Rugilah Mereka. Perempuan Tanpa Seluar

22 comments 31 May 2011
Islam tak pernah melarang muslimahnya daripada memakai seluar. Tapi, seluar tu biarlah yang labuh. Tak terlalu ketat sampai nampakkan bentuk kakinya.

Ironinya, fesyen seluar sekarang dah upgrade. Dah jadi ketat sendat macam swimming suit. Ia dipanggil legging. Fesyen legging ni semakin meluas.

Ramai muslimah sekarang yang tak dapat bezakan antara tutup aurat dan membalut anggota badannya. Sila tanya diri sendiri. Pernah tak korang menggayakan fesyen yang macam ni? Tau tak yang fesyen sedemikian adalah SALAH?






Islam bukan pada pakaian, yang penting hati kena baik.

Selalu kita dengar orang kata macam ni:

"Biarlah bergaya, berfesyen macam mana pun. Yang penting, hati kena baik. Bukan niat untuk menunjuk. Ada apa pada pakaian?"

Puii.. Sesiapa yang bagi alasan macam tu. Ketahuilah, sesungguhnya anda JAHIL. Islam dah cover dari A sampai Z. Dari soal akhlak, pakaian, semuanya dah dinyatakan dalam al-Quran dan al-Hadith. Islam bukan pada pakaian? Think twice.

Islam dah ajar macam mana cara nak berpakaian dengan sopan dan tutup aurat. Sekiranya kita over dalam berfesyen. Megah bertabarruj sini-sana.

Itu menunjukkan kita tak peka dengan Islam. Seterusnya meletakkan kita dalam kategori JAHIL. So, lepas ni tolong jangan kata Islam bukan pada pakaian lagi yek.


Allah merahmati perempuan yang berseluar.

"Nabi pernah duduk pada salah satu pintu masjid, tiba-tiba lalu seorang wanita dengan menunggang seekor binatang. Ketika wanita itu lalu dihadapan Nabi s.a.w binatangtunggangannya membuat hal lalu wanita itu jatuhke tanah. Nabi s.a.w berpaling daripada melihat wanita itu. Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasulullah, wanita itu memakai seluar". Sabda baginda : 'Mudah-mudahan Allah merahmati wanita-wanita yang memakai seluar' ". (Al-Baihaqi, Syu'ab al-Iman, Bab Fi Hijab al-Nisa' Wa Taghliz Fi Sitrhinna, hadis no. 7562)

Sila faham. Seluar yang dimaksudkan bukan legging. Kerna legging itu bukanlah sejenis seluar. Jangan salah sangka pulak ye kawan-kawan semua.

Scene yang lain. Kita selalu terlihat perempuan bermotosikal untuk ke tempat kerja. Pakai dah sopan, berbaju kurung. Tapi sayang, time dok atas motor kainnya tersingkap. Nampak kakinya. Kan untung kalau dia berseluar dalam kain dia. Aurat terjaga. Free je dapat rahmat daripada Allah.
Read On

Kesan Baca Komik Terhadap Aku, Dia Dan Kamu

25 comments 30 May 2011


Siapa antara korang tak suka baca komik? Sila close this entry sekarang..!! Ahahks.. OK, gurau jek. Kalau yang tak suka baca komik pon baca jugak. Takut-takut benda ni jadi kat anak-anak korang pulak nanti..

Masa kecik dulu aku sangat kuat baca komik. Mana taknya, adik beradik ramai. Kat atas aku ada seorang kakak dan seorang abang yang kongsi hobi yang sama.

Kami beli komik hasil daripada menyimpan duit belanja sekolah. Masa zaman aku sekolah dulu, komik yang jadi koleksi kami adalah Mutiara Naga, Misteri Naga, Penyiasat Remaja, Detektif Conan.

Akak pulak mengoleksikan komik Sailormoon. Sekali-sekala, kami beli jugak Doraemon, Dik Cerdas (Shin Chan), Yuyu Hakusho, Slam Dunk, dan banyak lagi la.

Haish, memang kaki kartun betul aku masa kecik dulu. Kalau rancangan TV tu toksah kata. Asal kartun je mesti tengok. Asal tengok TV, cite kartun la tu. Kehkeh..

So, straight to the point. Oleh sebab kat rumah aku banyak sangat komik. So, setiap kali waktu free, aku mesti capai satu buku komik, pastu baca berulang kali.

Bangun tido aku baca komik. Sebelum tido, tapi tak rasa ngantuk lagi, komik jugak yang di baca. Asalkan ada sedikit cahaya. Komik mesti jadi pilihan hati.

Terlalu kerap baca komik dalam gelap. Hasilnya, sebelum darjah 6 aku dah pakai cermin mata. Bila meningkat usia, power spek aku dah tahap power rangers. Nasib baik aku masih nampak kacak bergaya dengan cermin mata. Hehe..

Tapi sekarang aku tak giler komik lagi dah. Beli komik pon haram. Baca komik pun melalui online je. Itupun aku cuma baca Naruto dan One Piece. Minat aku terhadap kartun dah berkurang. Sekarang aku lebih cenderung kepada movie fiksyen.

Baca komik ni bagus sebenarnya. Ia dapat meningkatkan daya pemikiran kreatif dalam diri seseorang. Tapi hati-hati. Jangan biarkan anak-anak korang terlalu taksub dengan komik. Takut dapat penyakit rabun ayam tahap kritikal pulak nanti.

Sayangilah mata anda setiap hari. Iklan dibayar ansuran oleh Eyemo Moist..=p
Read On

Pengalaman Kelakar: Gadis Seksi Dan Ujian Komputer JPJ

41 comments 27 May 2011

Rasanya ramai antara kita yang dah ada lesen memandu kan? Standard procedur, sebelum dapatkan lesen L, kita kena lulus ujian komputer JPJ dulu.

Cerita ni berdasarkan pengalaman benar aku. Kat tempat ujian komputer tu, punyalah ramai makhluk-makhluk yang tunggu giliran untuk diuji.

Selesai diuji, semua peserta ujian berkumpul di ruangan depan untuk tunggu keputusan masing-masing. Dalam ramai-ramai orang, terdapat sekumpulan gadis seksi duduk di kerusi menunggu. Kerusi diorang belakang sekali. Kerusi aku pulak kat depan.

Aku perhatikan ada sorang mamat ni, mata dia tak lekang-lekang pandang sorang aweks seksi yang duduk kat belakang tu. "Cun la awek tu", dia bisik kat member sebelah dia. Tah apa la yang dia minat sangat kat perempuan tu. Seksi je lebih.

Tak lama lepas tu, keputusan ujian keluar. Nama setiap orang dipanggil mengikut turutan utk ambil slip keputusan. "Jejaka Terhangat Bin Lelaki Macho", nama aku dipanggil. Aku ke depan dan ambil result aku. Wow, 50/50. Aku betul semua.

