Perlu Ke Publish Sampai 3-4 Entri Sehari?

42 comments 30 April 2011
Biasanya sehari berapa banyak entri yang engko publish? Wahh, sampai 10 entri sehari? Giler gempak. Processor apa engko pakai? Banyak bebenor idea nak update.

Owh, engko copy paste artikel je. Pastu, cerita kat blog pagi, tengah hari, malam apa yang ko makan ek? Padanla. Kalau macam tu la, entri engko beriban sehari pon aku tak tegezut.

Meh sini la ceq nak tanya engko. Apa yang engko harapkan daripada entri engko sebenarnya? Aku yakin 100 percent, takde kurang takde lebih. Engko mestila nakkan pembaca kan? Aku tanya, aku jawab.

Dah tu, kalo nak pembaca. Yang engko main copy paste je berita kosmo, metroseksual tu pasai apa? Kalo orang baca sekalipun, apa yang ko dapat?

Ye, yang engko dapat hanyalah pengunjung seketika blog engko. Diorang datang, baca dan blah. Itu ke yang engko nak kan? Takkan..


So, sebenarnya kat sini. Entri engko banyak sekalipun dalam sehari tak guna. Kalau ianya langsung tak mendatangkan "impak" kat hati pembaca.

Lolz, bukan impak maksima filem tu. Tapi, perasaan "WOW". Biarlah diorang tinggalkan blog engko dengan perasaan kagum. Mungkin kagum terhadap gaya penulisan engko. Ataupun buah fikiran, idealism engko yang lain daripada lain.

Ini setakat copy paste artikel. Pastu engko langsung tak bagi pendapat personal kat situ. Mana la orang nak impress dengan blog engko.

Hah, engko dengar cakap otai? Dia suruh publish 3-4 entri sehari? Owh, pasal tu ko publish sampai 10 entri sehari ek. Ish2, tipu je tips tu. Engko jangan percaya.

Engko pikir sendiri la. Kalau publish banyak entri dalam sehari. Engko boleh ke kejar kualiti blog yang tinggi? Agak mustahil kan?

Iye, kualiti entri adalah nadi bagi blog engko. Bukannya header "bertabarruj" dengan mekap 3 inci tu. Tapi penyampaian engko dalam content entri. Itu yang engko perlu kuatkan sebagai seorang blogger.

Ye, aku tau. Header cantik2, kasi posing maut sket lagi banyak follower. Tapi aku tanya engko la. Engko puas hati ke kalau orang follow engko sebab kebolehan engko mencapap, tayang muka dalam dunia blog? Orang sanjung wajah, bukannya isi entri engko. Engko puas hati ke macam tu?

Kalau engko puas macam tu takpe, teruskan. Aku tulis semua ni untuk mereka yang ada "critical minded" je. Yang "low minded" tu, teruskanlah agung2kan blogger sebab rupa paras diorang tu.

Teruskan jadi kaki kipas, kaki bodek dan sebagainya. Aku suka tengok gelagat blogger2 kipas ni. Boleh jugak jadi hiburan aku. Kehkeh..

Uiks, macam dah lari tajuk. So, back on track dan terus ke conclusion. Tak perlu korang paksa diri untuk tulis banyak entri sehari. Tapi kualiti entri korang tak ke mana. Perkuatkan entri, secara tak langsung. Blog korang akan lebih berkualiti.

End of bebelan Jejaka Terhangat..
Read On

Kenapa Ada Yang Benci Blogger? Ish, Ish..

38 comments 29 April 2011
Mungkin ada antara korang yang dah tau kewujudan page ni kat facebook. Fanpage "Kami Benci Blogger". Wahh, ada jugak yang benci bloggers ek. Kenapa dan mengapa benci bloggers? Kesian kat kami tau. Kehkeh..



Fanpage Kami Benci Blogger


Yang agak kelakarnya, kebanyakan yang LIKE fanpage tu pon bloggers. Dan, diorang gunakan page tu utk "ping" entri diorang kat sana. Kahkah..

Memang saje bangkitkan amarah si admin betul. Tapi yang peliknya, takde feedback langsung daripada admin fanpage tu.

So, aku rumuskan. Ada beberapa sebab yang membuatkan fanpage "Kami Benci Bloggers" tu terbina.


1. Saje bikin troll

Tau tak korang apa itu "troll". Troller ni saje je buat satu topik kontroversi. Pastu dia gelak belakang tabir, sambil makan pop corn, sambil perhatikan gelagat manusia yang melatah terhadap topik kontroversi yang dia bukak tu.

Memang aku tengok ada blogger yang melatah kat fanpage tu. Misi troll berjaya..


2. Tak puas hati kat sorang blogger

Nama pun manusia. Bila marahkan nyamuk. Habis satu kelambu dibakarnya. Sama la jugak dengan situasi sekarang ni. Mungkin ada selisih faham dengan sorang blogger. So, blogger yang lain pon jadi mangsa api kebencian dia.


3. Kurang kasih sayang

Alolo, kesiannya. Mungkin saje dia buat page tu utk tarik perhatian. Kat rumah, mak ayah kurang kasi perhatian dan kasih sayang.

So, dia terpaksa la cari alternatif lain utk dapatkan perhatian orang lain. Sob sobb (bunyi menangis). Sedih jugak rupanya nasib admin fanpage tu ek. =(


Apapepun, kalau korang jumpa page macam ni. Jangan cepat melatah. Maksudnya kena bertenang. Jangan cepat bagi komen maki hamun, mencarut dan sebagainya.

Kalau korang nak tau, sebelum aku mula berblog. Aku pon benci jugak dengan blog. Bukan benci blogger yek, tapi benci blog. Nak tau kenapa? Meh, baca kat sini.


Blog berkaitan topik ni:

1. http://aufafielfelix.blogspot.com/2011/04/aku-benci-blogger.html

2.http://www.tintapenaku.com/2011/04/perlu-ke-nak-dengki-ngan-kitorang.html
Read On

DIGI Wwwow Awards. Ada Jugak Orang Dengki Mendengki Ek?

