. bla bla bla.. (kalau ada)

Tu je, senang kan? Assignment ni mungkin tak lama. Ditamatkan bila-bila masa je. Oleh tu, dok tunggu apa lagi. Jom la join sekarang. Ngehh..

Update: Blog assignment kini ditutup (10hb 7 2011)
Read On

Bersyukurlah. Sesungguhnya Kau Tetap Beruntung

15 comments 05 July 2011
Siapa di dunia ni yang tiada masalah? Masalah. Setiap daripada kita pasti akan hadapinya. Samada kecil atau besar, ianya terpulang pada pencipta kita.

Bagi kau, masalah kaulah paling besar. Sepertinya di dunia ini, dugaan yang paling berat diberikan kepada kau. Kau maki hamun, mencarut, dan macam-macam lagi perkara tak elok kau luahkan, semata-mata untuk menzahirkan perasaan marah itu.

Kau mengeluh. Kau kata bosan dengan hidup ini. Kau juga kata, orang lain tak kan pernah faham apa yang kau rasa. Mereka tak dapat dugaan seperti kau.

Ketahuilah wahai sahabat. Sejauh mana pun dugaan, masalah yang kau hadapi. Pasti akan ada orang lain yang diuji, jauh lebih besar berbanding kau.

Kau kata berat dugaannya kematian ibu atau ayah. Tapi, tahukah kau ada orang yang langsung tak pernah jumpa ibu dan ayah kandung mereka sejak dilahirkan?

Kau kata, nasib kau malang sebab tak dapat lanjutkan pengajian ke menara gading. Tapi, tahukah kau ada orang yang seumur hidupnya tidak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan? Kemiskinannya menjadi halangan.

Walau seberat mana pun dugaan yang menimpa kau. Bersyukurlah kawanku. Sesungguhnya kau tetap beruntung..
Read On

Pemenang Blog Assignment: Aku Suka Blog Ini

19 comments
Wahh, tak sangka ramai jugak yang sertai blog assignment kali ni. Assignment tentang blog yang paling korang minat, dan kenapa minat blog tersebut. [ sini ]

Aku dah semak semua entri peserta. Memang best. Macam-macam blog baru yang aku kenal. Kat sini aku listkan senarai peserta, dan blog yang jadi pilihan mereka.

Nak tau kenapa diorang suka blog tu? Korang terjah la sendiri entri diorang yek:


1. Nurul Nadia - Blog Muncung Manis
2. mOoN IzzaN - Miss Librarian
3. Abdul Farique - Blog Budak Botak
4. Ceritera Liyana - Nisa Kay
5. SYAF - Blog Moon
6. Подтверждаю - Kereta Mayat
7. Siti Safiyyah - White Cappuccino
8. Diera Tekikushika - Belog AdamXis
9. noonaQQ - Resepi Rahsia Ku
10. Anismelon - Sweet V@nilla

11. Bro ahmad - Mat Joe
12. Bui Idzra Ryn - ChybeeLila
13. Rabiatul Adawiyah - Iqbal Hakimi
14. Tea - Ben Ashaari
15. Clara - Firdaus Life
16. LiN LiNa - Beat Garden
17. Ainina Jelani - Apih El Nino
18. Nur Aisya Humaira - Pupuchik
19. Fafa - Sembang Kencang
20. Cik Pip - Satu Dan Dua

21. Puan Kutu - Blog Cik Betty
22. MiSs MieRa - Irene Nadia Marcello
23. Atiey - Puan Kutu


Dan pemenang bagi blog assignment kali ni adalah Abdul Farique yang menulis tentang blog Budak Botak. Tahniah. Feed blog Abdul Farique dah pun diletakkan di sidebar blog ni bahagian atas seperti yang dijanjikan.

Kepada yang lain-lain, ribuan terima kasih aku ucapkan sebab sudi menjayakan assignment ni. Jangan lupa join lagi untuk assignment yg akan datang yek. =)
Read On

Botak Berposing Terbaik Di Sekolah Wira Bakti

24 comments 03 July 2011
Aku ni bukan jenis layan sangat drama melayu. Nora Elena pon satu episod aku tak pernah tengok. Kehkeh. Tapi tidak kepada Juvana. Walaupun jalan cerita dia tak kuat. Tapi, masih boleh dilayan. Pasal drama ni lain daripada lain.

Botak, pelajar sekolah juvana paling kejam. Jambu dengan balachi dia sendiri pon dia boleh belasah. Pergh..!! Watak kejam camni la yang best untuk ditonton. But please children, don't try that at school yek. Hehe..





Woaho.. Nice tak posing Botak? Sekolah Wira Bakti, kami akan berubah. Terbaik.

Ada beran tak masuk sekolah ni. Botak dah offer tu. Masuk sana boleh "bermesra" dengan dia. Kehkeh..

Eh, Sekolah Wira Bakti pun ada fanpage jugak? Meh tengok [ sini ].

Pengajaran daripada cerita Juvana ni. Sekiranya anda dibuli. Sila berdebat dengan pembuli anda itu. Haha. Adeh, bukan-bukan je ajaran Cikgu Zakiah. =p
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...