Akak kaunter terus memanggil. "Mohd Arif Bin Samsudin". Tapi, tiada siapa bangun. Dia panggil lagi. "Mohd Arif Bin Samsudin". Tiba-tiba, gadis seksi yang belakang tadi bangun dan terus ke depan.

Bila dia ambil slip tu. Orang kat dalam tu semua gelak sopan. Wakakaka.. Brader yang bukan main usha awek tu tadi tepuk dahi. "Laa, mati-mati aku usha dia dari tadi. Nyah rupanya. Uwekk".

Pengajaran untuk lelaki sekalian. Perempuan kat luar sana sekarang banyak yang dah tak tulen. Yang bertudung pun tak tentu lagi dia tu perempuan. So, jaga-jaga ek. Pastikan tulen baru angkat buat bini. Kahkah..

Berita semalam: Permohonan Tukar Jantina [Klik sini]

Read On

Tahniah Semua: Blog Hina Islam Dah Kena Delete

34 comments 26 May 2011
Woah, baru-baru ni kecoh dengan blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sangat-sangat menghina Islam. Dalam blog dia penuh dengan gambar dan kata-kata yang menghina nabi kita, Muhammad s.a.w.

Tak cukup kat blog. Kat facebook pon dia promosikan jugak penghinaan dia tu. Makcik Hajjah tu orang melayu ke, india ke, tak dapat dikenalpasti.

Tapi, yang jelasnya. Apa yang dia buat memang saje nak provoke orang-orang Islam kat Malaysia ni. Berani-berani dia mempermainkan sensitiviti orang Islam yek. Natez betol..

Dan aku perhatikan, banyak blog dan forum yang mengecam hebat penghinaan tu. Tak jemu-jemu diorang menguar-uarkan hal ni kepada ramai. Siap kasi tutorial macam mana nak report supaya Makcik Hajjah dikenakan tindakan.

Tahniah diucapkan. Atas usaha anda semua. Blog dan profile makcik Hajjah tu dah di delete. Semoga blog macam ni "begone" untuk selamanya..

Tapi apapun, aku mohon kat semua blogger yang terlibat. Tolongla REMOVE semua gambar-gambar penghinaan yang korang share kat blog tu.

Blog makcik tu pun dah takde. Biarlah gambar-gambar keji tu pon hilang selamanya. Takut kalau tak buang, ada pihak lain yang eksploit gambar-gambr tu dan gunakannya untuk menghina islam pada masa akan datang.

Kita pun mesti tak nak hal yang sama berulang lagi kan?

p/s: Aku kagum bila kita semua bersatu menentang musuh islam. Tapi, sedih bila ada yang buat dek je Islam kena hina. Bila artis kesayangan kena kutuk, bukan main kuat lagi melatah.
Read On

Fanatik Artis Umpama Beruk Tak Bertamadun

36 comments 24 May 2011

Wakaka, tak buleh blah btol tajuk entri aku. Dah nama beruk, memang la takde tamadun. Ahaks.. Tapi entri aku ni bukan pasal beruk. Tapi, manusia yang terlalu taksub dengan artis. Perilaku diorang tak ubah macam beruk.

Kenapa macam beruk? Meh aku terangkan:

Situasi 1:

Artis beraksi kat pentas, menyanyi, ataupun ambil award. Apa yang peminat fanatik ni buat? Iye, diorang akan terjerit2 macam kena histeria.

Masa tu maruah sebagai perempuan dicampak ke mana tah. Tak cukup dengan jerit-pekik, siap ada yang angkat banner, melompat-lompat macam beruk.


Situasi 2:

Yang ni aku nampak kat Akademi Fantasia haritu. Orang dalam AF tu baru brape minggu kat sana. Belum bergelar artis pun. Tapi dah ada fanclub yang obses.

Astro jemput fanclub salah sorang peserta AF untuk persembahkan tarian cheer. Kat situ persembahan diorang umpama beruk-beruk yang terkinja-kinja atas pentas.


Situasi 3:

Fenomena kipas susah mati artis yang pantang bila artis kesayangannya dikutuk. Mula la panas punggung, tak senang duduk nak pertahankan artis dia tu.


Nampak tak hubungan fanatik artis dengan beruk? Aku tak kata diorang tu beruk. Tapi perbuatan, tingkah laku diorang, tak ubah SEPERTI beruk. Setuju?
Read On

Pandangan Jejaka Terhangat Terhadap Kontroversi Blogger Tegur Artis

30 comments 23 May 2011
Rasanya korang semua pun dah tau pasal kontroversi ni. Seorang blogger tegur artis yang tengah meletop dengan filem Nur Kasih sekarang. Errk, kontroversi ke? Tegur artis ke arah kebaikan pun jadi kontroversi? Tak paham betul aku.

Standard la, pemikiran lemah orang kita. "Kalau nak tegur, biar yang sedap didengar". "Nak tegur tu jangan sampai aibkan dia".

Lolz.. Aib camne yang dimaksudkan kalau benda tu memang jelas terpampang? Masa dia pakai seksi tak pikir aib. Bila ditegur, orang kata bukak aib dia pulak.

Blogger tu pun dah mintak maaf secara terbuka sebab tayangkan teguran dia kat blog. Maka, berseronoklah kaki kipas artis tersebut. Tambah menyedihkan, ada jugak yang kata camni:

"Betul jugak diorang kata, awak tak patut tunjukkan teguran tu kat blog. Aib la dia".

So, bagi aku. Entri minta maaf sebab menegur dan paparkan kat blog tu tak perlu sebenarnya. Iye, dia ada buat gambar superimpose. Yang tu je aku rasa dia perlu mintak maaf. Bahagian-bahagian lain. TAK PERLU..!!

Kenapa? Sebab orang yang ditegur tu adalah ARTIS. Artis tu adalah idola ramai. Jadi ikutan remaja zaman kini. So, kejahilan mereka memang kita perlu dedahkan kat ramai supaya masyarakat kita sedar. Tiada apa yang perlu dibanggakan sangat dengan artis ni. Nak ke suatu masa nanti anak-anak kita pun bercita-cita nak jadi artis. Bangga dedah aurat sana sini?

Sepatutnya dalam hal camni, kita blogger kena bersatu. Akhirnya ada orang yang sanggup tampil ke depan untuk tegur artis yang dikatakan "kebal". Tapi sedih, ramai yang kutuk usaha blogger tersebut.

Kepada blogger2 tersebut, aku rekemenkan korang pergilah buat benda yang sama kat blog2 hiburan. Blog yang memartabatkan artis, yang bangga tayang aurat artis. Aku rasa blog camtu lagi banyak kot berbanding blog yang menegur artis.