31 comments 28 April 2011

Woah, sekarang ni para bloggers semua tengah tergila-gilakan DIGI WWWOW Awards. Masing-masing mintak diundi. Mana taknya. Hadiah yang ditawarkan untuk juara setiap kategori agak superb..!!

Alkisahnya, Digi Awards ni dah lama. Tapi, aku tak dapat join. Tak tau kenapa. Bila tekan submit je, website tu jadi bengong (hang). Kempunan aku. Just mampu tengok kawan2 blogger berkempen je kat Bloggers Chat Room sana.


Voting Kontest: Otai Mesti Menang?

Dan perihal biasa terjadi kalau voting contest camni. Mestila "blogger otai" yang dijangka akan bolot tempat pertama. Orang berpengaruh, no wonder la boleh dapat nombor satu kan?

Yang jadi persoalan, atau timbul rasa tak puas hati orang lain bila blogger baru (newbie) kalahkan ranking blogger otai. Orang mula la mengata. Main tipu la, guna taktik kotor la. Itu la ini la. Padahal bukti takde. Nak main tuduh2 plak.

Tak percaya? Meh baca entri salah sorang blogger ni. Ranking dia dalam award tu agak tinggi berbanding blogger otai. So, ada yang tak puas hati:




Okey, meh aku bagitau korang. Kalau blogger otai sekalipun, tapi kurang promote link dia. Takde punya orang nak undi. Lagipun, alam maya ni luas. Ingat promote kat blog je dah cukup ke nak dapatkan kita kedudukan pertama?

Mungkin ada orang yang blog dia tak femes. Tapi, kat facebook kawan dia beriban. Ada kemungkinan jugak dia boleh kalahkan otai dalam voting kontest ni kan?


Nasihat Untuk Blogger Baru

Sekiranya korang blogger baru. Tak bermksud korang akan sentiasa duduk kat ranking bawah. Apa yang perlu korang buat adalah, teruskan berusaha.

Walaupun korang kurang pengaruh, tapi lama-lama korang boleh ke atas jugak. Dengan syarat, jangan pernah menyerah kalah. Dan, jangan SPAM. Nanti orang menyampah. Takde siapa nak vote dah. Hehe..


Kategori: Must Follow Personality

Owh, sebelum terlupa. Harini sekali lagi aku cuba untuk submit penyertaan aku ke DIGI Awards tu. Dan, YESSS..!! Kali ni berjaya. Ahaks..

Aku masuk dalam kategori Must Follow Personality. So, mintak jasa baik kawan-kawan semua. Undi la Jejaka Terhangat yek.

Senang je, klik kat link bawah ni. Masukkan perkataan (capcha), pastu klik "vote". Selesai. Terima kasih banyak2 kalian. =)


Read On

Aku Tak Puas Hati Dengan Blogger-Blogger Ni

42 comments 27 April 2011
Aku tau, selama korang blogging, mesti ada certain2 blog yang korang tak puas hati kan? Tak puas hati mesti bersebab. Sama la dengan aku.

Ada beberapa blog dan blogger yang aku tak puas hati. Meh tengok blog2 tersebut. Dan sebab apa aku bengang dengan diorang:


1. Fariqscorpio




Si fariq ni dulu guna blogspot je. Sekarang dah beralih ke wordpress self host. Aku selalu perhatikan perkembangan blog dia dari semasa ke semasa.

Sekarang aku gak ketinggalan, masih guna blogger. Haihs, tak puas hati la camni. Kalau ada rezeki nanti, nak gak pakai hosting kot. Ngehh..


2. Diana Senyum-senyum




Kak diana ni aku tak puas hati sebab komen-komen yang dia bagi selalunya berkualiti. Bukan kat blog aku je. Kat blog2 lain pon sama.

Komen dia lain daripada orang lain, tapi masih bernas. Aku tak terkejut tengok bilangan follower dia ramai. Maklumla, dia tu friendly blogger. Grr..


3. AdamXiS




Adam ni pulak sungguh bermotivasi dalam berblog. Sentiasa nak jadi lebih baik dari semasa ke semasa. Haihs, tak puas hati sebab apa sistem yang dia pakai tah.

Dalam sekelip mata je dia dapat pintas bilangan follower dan ranking blog aku ni. Pastu, dengar cerita pulak. Target dia lepas ni nak challenge blog Ben Ashaari. Err, betul ke? hehe..


4. Green Apple Ku




Tatkala aku tengah ketandusan idea nak buat entri apa. Si cik epal hijau ni ada je update dia. Haihs, memang mencabar kewibawaan betul.

Entri yang dia update pun bukan sebarang. Topik menarik. Gaya penceritaan, penulisan dah macam novelis. Err, tak puas hati mana dia dapat idea best2 selalu. Tak nak kasi tips ke cik green apple ku? hehe..


Tu je setakat ni blogger yang aku tak puas hati. Lepas ni kalau ada lagi, aku akan update. So, rajin2 la carik pasal dengan aku ek. Ahaks..
Read On

Kartun Dubbed Bahasa Melayu Hampeh: Aku Setuju Dengan Ini Anwar Hadi

29 comments 26 April 2011
Korang dah tengok video terbaru oleh Anwar Hadi pasal FAQ tu? F.A.Q stand for Frequently Asked Questions. Soalan common yang selalu ditanya oleh orang lain. Kadang-kadang kita sampai bosan nak menjawab benda yang sama. Ahaks..





Ada orang tanya dia. Macam mana english dia boleh power macam sekarang?

Dia jawab, salah satu sebab english dia boleh mantop, sebab masa kecik-kecik dulu selalu tengok kartun dalam bahasa omputeh.

Contohnya, power rangers, barney and friends dan macam-macam lagi.

Aku pulak masa kecik dulu tengok ninja turtle, kapten planet, sesame's street, voltron, GI. Joe, transformers, thundercats, semua kartun pun dalam english.

Tapi sedihnya, sekarang ni banyak kartun yang dalam bahasa inggeris dah dialih suara (dubbed) ke dalam bahasa Melayu. Ni komen aku kat youtube sana:




Heh, astro ceria lagi melampau. Dah la siaran feveret anak buah aku. Pastu, semua rancangan dalam tu pon ada dubbed melayu.