Errk, tak sanggup nak buat sebab blog korang pun banggakan artis? Owh, ok, ok..

p/s: Jangan tanya mak aku pakai tudung masa umur berapa pulak ek. Kahkah..
Read On

Belajar Tinggi-Tinggi, Bebal Pun Bertingkat-Tingkat

43 comments 22 May 2011

Baru-baru ni aku ada masuk satu blog ni. Entri dia penuh dengan kebencian.

Dia tak puas hati dengan seseorang, habis seluruh entri dia caci maki belaka. "bodoh, bangang, babi". Tanpa segan silu semuanya diletakkan kat blog.

Ni bukan kali pertama. Sebelum ni pun aku pernah jumpa gak. Dahla blog-blog yang aku kata tu milik pelajar IPTA. Tambah menyedihkan, ianya blog perempuan.

Wow, advanced perempuan sekarang ek. Dah pandai dok carut2 kat blog. Aku rasa kalau perangai macam ni, belajar ke 100 tingkat menara gading sekalipun tak guna.

Belajar tinggi2 bukan jadikan dia semakin bijak. Tapi semakin bebal. Adakah stress dengan pelajaran membolehkan kita memaki hamun dan mencarut?

Gaya penulisan kita melambangkan siapa diri kita sebenarnya. Oleh tu kawan-kawanku semua. Berhati-hatilah dengan setiap apa yang kita tulis kat blog.

Jangan sampai satu hari nanti orang cop kita sebagai kaki carut, kita nak melenting pulak. Kalau tak reti sangat nak handle stress, meh tengok sini.
Read On

Maknyah Pun Ada Bertudung? Erkk..!!!

28 comments 21 May 2011

Err, entri kali ni pasal pondan. Euu.. Bukan apa, semalam aku tengok Imam Muda. Task diorang minggu ni, melawat komuniti maknyah. Erkk..!!!

Fuuh, memang mencabar tugas diorang. Kesemua imam muda diminta untuk dengar masalah golongan maknyah ni dari hati ke hati. Kenapa diorang macam tu. Apa yang diorang harapkan dengan jadi maknyah ni sebenarnya?

Yang tak tahan tu, ada sorang maknyah tu siap bertudung. Haha, agak pelik di situ. Diorang tu bukan tak tau pasal islam. Malah, ramai antara "aww" ni ilmu diorang lebih tinggi daripada kita. Tapi masih tak dapat ikut kehendak islam dengan betul.

Ala, sama la dgn kita. Bukan tak tau aurat wajib ditutup. Tapi ramai je yang masih free hair, pakai baju ketat. Yang lelaki pulak, main bola dengan seluar pendek.

Ada ilmu, tapi tak beramal. Orang yang macam ni, tak layak nak kutuk-kutuk maknyah. Sebab diorang pun dua kali lima je.


Menurut salah sorang imam muda. Maknyah ni terbahagi dua:

1. Maknyah yang lembut semulajadi.
2. maknyah yang lembut dibuat-buat.

Lembut yang dibuat-buat tu yang paling masalah. Yang ni jelas2 adalah haram.

Maknyah yang semulajadi pulak, memang dah lembut sejak kecik. Kat sini la peranan mak ayah. Wajib buat sesuatu supaya anaknya berubah. Jadi keras seperti lelaki biasa. Jangan dibiarkan je.


Harapan golongan maknyah:

Tujuan komuniti maknyah ni ditubuhkan supaya konsep "gender equality" diterima. Diorang nak kita jangan diskriminasi diorang, terima diorang dalam masyarakat.

Errkk..!!! Kalau kita terima diorang, aku rasa lepas ni lebih ramai lagi yang akan muncul. Golongan gay, pengkid pun akan tampil tuntut hak diorang.

Hak apa tah yang diorang nak. Ketahuilah, sesungguhnya kita tak berhak ke atas badan kita. Dunia ni, tubuh kita, semuanya dipinjam. Sampai satu masa nanti kita akan pulangkan jugak kepada pemilik sebenarnya, iaitu Allah.

Tugas kita kat dunia ni senang je. Buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Dia dilarang. InsyaAllah kita akan selamat dunia akhirat. Senang je kan? =)
Read On

Wow, Jejaka Terhangat Menang RM50 Lagi. Apa Rahsianya?

20 comments 20 May 2011


Alhamdulillah, rezeki. Sebelum ni aku menang contest Yellow Doodal, contest dialog. Pastu kali ni menang lagi, anjuran Nur Amal, kontest review blog.

Terima kasih ye kat semua penganjur yang baik hati. Lain kali kalau ada contest ajak-ajak la aku join lagi. Hehe..

Tapi, di saat kita hepi, memang akan terdapat pihak yang dok kata:

"Asyik-asyik dia je menang, ni mesti ada apape ni"..

Haha, adehh..!! Sabau. Aku bukannya sogok penganjur supaya kasi aku menang.

Tapi, ada beberapa benda yang aku buat supaya entri aku dapat tempat di hati penganjur. Meh aku share sket tips yang aku gunakan:


1. Aku view semua entri peserta lain yang masuk.

2. Buat point yang lain drpd lain.

3. Buat entri yang kreatif, panjang (banyak point)
Supaya menunjukkan kita serius nak menang contest tu.

4. Gunakan ayat simple yang senang orang faham.

5. Puji sket tuan punya blog (kipas dia kasi sejuk). Ahaks..

6. Gunakan gambar/rajah visual supaya menyampaian kita lebih jelas.


Dah, tu sedikit sebanyak tips yang dapat aku share. Takde la rahsia sangat pun sebenarnya. Hehe..

Owh, sebelum terlupa. Terima kasih kat FariqScorpio sebab tag aku untuk kontest aritu. Lupe nak mention dulu..
Read On

UFO Tu Wujud Ke?

19 comments 19 May 2011
Erk, lagi-lagi berita pasal UFO. Rajin betul brader suffer8zine kita post pasal makhluk asing ek. Hehe.. Papepun, meh tengok sat video terbaru pasal Unidentified Flying Object (UFO) tu:





Video macam ni dah banyak. Asyik nampak cahaya kat langit. Pastu rakam, kata benda tu UFO. Persoalannya, betul ke UFO ni wujud?

Bagi aku, benda piring terbang yang kita panggil UFO tu tak wujud pun. Propaganda semata-mata. Itu cara orang barat "implant seed" kat pemikiran kita.

Diorang nak kita percaya yang alien memang datang ke bumi. Dan ada yang terhempas. So, diorang je yang ada simpan bangkai dan teknologi alien tu.

Menurut diorang, UFO terhempas kat Roswell pada tahun 1947. Pastu diorang tawan penghuni piring terbang tu. Haha, mengarut..




Tak cukup dengan peristiwa Roswell tu. Orang barat siap buat filem supaya nak kita terus percaya akan kewujudan makhluk asing. Tv-series Roswell, X-Files, semuanya dibuat supaya kita lebih yakin dengan benda jadah ni.