Kalau kartun jepun dialih suara aku tak kisah sangat. Detektif Conan, Doraemon, Digimon. Yang tu OK la kot dalam Bahasa Melayu.

Tapi, Spongebob, Ben 10 pon dalam melayu? Haha, buat aku tergelak je. Pastu ada satu kartun tu. Aku lupa tajuk dia. Dubbed dia lagi melampau. Siap dialih suara ke loghat Negeri Sembilan. Kahkah. Apakah?

Memang perkasakan bahasa melayu tu bagus. Tapi, peluang budak sekarang nak biasakan diri dalam english dah berkurang. Mungkin bagi kita hal ni nampak remeh. Tapi sebenarnya, ia memang bagi kesan masa panjang kat anak-anak kita.

Alang-alang nak bagi diorang tengok kartun tu. Biarlah sedikit sebanyak kartun tu dapat bagi manfaat kan? Bila kartun bahasa inggeris pun dialih suara ke melayu. Manfaat apa lagi yang tinggal?

Kalau nak report benda ni kat media, memang diorang tak kan layan.

So, nasihat aku. Selagi belum terlambat. Cuba biasakan anak-anak kita tengok kartun dalam bahasa inggeris. Ambik pilihan "english", pastu sorokkan remote astro jauh-jauh. Jangan bagi budak-budak tu tukar ke bahasa melayu. Kehkeh..

p/s: Mereka yang tak tengok kartun masa kecik adalah antara orang yang rugi. =p


Edited:
Topik disokong oleh cik mOoN - Me Sokong Mereka
Read On

Tips Blogging: Cipta Identiti Blog Supaya Lebih Dikenali

46 comments 23 April 2011

Harini aku nak kongsi dengan korang semua, salah satu faktor yang boleh jadikan blog kita lebih dikenali. Iaitu, identiti blog.

Identiti satu blog dipengaruhi oleh nama domain, nama blog, tema blog, ataupun kandungan blog tu sendiri. Contohnya, blog Jejaka Terhangat ni. Untuk jadikan blog aku mudah dikenali ramai, aku gunakan domain, nama blog dan identiti yang sesuai dengan tema blog.

Banyak lagi blogger yang buat identiti tersendiri supaya lebih mudah dikenali oleh blogger lain. Contohnya, ayeem ayam, pendekar berkuda, saya-anonymous dan ramai lagi. Cari la sendiri yek. Hehe..


Cipta identiti blog.

Blogger lelaki aku tak kisah sangat. Diorang lebih bijak dalam mencari identiti blog. Contohnya, Ben Ashaari dengan domainnya http://benashaari.com, ataupun Fariq Scorpio http://fariqscorpio.com. Nama blog dengan nama domain sama. Memudahkan orang dapat ingat identiti blog kita dengan lebih cepat, dan jugak memudahkan pencarian.

Berdasarkan pemerhatian aku. Blogger perempuan agak sukar cari identitinya tersendiri. Nama blog lain, nama domain pulak pelik-pelik. So, orang akan lambat pickup utk ingat nama blog korang. Oleh tu, belajarlah daripada redmummy dot com yek.


"Habis tu Hanis Zalikha tu nama domain dengan blog lain2. Meletop jugak dia."


Dia tu HOT, haruslah meletop. Korang pon nak jadi HOT jugak ke? Ingat, kat akhirat sana lagi hot tau. Ahaks.. Sebenarnya nama blog cik Zalikha tu agak unik. http://inibelogsaya.blogspot.com. So, orang pun senang nak ingat nama blog dia.


Cuba cari identiti blog korang tersendiri. Elakkan daripada tiru identiti orang lain. Ingat, identiti blog bukan hanya bergantung pada domain dan nama blog je. Tapi jugak content, isi entri korang haruslah ada gaya penulisan yang tersendiri.

So, semoga berjaya mencipta identiti blog korang sendiri yek. Ngehh..
Read On

Tips Blogging: 1 Sidebar VS 2 Sidebar

24 comments 22 April 2011

Template blog korang guna berapa sidebar? Biasa kat kebanyakan blog guna satu atau dua sidebar. Ada jugak blog yang takde sidebar. Tapi sangat jarang.

So, antara satu dan dua sidebar, mana satu yang jadi pilihan hati korang. Dan kenapa? Secara pandangan peribadi aku. Blog satu sidebar nampak lebih baik berbanding dua sidebar. Sebabnya:


1 Sidebar VS 2 Sidebar


* Kenapa perlu guna 2 sidebar?

Biasanya blog yang gunakan 2 sidebar sebab widgetnya terlalu banyak. Sehingga memerlukan ruang yang lebih.

Sebenarnya, kalau kita dapat minimumkan penggunaan widget, 1 sidebar je dah cukup. Widget banyak2 pun nak buat apa? Menambahkan berat page load je.


* Blog 1 sidebar lebih kemas.

Bila widget dah tak banyak. Blog pun boleh disusun dengan lebih kemas. Ramai blogger terkenal pun gunakan satu sidebar je.


* Blog 2 sidebar kiri dan kanan memeningkan kepala.

Kadang2 nak cari shoutbox utk tinggalkan jejak, mata kita melilau ke kiri dan kanan skrin komputer. Sebab tak tau shoutbox dia kat sidebar belah kiri atau kanan. Pening kepala mencari shoutbox.


* 1 sidebar boleh jadi 2. Dan 2 sidebar boleh jadi 3.

Situasi ni biasanya merujuk pada blog yang letakkan float advertise kat tepi blog. Bila blog tu ada 1 sidebar, float advertise tu sebenarnya menambahkan satu lagi sidebar. Dah jadi 2.

Begitu jugak 2 sidebar. Float advertise menambahkan satu lagi sidebar menjadi 3. Kan kat situ ia boleh jadikan blog kita lebih serabut tanpa kita sedar.