Iye, memang makhluk Allah wujud di seluruh alam semester. Tapi, makhluk asing datang bumi? Sangatlah boleh disangkalkan. Propaganda barat semata-mata.

Ada ke antara korang yang percaya?

Kalau ada, tahniah untuk barat. Taktik mereka berjaya..
Read On

Menganjing Kawan Supaya Kita Nampak Macho

23 comments 18 May 2011
Awat la teruk benor istilah orang sekarang. Menganjing orang. Maksudnya kenakan dia, buli, aniaya, dah perkataan lain yang sewaktu dengannya.

Biasanya menganjing orang ni kerja lelaki. Lebih-lebih lagi kalau nak nampak hebat di mata orang yang dia minat. Habis kawan sebelah dia jadi mangsa.

"Dia ni memang camtu, lembab. Meh saya lempangkan dia untuk awak"

"Pang", maka terkenalah si Leman penampo manja daripada kawan dia. Apa yang dia boleh buat. Sabau je la Leman. Nak marah karang jatuh saham depan aweks tu.


Aku pernah tanya kat sorang "hero" ni. Kenapa dia jatuhkan kawan dia kat depan aweks tu. Kesian aku tengok kawan dia dianjing2kan macam orang takde maruah.

Dia jawab, "Ala, gurau-gurau je. Tak kan itu pun tak boleh kot"

Haha, jawapan common. Bila aku kata meh aku pulak buat kat dia depan aweks, laju je dia cakap tak nak. Tau pulak dia. Tak nak rendahkan harga diri depan orang lain.

Nak bergurau tu boleh. Sekali sekala kondem kawan apa la salahnya. Tapi, jangan la teruk sangat sampai jatuhkan maruah dia. Jangan bergurau dengan buat cerita yang tak betul. Alih-alih boleh datangkan fitnah. Kan bahaya tu.
Read On

Nostalgik: Mengimbau Kembali Kenangan Dolu-Dolu

20 comments
"Malasnya nak kemas bilik", keluh aku semalam.

Nak tak nak, bilik yang dah lama tak kemas, aku kemaskan jugak. Dah bersawang kot bilik aku. Seronok sungguh sang labah-labah berasmaradana kat penjuru bilik aku tu. Memang nak kena vacuum betol mereka tu. Ngehh..

Al-kisahnya, segala barang2 lama aku selongkar balik. Mana yang tak pakai, selamat tinggal romeo la untuk mereka. Baru aku perasan, aku ni penternak kertas rupanya. Banyak betul kertas-kertas bersaiz A4 dalam koleksi aku.

Semuanya dah dibungkus. Kalau aku jual kat apek yang selalu jerit2 guna haler "old news paper, paper lama, kau kau koci". Aku rasa boleh jadi jutawan segera aku. Kehkeh..

Dalam proses mengemas, aku pun capai satu plastik yang dok celah bilik aku. Wahh, kenangan lama aku. Semuanya kat situ. Aku bukak satu-satu dan tengok balik semuanya.

Korang tau apa ada dalam plastik tu? Nak tau? Sabau la. Nak cite la ni. Ahaks..


Nostalgik 1:

Firstly, ada "report card" aku masa sekolah menengah dulu. Kat depan report card tu ada gambar aku masa form 1 kot. Serabai betol aku masa kecik2 rupanya. Kehkeh..

Best pulak bila tengok balik semua result2 aku masa peperiksaan bulanan dan akhir tahun dulu. Fuhh, depan2 muka surat banyak betul A.

Bila report card tu semakin diselak, jumlah A pon berkurang. Nampak sangat cikgu aku dah muak nak tulis huruf A lagi kat report card aku tu. Ahaks..


Nostalgik 2:

Pastu ada gambar2 masa sekolah. Gambar-gambar PLKN aku. Siap dengan filem lagi aku simpan. Maklumla, zaman dulu mana ada digital kamera.

Kodak la yang jadi pilihan hati kami. Pastu bila boring, filem tu jugak la yang kami guna utk tengok matahari secara direct. Hehe..



Nostalgik 3:

Seterusnya.. Ada surat. Surat perkenalan dari si dia masa aku form 5. Dia dok KL, aku dok selangor. Jumpa kat perkhemahan daerah.

Zaman aku dulu henpon utk orang kaya je. So, kami contact berutus surat je. Waahh, romantik sungguh. Haha..

Tapi si dia dah berkahwin pun. Baru je beberapa bulan lepas. Nampaknya takde guna lagi aku simpan surat-surat tu. Sob sob, selamat tinggal, wahai isteri orang.


Sekali-sekala, best jugak bila mengimbau balik kenangan lama ni. Tapi, tak semua orang suka kenangan yang lalu. Untuk mereka2 ini. Barang terbaik untuk anda adalah, "barang yang lama usah dikenang". Pesanan dari kumpulan Sepah. Kehkeh..

p/s: Aku takde idea camne nak endingkan entri ni. Layan je la ek. Ahaks..
Read On

Blog Ini Pulak Kena Hack. Blog Korang Bila Lagi?

26 comments 17 May 2011
Woah, sekarang ni hack macam dah jadi musim pulak. Haritu baru je dengar pasal facebook HotFM dan Fara Fauzana kena hack, dalam tempoh masa yang singkat.

Pastu tadi sorang kawan blogger kita pulak blog dia dihack:



Adehh, kesian Crow. Jadi mangsa hack. Dah macam matrix reloaded plak background blog dia. Ahaks. Menurut maklumat yang hacker tu tinggalkan. Segala content kat blog dia tak diusik. So, masih boleh diselamatkan lagi la blog dia.


Macam mana blogspot boleh dihack?

Sebenarnya, bukan blogspot yang dihack. Tapi, dia masuk ke blog kita melalui email dan password kita yang lemah. Atau mungkin password kita dah "leak" tanpa kita sengajakan.

Sebab tu dalam dunia internet ni kena hati-hati. Jangan main register kat mana-mana website gunakan email dan password yang sama.

Bila email dan password dah "leak", macam-macam diorang boleh dibuat. Termasuklah access ke facebook dan blog kita.

So, hati-hati ye semua. Jangan sampai blog kita pulak jadi mangsa hack lepas ni.
Read On

Breaking Point Dan Cara Hindarinya

24 comments 16 May 2011
Setiap benda kat dunia ni ada tahap kekerasannya tersendiri. Jika kita kenakan daya yang kuat, melebihi kemampuan yang boleh ditampung oleh objek tersebut, ia akan pecah. Dalam engineering, ia dipanggil "Modulus of Elasticity".



Modulus of Elasticity of a material


Manusia juga sama. Kalau kita asyik alami gangguan emosi, tension memanjang. Sampai satu tahap di mana kita tak dapat tampung lagi segala bebanan. Kat situ mental kita akan "break", boleh jadi gila.