Memang tak nafikan, blog 2 sidebar pun boleh jadi cantik bila ia disusun dengan kemas. Tapi, aku lebih suka 1 sidebar sebab tak memeningkan mata si pembaca blog. Walaupun orang putih kata "2 is better than 1". Tapi dalam arena blog ni, aku sarankan 1 sidebar is better than 2. Believe me..
Read On

Pernah Ke Kita Kisah Makan Kat Restoran Takde Tanda Halal?

22 comments 21 April 2011

Ni aku nak tanya sket. Sebelum korang masuk ke mana2 restoran, pernah tak korang pastikan dulu kat depan restoran tu ada tanda halal atau takde?

Bukan apa. Aku pelik. Kadang2 tengok nama restoran cina. Kat menu pon semua tulisan cina. Tapi kenapa masih ada orang melayu yang makan kat situ? Diorang tak kisah ke makan benda yang tak dijamin halal haramnya?

Iye, aku tau. Kadang-kadang bosan asyik makan masakan melayu je. Sekali-sekala nak jugak merasa selera bangsa lain kan?

Sushi, ramen, unagi. Wahh, bunyi menyelerakan. Mungkin sebab keinginan nak rasa sesuatu yang lain, maka ada di antara kita letakkan soal halal haram tu ke tepi.


Pernah tak korang amalkan ni sebelum masuk ke restoran?

1. Check dulu ada logo halal kat depan restoran tersebut.

2. Pastikan menu dan makanan yg dihidangkan tiada yang mencurigakan.

3. Check tukang masak restoran tu berbangsa apa.


Kalau pengusaha restoran tu cina. Tapi tukang masaknya muslim. Bagi aku, tiada masalah. Tapi kalau nama restoran melayu. Tapi tukang masak dan waiternya bukan islam. Err, masih ada keraguannya di situ. Baik jangan masuk..

Lagi satu, sila hati2 dengan kedai mamak. Mindset kita, semua pekerja kedai mamak mestilah mamak. Tapi hakikatnya, ada di antara pekerja kedai mamak yang memang pure india. Cuma dia dipakaikan kopiah, supaya nampak gaya islamik.

So, lepas ni diharap kita semua lebih alert dalam memilih restoran yek. Sama jugak situasinya kat mana2 food court. Jangan main terjah je masuk sebelum korang pastikan seperti yang aku listkan kat atas tu. Orait? =)
Read On

Menakutkan Bila Mak Bapak Restu Kerjaya Anak Sebagai Artis

37 comments 20 April 2011
Tak lama dulu aku ada tertengok trek selebriti. Interview bersama pelakon Adnan Sempit. Siapa ek nama pelakon perempuan tu? Ahh, biarlah rahsia.

Sesi suai kenal bersama pelakon tu, dari kerjaya dia. Sampailah background keluarga dia. Dan paling best, soalan Aril (host) kepada parents artis tu.

"Tak kisah ke anak berpakaian seksi-seksi ni?"

Ini jawapan bapak dia:

"Itu berlakon je"

Dalam hati, aku tersentak. "Erkk, bapak dia ni biar betol". Jahil sangat ke sampai tak tau walaupun berlakon, dosa masih dikira seperti biasa.

Membenarkan anak perempuannya terus-menerus melakukan perkara sumbang. Bahkan, siap bagi restu dan dorongan pulak tu. Errk, menakutkan..!!

Perbuatan dia boleh dikira sebagai dayus. Dan, diharamkan bau syurga bagi lelaki dayus. Tak cukup menakutkan ke kalau kita dah jelas2 tak boleh masuk syurga?



Aku google image "artis" keluar gambar ni. Kahkah..


Rezeki Istidraj

Bertambah bangga mak mapak artis tu bila anak dia 'berjaya'. Anak dia gunakan duit yang dia dapat untuk beli rumah yang lebih besar utk mak bapak dia.

Wahh, anak yang baik. Mengharukan sungguh. Sanggup menonjolkan susuk tubuh, untuk santapan mata semua orang, semata-mata untuk membahagiakan mak bapaknya. Memang setiap anak mahukan ibu bapanya bahagia kan?

Tapi, tahukah korang rezeki artis ni termasuk dalam ISTIDAJ? Iye, memangla kerjaya artis ni glamer. Dapat harta melimpah ruah. Tapi, ianya bukanlah rezeki yang diberkati Allah. Tak sedih ke kita bagi harta yang tak berkat kat mak ayah kita?

Korang pon tau kan kalau hasil tak berkat, apa yang mungkin terjadi kat kita? Mungkin suatu hari nanti keluarga kita pecah-belah. Atau macam2 malapetaka lagi yang Allah bagi sebab kita terus menerus buat benda yang DIA tak suka.

Pengajarannya, dalam apa-apa pekerjaan yang kita buat. Mestilah cuba sehabis baik utk dapatkan "kab ba ra kaf alif ta nun" daripada-Nya. Selamat beramal..
Read On

Blog Jejaka Dah Jarang Update. Apa Ke Halnya?

19 comments 19 April 2011
Sori lori stroberi kepada pembaca setia blog Jejaka Terhangat (bajet ada pembaca setia je). Baru-baru ni aku kurang produktif sket. Erkk, bukan produktif menghasilkan zuriat tu. Tapi, kurang produktif menghasilkan entri.

Kalau nak kasi alasan sebab sibuk. Standard sangat tu. Lagipun, semua orang pon ada kebiziannya tersendiri kan. So, dengan jujurnya. Aku mengaku. Entri kurang dihasilkan sebab semakin hari aku semakin kurang idea. Ahaks..

Tu la akibatnya, ikut cakap blogger otai. Setiap hari 3-4 entri. Sekarang ni, idea dah kering. Tak tau nak buat topik apa. Padan muka dengan diri sendiri. Ngehh..


"Alah, update je la apapepon. Merapu pon takpe"


Kehkeh, sori lori stroberi lagi skali. Aku selagi mungkin nak jaga kualiti penulisan aku (aiceh, bajet blog berkualiti letew). Setakat merapu, update blog macam update status twitter or facebook. Terima kasih je la. Bukan cara aku kot.

Lagipun, aku agak menyampah orang update blog mcm update status. So, takkan aku nak buat benda yang aku sendiri menyampah kan?