Awasi breaking point kita

Hanya diri kita sendiri yang tau mental kita mampu bertahan sampai tahap mana. So, jagalah diri kita supaya jangan sentiasa dalam keadaam stress.

Iye, kadang-kadang kerja yang kita alami, dengan masalah dalaman keluarga lagi, memang akan buat kita stress. Tapi, berpada-padalah. Jangan terlalu layan sangat perasaan tension kita tu. Setiap masalah kan pasti ada penyelesaiannya.


Apa yang boleh kita buat?

Ada beberapa cara yang kita boleh buat untuk control stress level kita. Beristighfar, ambil wudhuk solat dan mengaji. Itu jalan paling terbaik yang boleh kita amalkan.

Selain itu:

1. Tidur dengan kadar yang cukup.

2. Bersenam, sekurang-kurangnya 2 kali setiap minggu.

3. Mandi air suam.
(Supaya ketegangan badan dan minda kita boleh dilembutkan)


Setiap orang ada tahap tensionnya tersendiri. Jangan ingat masalah kita paling besar berbanding orang lain. Apa yang bezakan setiap individu adalah cara bagaimana mereka kawal "stress level" dalam diri sendiri.

Hope tips ni dapat bantu kita semua hindari "breaking point" kita. Good Luck yek.
Read On

Simbah Asid: Suspek Gila Atau Nak Mencapap?

30 comments 15 May 2011
Malang siapa yang duduk sekitar Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi perempuan. Kita diancam oleh individu yang hobinya menyimbah asid kat muka kita.

Erkk, tapi ada point penting yang sangat kontra bila aku baca sumber dari facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), dimana cecair yang disimbah adalah ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’. Owh, rupanya alkali. Bukanlah asid seperti yang dikatakan.

Alkali pekat memang akan datangkan impak "kegatalan" kalau kena kulit. Bahaya kalau kena mata, mungkin boleh membutakan. Masih perlu berhati-hati.

Semalam, Datuk Seri Shahrizat kata penjualan asid kena diperketatkan. Rasanya tak cukup tu. Penjualan alkali pun kena pantau jugak la kan. Ngeh..

Suspek dah buat kerja ni sejak bulan Februari lepas. Jumlah mangsa setakat ni mencecah 23 orang. Suspek seorang india, bermosikal Honda EX5 warna hitam, WPV 4963 (nombor pendaftaran palsu). Ni dia ghupe suspek tu:



Muka mintak kaki


Agak-agak, apa motif suspek?

Motif sebenar natang yang buat kerja ni tak dapat dikenalpasti. Gila ke dia? Kalau gila takkan reti naik moto, simbah asid pulak. Hehe.

Hmm, mangsa dia semuanya perempuan. Adakah ini bermaksud tujuan dia nak balas dendam kat perempuan? Cinta ditolak sampai frust menonggeng ke? Kecian..

Mazidul pulak kata, dia ni mungkin attention seeker. Seseorang yang nak dapatkan perhatian umum. Dengan erti katanya "mencapap". Publisiti murahan.

Jom kita terjah pulak spekulasi yang dibuat oleh kawan-kawan facebook aku. Kenapa agaknya suspek meroyan dok simbah asid ni ek?





Agak-agak korang pulak. Apa motif suspek ni sebenarnya? Hmm..
Read On

Kes Terlanjur Lagi? Isu Yang Takkan Pernah Selesai

26 comments 14 May 2011
Kelmarin aku ada dapat satu berita. Remaja 18 tahun disahkan mengandung. Bila doktor dah sahkan, masa tu mengalir la air mata dia. Menyesal katanya.

Dan seperti biasa, komen daripada para manusia yang kesian dengan nasib gadis tu, diorang akan kasi komen macam ni:


"Hm, nak buat macam mana. Benda dah terjadi. Yang penting dia menyesal. Orang sekeliling dia pun tak boleh la nak terus menghina dia. Nanti jiwa dia down, sampai bunuh diri lagi teruk"


Standard la tu. Bila dah mengandung, baru la nak menangis, rasa menyesal.

Cuba tanya orang yang menyesal tu. Berapa kali dah dia terlanjur dengan pasangan dia sebelum disahkan mengandung? Mungkin ada yang akan jawab camni:

"Ermm, saya dah terlanjur dengan dia 3 kali"

Ish2, ada jugak orang "TER" sampai berkali-kali ek. Nampak benor nipunya.

Situasi ni berulang, dan terus berulang. Remaja kita bersosial, pastu terlanjur, mengandung dan menyesal. Pastu sikap orang kita yang open minded, kita diajar menerima golongan terlanjur ni dengan hati yang terbuka. Jangan diskriminasi terhadap mereka.

Kalau pelaku kena tangkap khalwat sekalipun, apa la sangat denda yang mereka kena. Setakat kompaun yang boleh ditebus dengan duit. Tak heran.

Disebabkan kelemahan sistem pemerintahan, sikap keluarga, individu tu sendiri, dan jugak masyarakat. Semuanya mendorong kepada masalah sosial negara kita yang tiada penghujungnya.
Read On

Jiwa Raga Tersiksa Dek Screamyx

16 comments 12 May 2011
Tolong, aku tension..!! Argh, grrr, dan warghh..!!!

Harini dah masuk hari ke 3 kot screamyx aku bertukar menjadi kura-kura. Sangat perlahan. Nak buat apa pun tak boleh. Mane tak tension.

Usaha murni aku nak taip entri pun terbantut. Pasal tu kalau korang tengok, blog aku dah beberapa hari tak update. Ha, sila salahkan screamyx ye.

Kalau line laju, sehari aku dah update 10 entri dah tau. Boleh kalah brader Ben. Kuikuikui.. (OK, tipu je. Aku bukan blogger jenis update tak tentu hala) =p


"Ala, ko koling je la orang screamyx tu. Settle.."


Bab ni aku cukup malas. Rasanya baru je screamyx aku problem. Sekarang masalah lagi. Asyik nak kena kol je kerja. Letih gak. Dah la setiap kali nak bukak report, mesti kena ikut procedur dia.


Teknikal TM: Ok, sekarang encik dah ada depan komputer? Komputer encik guna windows apa, XP ke Seven? Ok, sekarang encik pergi ke "start". Pastu pergi kat "run". Pastu taipkan bla, bla bla.. Boleh blaah!!


Haha, merungut kat blog. Kelakar pulak rasanya. Tapi nak buat macam mana. Nak tak nak, tetap kena kol teknikal screamyx tu. Kalau tak, seminggu sekali la nampaknya aku update blog. Sabor je la..


p/s: sekali-sekala best gak jadi blogger emo ek. kehkeh..
Read On

Tips Menangani Orang Psiko

43 comments 09 May 2011
Korang pernah ada masalah dengan orang psiko? Erkk, tak pernah? Entah-entah korang sendiri pun psiko kot. Ahaks.. Ok gurau je.

Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran.


Masih tak jelas pasal orang psiko? Meh sini aku kasi contoh:

1. Ex-boifrend/gelfrend yang terus menerus mengacau, mengganggu hidup korang walaupun dah tiada apa-apa hubungan. Dia mengancam orang sekeliling sekiranya korang dekat dengan siapa-siapa.

2. Stalker yang terlalu taksub meminati diri korang. Dia boleh tau apa aktiviti korang sepanjang hari. Dia kerap miskol, sms tanpa henti. Sehingga menyebabkan korang fedup, tension. Rasa nak kasi pelempang maut kat stalker tu.

Orang psiko ni biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "bodoh". Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Macam mintak disepak. Tak ke bodoh namanya tu. Ahaks..


Tips Tangani Orang Psiko

Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni.

Setiap kol, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali korang kasi feedback. Jangan angkat kol dia untuk ucap "tak mau la, jangan la". Sia-sia je.

Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan.


"Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan kita/kenalan kita?"

Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia.

Seperti yang aku kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia.


Hope tips ni dapat bantu korang berdepan dengan orang psiko. Aku sendiri pun pernah lalui saat2 genting dengan orang psiko. Dan, dengan tips dia atas. Aku selamat daripada ancaman dia. Hehe. Papepon, semoga berjaya yek..=p
Read On

Gaya Penulisan Sebagai Identiti Blog

28 comments 07 May 2011

Sebelum ni aku pernah buat entri "cipta identiti blog". Dalam entri tu aku kata, gaya penulisan turut bantu kita lebih dikenali. Nak tak nak, korang kena setuju.=p

Gaya penulisan aku takde la bagus mana. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Blog ni pon masih kategori picisan, dan sentiasa akan ditahap picisan sampai bila-bila.

Tapi, kalau nak berbanding dulu. Entri aku jauh lebih serabut. Tiada skill langsung dalam menulis. Korang kena baca 5-6 kali baru boleh faham kot. Kehkeh..

Aku banyak belajar teknik menulis blog berdasarkan pemerhatian. Aku selalu perhatikan gaya penulisan blogger2 hebat, seperti Darkbatman dan Hami Asyraf.

Korang tak kenal Hami Asyraf? Memang silap besar la. Ok, aku mengaku. Aku stalk blog dia sejak awal-awal berblog. Best woah blog dia. Superb..!!!

Blog jenis macam ni la yang aku rekemenkan korang untuk follow. Banyak faedahnya. Ilmu pun free-free je boleh dapat.

Baru-baru ni pulak, aku kenal dua lagi blogger yang penulisan diorang boleh dikatakan superb. Tajuk entri pun menarik belaka. Rasanya korang semua pun kenal dengan Solihin Zubir kan?

Satu lagi adalah, The Crow Empire. Stail penulisan dia lagi mantop. Korang try baca entri dia. Aku yakin, korang mesti terasa kelainannya. Walaupun kadang-kadang entri dia merapu, tapi seronok baca. Jumlah follower blog dia biasa-biasa je.

Inilah buktinya, bilangan follower tak menunjukkan betapa bagusnya sesuatu blog tu. Bahkan, dengan konsep blog "i follow u, u follow me back", jumlah follower sekarang hanyalah sekadar angka.

Aku bukanlah nak bodek, ataupun kipas blogger-blogger yang aku sebut kat atas tu. Tapi, aku nak korang terjah blog2 diorang. Dan nilai sendiri stail penulisan diorang. Dan cuba aplikasikan kat blog sendiri.

Bukan aku suruh tiru, tapi mana yang baik apa salahnya kita serap masuk dalam blog kita kan? Kita berblog mesti la nak jadi lebih baik dari semasa ke semasa.

So, ambillah blog yang baik untuk dijadikan panduan. Janganlah duduk di takuk yang sama lagi. Majulah penulisan yang menarik untuk blog kita. Gud Luck..=)
Read On

Entri Menagih Simpati. Strategi Naikkan Populariti Blog

52 comments 05 May 2011
Blog korang ada haters? Pernah tak si anonymouse datang serang blog korang? Owh, pernah ek. So, apa yang korang buat? OK, tak payah jawab. Aku tau dah. Korang akan buat entri kan? Entri pasal si anon yang dengki dengan korang.

Bila ada anon bagi komen offensive, dia akan dicop sebagai haters, pendengki. So, anon dilabelkan sebagai jahat (walaupun tak semua anon bagi komen jahat).

Macam aku kata tadi, most of bloggers akan buat entri balas. Maklumla, blogger. Semua benda nak dibuat entri (padahal boleh balas balik kat "reply komen" je).

Blogger yang "bijak" akan gunakan peluang ni untuk naikkan blog dia. Biasa kita tengok, mereka ni akan buat entri berunsur menagih simpati.


"Yela, i ni memang teruk. Kepada haters i, i mintak maaf k, bla bla.."


So, datang la tukang kipas bagi komen sedapkan hati blogger sok suci tersebut.

1. "Awak jangan ambik hati, dia dengki je tu"
2. "Sabar tau awak, orang glamer memang ramai haters"
3. "Awak kena kuat, manusia memang tak boleh tengok orang lain senang"

Pastu, masuklah blogger baru ke blog dia.


"Susah jugak jadi blogger famous ni ek, ada je orang benci. Takpe, saya follow blog ni untuk tau perkembangan kebencian tu k".


Maka, bertambahlah bilangan follower blog tersebut disebabkan entri menagih simpati dia tu. Nampak tak flownya camne?

"Haters" sebenarnya bagi peluang kat korang untuk lebih dapat banyakkan follower. Bergantung pada "kebijaksanaan" korang untuk buat entri kesian.

Buatlah entri yang menampakkan koranglah mangsa. So, nanti akan ramai tukang kipas yang bagi semangat kat korang. Best kan dapat kipas?


the Truth..

Kahkah.. Ok. Hentikan semua tu. Bagi aku sebenarnya buat entri menagih simpati camtu adalah strategi murahan. So, jangan la buat ek.

Kita sebagai blogger kena la profesional terima kritikan orang. Dan jadikan kritikan tu sebagai "milestone" bagi memperbaiki diri kita.

Bukannya melabelkan orang yang kritik tu sebagai "haters". Lagipun, kalau betul la kita terasa dan terima pendapat dia, kenapa perlu buat entri? Nak cari publisiti kah?

Situasi ni menjelikkan aku sebenarnya. Lebih-lebih lagi kaki kipas yang nak jaga hati blogger kesayangan dia tu. Gedik sungguh.