Orang kata, banyakkan membaca membolehkan kita dapat banyak idea dalam menulis. Sangat betol. Mungkin sebab tu aku kekurangan idea dah sekarang ni kot. Sebab dah kurang membaca. =(

Nak membaca pon kena berhati-hati ye kawan-kawan semua. Pastikan benda yg kita baca tu sedikit sebanyak dapat kasi kita ilmiah. Jangan benda yang menjahanamkan kita. Contoh terdekat, muka depan Harian Metroseksual.

Oleh tu semua. Marilah kita rajin-rajinkan membaca. Kerana membaca itu amalan mulia. (Pesanan khidmat masyarakat).
Read On

Perempuan Kata, Lelaki Lebih Senang Jatuh Cinta

37 comments 17 April 2011
Orait, tajuk dah menerangkan segalanya. Apa pendapat korang dengan penyataan ni? "Lelaki lebih mudah jatuh cinta berbanding perempuan". Setuju?

Kata perempuan:

Lelaki cepat sangat luahkan perasaan walaupun baru kenal. Ramai lelaki yang dianggap kawan, akhirnya luahkan perasaan. So, hal ni jelas terbukti lelaki cepat jatuh cinta.


Ulasan Jejaka Terhangat:

Memang biasanya lelaki akan luahkan perasaan dulu berbanding perempuan. Kalau perempuan yang luahkan, dikatakan 'perigi cari timba'. Ye tak?

Oleh tu, majoriti perempuan akan dok diamkan diri je walaupun berkenan giler2 kat lelaki yang dia minat. Malu. Takpe, malu tu sifat yang bagus.

Tapi hakikat yang korang semua perlu tau. Walaupun lelaki luahkan perasaan, tak bermaksud dia cinta kat engko. Tapi, ianya hanyalah perasaan suka.

Lelaki sebenarnya sangat susah untuk jatuh cinta. Sebaliknya, perempuan kalau diayat, dan cair dengan kata-kata lelaki. Dia lagi mudah untuk jatuh cinta.

So, jangan tersilap ye. Lelaki luahkan perasaan, hanyalah untuk 'try' dapatkan hati perempuan yang dia suka. Bukan sebab dia cinta. Dapat?
Read On

Parasitkah Kita Sebagai Seorang Kawan?

27 comments 15 April 2011

Orang selalu kata, kalau berkawan kena ikhlas. Jangan hipokrit dalam berkawan. Biasa la tu, tiada sorang pun suka orang hipokrit. Walaupun setiap dari kita ada sifat hipokrit dalam diri.

Kawan-kawan saling memerlukan. Contohnya, Ahmad yang takde duit untuk makan pada bulan ni. Dia pinjam kat Zaidi. Dan Zaidi yang motornya rosak, disebabkan piston motornya basah. Dia pinjam motor Ahmad untuk pergi keluar dating.

Kat situ kita nampak "mutual interaction". Hubungan dua hala, di mana kawan-kawan saling memerlukan aka mempergunakan antara satu sama lain. Owh, tu contoh biasa dan tak cukup hipokrit.

Bagaimana pulak dengan ni. Ahmad yang tiba-tiba call Fairus yang dah 5 tahun tak contact. Tujuan dia cari Fairus balik sebab Fairus ada "cable" dalam company besar kat ibu negara. Masa betul-betul perlukan, barulah terhegeh2 nak cari Fairus balik.

Rasanya setiap daripada kita pun pernah macam tu kan? Cari balik kawan yang dah lama tak contact, sebab dia boleh tolong kita untuk satu-satu perkara.

Kawan yang selalu bagi pertolongan di saat kawan lain memerlukan. Dia akan dilabelkan sebagai kawan yang baik. Dan sebaliknya, kawan yang selalu ambil kesempatan terhadap kebaikan kawan. Dia tak ubah seperti parasit.

So, agak-agak la. Korang kawan yang jenis macam mana? Parasit atau tidak?

p/s: Tolongla jangan contact kawan yg lama balik, semata-mata untuk jumpa kat gerai makan dgn tujuan cari kaki (downline). Grr..
Read On

Sebenarnya, Tak Mudah Jadi Blogger (Continue)

26 comments 14 April 2011
Tak lama dulu, aku pernah kata yang jadi blogger ni sebenarnya sangat susah. Sebab, kita meletakkan diri kita antara buat dosa dan pahala.




Kalau apa yang kita tulis tu baik, dan jadi ikutan orang. Pahala yang kita dapat akan berterusan. Begitu jugak sebaliknya. Penulisan kita yang tak baik, sehingga timbulkan fitnah. Atau tayangkan aib orang (gambar aurat orang), dan jadi ikutan orang lain. Dosa yang kita dapat pun akan berterusan.

Errk.. Tak faham? Ok la, penerangan simple. Aku kasi contoh. Satu artikel yang tak tau sejauh mana kebenarannya (fitnah), korang copy paste masuk blog. Pastu ada orang copy artikel dari blog korang tu, masuk pulak ke blog dia. Pastu, orang lain pon copy paste, dan seterusnya.

Hasil penyebaran fitnah tu, korang pon akan dapat saham dosanya secara berterusan. Macam skim Multilevel Marketing (MLM). Untuk visual view, korang boleh tengok sini. (Ihsan daripada blog MrKerro).




So, tolong ye kawan-kawan blogger semua. Muhasabah diri kita. Kalau selama ni kita selalu copy paste, ataupun tulis entri tanpa pikirkan dosa. Pikir lagi sekali.

Daripada kita tulis blog tapi dapat banyak dosa. Baik tak payah berblog. Dosa kita yang dah memang berbakul-bakul tu pun takde la semakin bertambah. Ye tak?

Aku tau, memang susah nak berblog tanpa letakkan gambar aurat orang lain. Sangat susah nak jumpa blog yang tak 'jual' gambar aurat orang.

Tapi, semua tu memang boleh dielakkan. Asalkan kita serius utk jadikan dosa tu sempadan bagi kita dalam berblog. Hmm, agak2 korang boleh buat tak?


Terjah entri ni:
Skim Piramid Dosa Yang Menjadikan Anda “Kaya”
Read On

Cinta Bermula Dengan Nafsu. Siapa Setuju?