Kalau nak jadi tukang kipas sangat, meh pergi kat sini. Baru betul2 kipas..


p/s: Lupa nak bagitau. Komen anonymous terpaksa di "off" kan bagi mengelakkan spam yang semakin banyak masuk ke blog ni. Kesulitan amat dikesali..
Read On

Filem Dalam Mihrab Cinta Best [Download Link Disediakan]

16 comments 04 May 2011
Wahh, filem yang diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy kini kembali lagi. Selepas filem Ayat-ayat cinta, pastu Ketika Cinta Bertasbih. Dan sekarang ni "Dalam Mihrab Cinta". Aku dah tengok. Memang best.




Watak utama dalam filem ni Dude Herlino, yang pegang watak Ustaz Ilyas dalam sinetron Ketika Cinta Bertasbih. Walaupun pelakon berulang, tapi aku memang minat lakonan dia. Ditambah pulak ada Meyda Sefira. Semakin bersinar la filem ni.

Nak tau lebih lanjut pasal filem ni. Baca sinopsis ni. Tak pun korang download la, tengok sendiri. Link download ada kat bawah. Hehe..

Sinopsis:

Di sebuah pesantren di Kediri, ada seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Herlino) yang rela meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman demi tekadnya untuk belajar menuntut ilmu dan bergabung dalam pesantren. Kehidupan dalam pesantren membuatnya dekat dengan Zizi (Meyda Sefira), seorang putri pemilik pesantren yang pernah ditolong Syamsul saat dia dirompak di keretapi.

Namun semuanya tidak berjalan dengan lancar, Syamsul kemudian dituduh mencuri oleh Burhan (Boy Hamzah) sahabatnya sendiri di dalam pesantren. Hal ini membuatnya jatuh, dia diusir dari pesantren dan keluarganya sendiri pun sudah tidak mempercayainya lagi dan menganggapnya sebagai seorang penjahat.Sehingga akhirnya dia menjadi seorang penyeluk saku tegar, akibat tidak kuat menahan rasa laparnya.

Di tengah semua masalah dan kekacauan dalam hidupnya ini, Syamsul masih tetap diberikan jalan oleh Tuhan untuk melakukan taubat. Dia dipertemukan kembali dengan seorang gadis solehah bernama Sylvie (Asmirandah), dan dari sini kehidupannya berubah. Syamsul berhasil menjadi seorang guru mengaji dan seterusnya dia mendapat tawaran untuk menjadi seorang Ustad pengisi acara dalam sebuah acara televisi swasta, kepercayaan orang-orang terhadap dirinya pun sudah mulai pulih perlahan-lahan.

Apakah ini semua bererti Syamsul berjodoh dengan Sylvie yang telah mengubah hidupnya? Ataukah Zizi cinta pertamanya yang sempat kandas?

Read On

Nur Amal: Dapat RM50 Bila Kutuk Nur Amal

11 comments 03 May 2011
Wahh, kutuk blog pon bleh dapat duit ke. Biar betul ni? Hehe.. Memang betul pun. Kontest ni anjuran Nur Amal, di mana peserta diminta memberikan kritikan membina supaya dia tau apa yang kurang pada blognya.

Tak susah pon kan. So, apa lagi. Kalau korang semua nak join. Atau nak tau lebih lanjut mengenai kontest ni. Klik je kat banner ni:




Okey, sebelum kita stat kutuk-mengutuk. Jom kita tinjau-tinjau dulu apa yang menarik kat blog Nur Amal:




Alahai, comeynya theme blog dia kan?
Nur Amal dah berblog agak lama yek sebenarnya. Sejak tahun 2008.
Ada ikon comey-comey plak kat sidebar blog dia. Ngehh..



Terimalah kutukan ini..

Pendapat peribadi Jejaka Terhangat, secara jujurnya, banyak yang perlu Nur Amal perbaiki supaya blog nampak lebih kemas dan menarik. Perbaiki yang ni:


1. Template blog.

Template blog Nur Amal memang dah comey. Tapi kalau boleh, sidebar dan content entri biarlah ada border. Nanti akan nampak lebih kemas.

Owh, pasal rama-rama kat tepi belah kiri tu rasanya tak perlu. Ia hanya memberat, dan mengganggu konsentrasi pengunjung. Dan ia tak datangkan apa2 faedah.

Hmm, rasanya star yang jatuh2 tu tak perlu kot. Sebab ia akan memberatkan blog. Dan jugak, ia agak mengganggu pandangan. Kalau untuk decoration, cukuplah star blinking2 kat tepi belah kanan tu.

Satu lagi, pasal welcome note. Tak perlu letak. Sebab biasanya kebanyakan blogger memang anti dengan benda ni.



2. Sidebar.

Wahh, penyusunan sidebar agak serabut. Meh sini JT kasitau camne nak susun:

- Bloglist tak perlu "show all". Cukuplah setakat "show 5", supaya sidebar tak makan banyak sangat ruang. Ataupun nak lebih best, NurAmal boleh gunakan scroll kat bloglist tersebut. Contoh macam kat blog Jejaka Terhangat ni sendiri. Tutorial nak buat bloglist scroll bleh tengok kat sini.

- Banner awards tu pun rasanya tak perlu diletakkan kat sidebar. Boleh create page baru khas untuk banner. So, load speed blog pon boleh dikurangkan. Ataupun, kalau nak letak jugak. Buatlah "marquee scroll" supaya ruangan banner tak guna terlalu banyak space, dan nampak lebih kemas. Contohnya camni:





- Nuffnang ads skyscrapper (sidebar) lebih molek diletakkan kat paling atas. Supaya lebih senang nampak, dan kadar hits akan lebih tinggi. Boleh jugak buat macam kat kebanyakan blog. Letakkan ia sebagai float widget.


- Blog archive pun boleh gunakan scroller, sama macam bloglist. Supaya ia nampak lebih kemas.


Okey, habis dah bab template dan sidebar. Sekarang mau sentuh bab content dan entri pulak. Bersedialah. Ngehh..


3. Font entri

Agak sakit mata nak baca entri Nur Amal. Sebab font yang digunakan "bold" dan warna "purple". Cuba tukar kepada font yang biasa, dan berwarna hitam (gelap). Font "verdana" biasanya jadi font kegemaran blogger sebab ianya lebih mudah dibaca.


4. Text alignment

Gunakan alignment "justify" bagi entri. Dan, cuba biasakan menulis entri bermula dengan huruf besar. Kedua2 benda ni bertujuan supaya penulisan dan struktur entri kita nampak lebih kemas. Short form rasanya takde masalah kat blog ni. Bagus..


Dan, saranan Jejaka Terhangat. Letakkan "link within" supaya entri2 kita yang berkaitan dapat dipaparkan pada setiap entri. Ok, DONE. Hehe..