25 comments 13 April 2011

Erkk, kalau aku kata cinta bermula dengan nafsu. Ada jugak yang tak setuju. Katanya, cinta dia tulus, ikhlas. Apa kena mengena dengan nafsu pulak?

"Dari mata, turun ke hati"

Pepatah yang biasa kita dengar. Seperti cinta pandang pertama. Macam mana boleh datang cinta pada pandangan pertama kalau ianya bukan disebabkan nafsu?

Nafsu suka pada kecantikan. Pastu dipupuk dengan cara yang betul, dan niat yang baik. Barulah ianya dinamakan cinta.

Nafsu yang membuak-buak, tanpa dikawal. Ya, mungkin tu jugak cinta. Tapi, itu cinta berdasarkan nafsu semata-mata. Cinta macam ni la yang buatkan ramai orang buta mata, buta hati. Sebab gagal pupuk cinta tu ke arah yg diredhai-Nya.

Nafsu, bukanlah benda yang jahat. Minat kita pada sesuatu benda jugak disebabkan nafsu. Soal makanan, pakaian, kecantikan, itu jugak nafsu. Tapi, semua tu boleh jadi baik sekiranya kita dapat kawal nafsu tersebut dengan cara yang baik.

p/s: Mangsa nafsu biasanya orang yang tak dapat bezakan antara kemahuan dan keperluan.
Read On

Tips Menjadi Seorang Pendengar Yang Berjaya

22 comments 11 April 2011

Nama pun manusia, takkan lari daripada masalah. Melainkan kalau korang orang gila. Ahaks. Kalau ada masalah melanda, apa tindakan korang?

Ya, ramai di antara kita yg cari seseorang (biasanya kawan baik) utk kita luahkan masalah kita. Supaya stress yg kita tanggung dapat dikurangkan. Seterusnya, utk dapatkan pandangan dia jalan keluar bagi masalah tersebut.

Untuk entri kali ni, aku nak ajar bagaimana untuk jadi seorang pendengar yang setia. Nak dengar masalah drpd kawan-kawan pun kena ada skill yang berkesan.


Tips menjadi seorang pendengar yang berjaya (ikuti langkah berikut):


1. Tegakkan posisi badan anda

Sekiranya korang duduk berdepan, tegakkan badan korang. Beri tumpuan kepada setiap apa yang dikatakanya. Supaya menunjukkan korang serius utk dengar masalah dia. Dia pun akan lebih semangat utk cerita.


2. Tidak mencelah

Masa dia tengah luahkan masalah dia, pastikan korang bagi dia habiskan semua ayat dia. Jangan 'potong' dan terus bagi solution semasa dia tengah layan feeling dok cerita masalah dia tu.


3. Ulang percakapan dia

Ulang kat sini bermaksud, ambil sikit drpd ayat dia dan tanyakan balik.

Contohnya: "Owh, kau tak dapat jawab soalan tu? Pastu apa jadi?"

Method ni penting utk menunjukkan korang faham dan focus dengan setiap apa yang disampaikannya.


4. Tanya penyelesaian yg dia fikirkan

Kesilapan ni paling ramai orang buat. Jangan terus-terus bagi penyelesaian kat masalah dia, tanpa korang dengar dulu apa jalan keluar yg dia fikirkan.

Walaupun dia kata "tak tahu nak buat apa", tapi biasanya dalam fikiran dia mesti ada cara yg dia dah fikirkan. So, macam manapun, cuba tanya dan dapatkan apa penyelesaian yg dia dah fikirkan.


5. Berikan pendapat

Langkah terakhir, berikan pendapat bernas terhadap masalah dia. Bagi pendapat bermaksud, korang sediakan pelbagai jalan keluar, dan suggestkan penyelesaian yg terbaik untuk masalah dia.

Jangan paksa dia utk buat apa yang korang cadangkan tu secara mutlak. Tugas kita hanya sediakan penyelesaian. Yang lain terpulang pada dia utk terima atau tak.


Itu je tips yang dapat aku kongsikan. So, selamat menjadi pendengar yg setia dan berjaya ye kawan-kawan semua. Good luck =)


p/s: Biasakanlah dengar masalah orang lain. Dan ambil iktibar drpd pengalaman orang lain utk jadikan sempadan kat diri sendiri. Tak semestinya kita kena lalui sendiri, baru nak belajar drpd kesilapan.
Read On

Tiada Seorang Pun Yang Suka Teguran Pedas

32 comments 10 April 2011
Isu comman. Teguran. Aku pasti, setiap daripada kita pernah tulis entri berunsur teguran kan. Teguran tu bagus. Kita boleh sedari kesilapan masing2.

Tapi, yang tak sedap kalo baca entri teguran ni, yang gunakan bahasa kesat. "Dem, wadefakk, bangsat". Lolz, apakejadahnya semua ni?

Tulis macam tu menunjukkan kita ni sebenarnya "low minded person". Kalau macam tu punya perangai, tak payah bagi teguran lagi bagus..


"Alah, teguran pedas mcam tu pun tak dapat terima. Manja la kau"


Oit, teguran pedas tak perlu guna bahasa kesat kot. Asalkan penulisan kita dapat disampaikan secara sinis, tu la yang dikatakan 'pedas'. Bahasa kasar dan teguran pedas banyak bezanya. Take note tu..


Manusia pantang ditegur..

Satu hal lagi, tiada seorang pun yang suka ditegur. Lebih-lebih lagi teguran pedas. Kalau terasa, macam-macam alasan yang dia bagi supaya taknak terima teguran tu.


"Ek eleh, kau aib kan orang. Baik sangat ke teguran kau tu? Nak nasihat tu biarla yang sedap didengar. Nabi pun tegur cara halus"


Hah, tu la alasan yg paling common digunakan kalau tak nak terima teguran, AIB. Pastu pandai pulak nasihatkan orang balik pasal agama. Masa ni baru keluar 'nabi'.

Masa dia buat sesuatu yang bukak aib sendiri, takde pulak fikir pasal agama. Nama pun teguran. Mana ada yg sedap didengar. Kalau nak yg sedap didengar. Tu bukan teguran, tapi PUJIAN.

Apapun, yang paling penting. Jadikanlah diri kita orang yang selalu sanggup terima teguran. Memang, semua orang pun mengaku dirinya boleh terima teguran. Tapi hakikatnya, sangat susah nak jumpa orang yang macam tu.
Read On

Mari Buat Identiti Palsu Untuk Promosikan Churp-Churp.

25 comments 09 April 2011

Woah, sekarang aku perhatikan ramai yang dah jadi churper. Mana taknya, churp-churp antara platform yang paling senang nak cari duit melalui online.

Lagipun, churp-churp bukan hanya utk bloggers je. Tapi, yang bukan bloggers pun boleh join sama. Tapi, of course la advantage lebih pada bloggers, sebab kita boleh promosikan churp2 ads kat blog masing-masing selain kat facebook atau twitter.

Yang ni aku tak tau la siapa punya kerja. Lelaki atau perempuan. Sanggup create akaun facebook dan twitter palsu. Dengan gunakan profile gadis-gadis gebu dan seksi semata-mata untuk tarik orang klik link churp-churp dia.

Alahai, so low class person. Semakin hari, semakin banyak pulak tu fake profile yang dibuat. Bajet dengan letakkan gambar aweks seksi, dan send short link churp-churp kat facebook tu aku akan klik la tu. Usah harap. Ahaks.

Kalau ada di antara kita yang buat camtu. Diharap hentikanla aktiviti tu yek. Banyak lagi cara yang bermoral kita boleh gunakan untuk promosikan link churp2.

Aku tau, tak hensem tak cantik, tak ramai nak klik. Tapi, usaha dan rezeki yang kita dapat lebih barakah sekiranya kita promosikan secara jujur. Bukankah dapat keredhaan daripada-Nya, itu lebih penting??
Read On

Kita Beruntung. Tapi..

9 comments 08 April 2011
Mualaf, bermula dengan ucapan dua kalimah syahadah. Kemudian merangkak-rangkak belajar segalanya tentang islam. Ya, mereka nampak akan keindahan Islam.

Mereka serius nak mendalami islam. Kalau tak, mana mungkin mereka membelakangkan agama asal, dan beralih kepada Islam.

Perbezaan ketara antara kita dengan mualaf. Kita dilahirkan dengan nikmat Islam. Status agama di IC Islam sejurus dilahirkan. Kita membesar dengan Islam..

Tapi sedih. Islam kita hanya pada nama. Tapi, tiada penghayatan di dalamnya. Buka aurat, mengabaikan solat 5 waktu sehari. Berperilaku tak sopan.

Membuat segala yang bertentang dengan ajaran islam. Bahkan, ada yang sampai sanggup membunuh diri sebab gagal dalam hal dunia.

Nikmat yang diberikan oleh-Nya selalu kita sia-siakan. Tak malukah kita dengan mualaf? Mereka berusaha untuk peroleh nikmat, yang kita dapat secara PERCUMA.

Nikmat Islam adalah nikmat yang paling besar. Nikmat yang tidak diturunkan kepada semua orang. Oleh tu, hargailah ia, sebelum Izrael datang menjemput kita.
Read On

Betul Ke Ramai Blogger Bagi Komen Tak Ikhlas?

40 comments 07 April 2011

Dulu aku ada terbaca satu ayat kat entri Lensa Rosak. Katanya, perhatikan blogger sekarang. Asal drop komen je mesti nak letak link ke blog dia.

Blogger macam tu la yang tak ikhlas dalam bagi komen. Pergh, berasap gak aku baca ayat tu. Sebab dulu aku ada buat jugak. Terasa beb..!!

Tapi, bila dipikir baik2, memang ada betulnya apa yang dia cakap. Kadang-kadang kita tengok orang kasi komen sepatah je. "TERBAIK", "SETUJU". Full stop. Pastu diletakkan link ke blog dia. Bukan satu, tapi 2-3 link diletaknya.

Apa motifnya kasi komen camtu. Dah jelas semata-mata untuk promote blog dia je kan? Sejak hari tu. Aku dah tak letakkan link kat setiap blog yang aku komen. Melainkan blog wordpress yang ada "commentluv". Itu pun automatic generate.

Apapun, semuanya bergantung pada niat. Aku tak kata yang aku tak suka orang promote blog kat entri. Bahkan aku tak kisah pun orang buat camtu kat blog ni.

Cuma, aku nak bagitau yang aku terasa dengan ayat lensa rosak tu. Dan aku tak buat lagi camtu sebab agak terasa dengan ayat dia. Kalau korang tak terasa. Memang hati kental. Terbaek.!! Ahaks..
Read On

Bila Dah Tiada, Baru Terasa Kehilangan

38 comments
Aku pernah terbaca kisah sedih. Lupa siapa penulisnya. Ceritanya mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang kempunan nak ada anak sendiri. Walaupun dah berumahtangga berpuluh tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata..

Dan tiba-tiba, atas doa yang tak putus2, akhirnya si isteri disahkan mengandung. Mereka sangat gembira kerana kesabaran mereka akhirnya membuahkan hasil. Selang beberapa bulan, si isteri selamat melahirkan bayinya. Lelaki..

Pasangan suami isteri tersebut menjaga anak mereka dengan penuh kasih sayang dan penuh manja. Beberapa tahun berlalu. Budak lelaki tu dah mencapai usia 5 tahun. Situasi berubah. Kenakalannya menjadi-jadi.

Rumah pasangan suami isteri itu yang dulunya bersih, tersusun rapi. Kini berselerak bagaikan longkang pecah dikerjakan oleh anak lelaki mereka. Sehinggakan, si ibu sering pening kepala dengan kenakalan anaknya itu.

Sehingga suatu hari si ibu mengeluh. Dia kesal dapat anak yang nakal sedemikian rupa. Tidak seperti yang diimpikannya. Sesalannya teramat dalam sehingga dia berharap yang dia tidak pernah melahirkan anaknya yang nakal itu.