Lastly, blogger bertuah yang aku jemput utk menjayakan kontest ni adalah:

1. The Crow
2. Farhan Al-Jitrawi
3. Touya
4. Ainina Jelani
5. Aufa
6. Feeza Macho

Kepada lain-lain yang tak diTAG pon boleh gak sama-sama kita join. Jom sama2 kita meriahkan lagi kontest ni. RM50 tu. Tak nak ke? Ngehh..


Tarikh tutup pun kontest: 28 Mei 2011
Read On

PENGUMUMAN BUAT SEMUA DARI THE OFFICIAL OF GULA GULA

32 comments 02 May 2011
Ish, ish.. Ramai betul blogger anti dengan group kpop, eh mpop, Gula-gula tu ek. Rilek dulu. Jangan cepat marah. Meh tengok sini dulu. Admin diorang dah update announcement. Baca dulu apa katanya:

KAMI BAGI PIHAK GULA GULA INGIN MENYATAKAN DISINI BHW ANGGOTA GULA GULA TERDIRI DARI 6 ORANG YANG MANA EMPAT DARI MEREKA ADALAH BERAGAMA KRISTIAN. KEHADIRAN KAMI DI DUNIA HIBURAN BUKANNYA NAK BERMAKSUD UNTUK MENYAKITI HATI SESIAPA LEBIH LEBIH MEMPERLEKEHKAN AGAMA TERTENTU . KAMI MEMOHON MAAF JIKA KAMI MENYAKITI ATAU MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA TANPA KAMI SEDARI .BAGI DUA ANGGOTA KAMI YANG BERAGAMA ISLAM..

PIHAK PENGURUSAN AKAN MEMASTIKAN BAHAWA MEREKA AKAN MEMAKAI PAKAIAN YANG LEBIH SOPAN IA ITU JIKALAU MEREKA PAKAI SHORTS ATAU SKIRT, IANYA AKAN DI GAYAKAN JUGA DENGAN STOKIN GELAP HITAM YANG TIDAK MENAMPAKKAN KULIT.

SEKALI LAGI KAMI INGIN MENYATAKAN DI SINI KAMI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENYAKITI ATAU MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA... SEBAGAI MANUSIA BIASA KAMI JUGA TIDAK DAPAT LARI DARI KESILAPAN...JUTAAN MAAF DI POHON DAN KAMI SENTIASA AKAN MENERIMA IDEA ATAU NASIHAT DARI MASA KE SEMASA TERUTAMANYA ANDA SEMUA YANG BENAR BENAR MENGAMBIL BERAT TERHADAP KAMI.

DIHARAP TIDAK ADA LAGI KOMEN YANG LUCAH LUCAH SELAIN DARI KOMEN YANG MEMBINA.. TERIMA KASIH

Sumber - The-official-of-gula-gula/pengumuman

Hahah, nonsense. Strategi je ni. Mula-mula kasi buat kontroversi sket. Kasi orang Islam Malaysia semua naik hangin. So, macam biasa la. Bila ada yang marah, mesti ada yang keluar bahasa kesat. Carut, maki hamun dan sebagainya.

Lepas tu, admin mintak maaf. Nampak macam orang baik-baik je. Dan ada orang bersimpati. Kat situ kita tengok mangsa keadaan adalah Gula-Gula.

Alahai, berapa innocent nya mereka. Dan group tu akan terus naik disebabkan ramai haters. Ciss, strategi murahan betul.

Oit, taktik camni si Fasha Sandha dah guna la. Pandai la engko tiru cara nak naikkan publisiti menerusi kontroversi ek. Sekarang ni, aku pun daripada tak kenal si Gula-Gula. Sekarang, terus tau. Tahniah, strategi engko menjadi.

Apa pun, aku seru kepada semua. Jangan pernah kita terima penubuhan group seksi macam ni. Bayangkanla kalau group ni diterima sekarang. Berapa banyak lagi yang akan muncul pada masa depan kelak? Tak ke hancur negara kita nanti?

Jangan anggap ni hal remeh. Artis senang jadi ikutan remaja. Korang semua nak ke satu hari nanti, anak-anak korang dengan megahnya keluar rumah dengan memperagakan skirt yang bawah sikit je dari paras punggung? Errk..!!! Dah macam orang takde agama pulak.
Read On

Perempuan Lebih Suka Lelaki Nakal. Betul Ke?

58 comments 01 May 2011
Soalan. Antara lelaki skema dengan yang agak nakal. Mana satu lebih korang minat? Jawapan yang jelas. Mestila korang lebih tertarik kat lelaki nakal aka bad boy kan?

Apa barang kawan dengan lelaki skema. Lurus, bodoh-bodoh alang gitu. No sense of humor. Kalau buat boifrend sekalipun mesti bosan kan?

Liana: Weh, Jasmey. Dengar cite Farid suka kat kau.
Jasmey: Euww. Apa class budak Farid tu. Skema macam tunggul kayu. Tak hingin aku.
Liana: Ye lerr. Kau kan suka kat si Kamil tu. Tapi, dia tu kan bad boy. Selalu ada masalah disiplin.
Jasmey: Hihi, itu la yang aku minat. Macho je dia kan? I loike. Hihi..
Liana: Dah la, aku belah dulu. Gedik la kau..

Ini la masalah perempuan. Bila lelaki yang agak skema suka kat dia. Bulat-bulat direject dengan alasan takde class. Pastu lebih suka kat lelaki yang nakal.

Lelaki nakal ni lebih menghiburkan. Tak boring bila dengan dia. Sebab tu jadi pilihan kebanyakan perempuan. Tapi, bila ditinggalkan. Ini kata perempuan:

Jasmey: Eee, Kamil tu jahat la. Aku salah cakap sikit pun dia lempang aku. Sakit tau. Pastu harini mintak putus pulak. Ee, jahat..!! Lelaki semua jahat..!!! Hey hey hey, aku tak percaya C.I.N.T.A..!!

Errkk, sudah. Semua lelaki pulak yang dipersalahkan. Yang engko pilih si nakal tu pada awalnya siapa suruh. Dah tau dia bad boy. Tapi engko pilih jugak. Sekarang, padan dengan muka engko.


No offence, tapi dari apa yang aku perhatikan. Memang perempuan lebih cenderung tertarik pada lelaki yang agak nakal, yang suka usik dia.

Dah nama pun lelaki. Bab usik-mengusik ni memang part of his life. Melainkan dia tu lelaki skema. Tak reti dia nak kacau2 perempuan ni.

Tapi percayalah, lelaki skema tu lebih baik sebenarnya untuk dijadikan teman hidup jangka panjang berbanding lelaki nakal..


p/s: Nanti mesti ada yg komen camni komen: lelaki ni kadang2 nampak baik. tapi bila dah kenal baru tunjuk perangai sebenar. Kehkeh. Komen klise..=p
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...