Keesokan harinya. Sewaktu budak itu bermain bola di depan rumahnya, tiba-tiba dia dilanggar oleh sebuah kereta yang tak diketahui muncul dari mana. Si ibu yang nampak kejadian tersebut, bergegas lari mendapatkan anaknya. Tapi malang, nafas anaknya semakin lemah. Dia mati di dakapan ibunya tersayang.

Suasana rumah pasangan suami isteri itu berubah. Dulu, rumahnya penuh ceria. Dipenuhi oleh hilai tawa anak lelakinya. Kini, rumahnya sepi seperti tiada penghuni.

Dulu, rumah mereka berselerak, mainan penuh di lantai. Kini, tiada lagi barang-barang yang perlu mereka kemaskan lagi. Si ibu mula rasa sunyi. Air mata berlinang tanpa henti.

Dia menyesal. Tak sepatutnya dia harapkan anaknya tiada. Baru dia sedar, senakal-nakal mana pun anaknya, dia la yang jadi penyeri hidupnya selama ini. Tapi, apakan daya. Masa tidak mungkin boleh diulang. Itu ketentuan Ilahi..

p/s: Hargailah orang tersayang. Jangan sampai dia dah tiada, baru kita nak rasakan kehilangannya..
Read On

JAMBU Itu Adalah Pujian Dan Kelebihan..

36 comments 05 April 2011

Entri ni sebenarnya ditujukan kat sorang kawan Bloggers Chat Room (BCR). Kat sana, dia dicop sebagai budak jambu. Maklumla, dia lelaki. Tapi wajah putih suci je. Mana tak kena panggil jambu. Kehkeh..

Walaupun panggilan jambu tu kedengaran seperti satu perlian, tapi sebenarnya ianya lebih kepada kelebihan dan pujian.

Sebab apa pujian pulak? Sebabnya, lelaki jambu selalunya refer kepada pelakon korea. Dan, pelakon korea tu biasanya jadi kegilaan ramai gadis.

Bukankah jadi tumpuan dan perhatian ramai gadis tu merupakan kelebihan? So, walau apapun kata orang. Janganlah anda berasa down. Tetaplah berdiri dengan gah dan berbanggalah kerana anda jambu, kegilaan ramai gadis. Ngehh..

Kalau ada perempuan kata tak suka lelaki jambu. Diorang tipu je tu. Sok suci (google for meaning). Tak suka lelaki jambu, tapi minat pelakon korea. Camne tu?

p/s: Jejaka Terhangat bukanlah lelaki jambu. =p
Read On

Terima Kasih Nuffnang Buat Terakhir Kalinya.

35 comments
Alhamdulillah. Akhirnya, earning nuffnang yang aku cashoutkan lebih sebulan yang lepas sampai jugak ke rumah.

Tapi, ni adalah yang terakhir kalinya aku harapkan side income daripada nuffnang. Al-maklumla, sekarang ni macam tak berapa puas hati je dengan earning yg dia kasi. Traffic tinggi pun tak dapat BE. Tapi, BE diutamakan kat blog yang trafiknya maintain sekitar 100UV sehari. Grr, mana pueh ati den camni..



Not much. But OKEY La. Alhamdulillah..


Apa pun, terima kasih kat Nuffnang atas jasamu selama ni. Sekarang, blog Jejaka Terhangat dah completely beralih ke Innity Ads. (Agak puas hati dgn Innity)..

Di kesempatan ni jugak, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca, dan tukang lalu yang sudi datang ke blog picisan ni.

Lepas ni, rajin-rajin la datang lagi yek. Ngehh..
Read On

BoboiBoy: Lawak Animasi 3D Superhero Terbaik

13 comments 04 April 2011

Nampaknya Les Copaque dah jumpa pesaingnya. 3D animasi yang dikeluarkan oleh Animonsta Studios menerusi animasi BoBoiBoy tak kurang hebatnya. Terbaik..

Hehe, "terbaik" tu memang trademark BoBoiBoy pon. Kalau upin ipin, trademarknya "betul betul betul". Persaingan sihat nampaknya kedua2 studio ni. Bagus2..

Mula-mula, aku ingatkan animasi BoBoiBoy ni tak best. Tapi, entah macam mana aku tertengok pulak kat youtube. Pastu terus persepsi aku berubah.

Ternyata, BoBoiBoy memang mampu untuk bersaing dengan animasi2 daripada barat. Sekali lagi aku katakan, BoBoiBoy TERBAIK..!!


Untuk lebih detail pasal BoBoiBoy, boleh terjah sini:

1. http://www.animonsta.com/htm/projects.htm
2. http://animonsta.blogspot.com
3. http://www.utusan.com.my/utusan/boboiboi
Read On

Tutorial Float Nuffnang Dengan Close Button Yang Boleh Berubah Tempat.

16 comments
Jeng jeng.. Post ni dah biasa ada kat kebanyakan blog sebenarnya. Tutorial macam mana nak buat nuffnang float kat tepi blog dengan fungsi close button.

Tapi, aku nak ajar yg lebih upgrade. Di mana, kita boleh tambah close button tu jadi berapa banyak yang kita nak. Dan kat mana yang kita nak.

Contohnya kat blog ni sendiri. Aku letakkan DUA fungsi close button kat iklan tepi blog Jejaka Terhangat ni:




Ni adalah code bagi float ads seperti gambar di atas:



Ikuti langkah ni:

1. Download code di atas
2. Add a Gadget
3. Pastekan code di gadget "HTML/JavaScript"
4. Gantikan !-- letak code nuffnang anda di sini --> dengan code nuffnang skyscrapper anda, dan Save gadget tersebut.


Close code:

Perhatikan, code antara | adalah fungsi close 1, dan code antara | adalah fungsi close 2.

Sekiranya anda nak tambahkan lagi fungsi close, cuma copy code yang sama dan pastekan disebelah fungsi close 1 (merah).


Kedudukan Close Button:

Cara nak ubah kedudukan close tu senang je. Hanya ekjas px code tersebut mengikut kemahuan anda. Contohnya, bottom: 10px; left:161px bg close button 2.

Sekiranya anda nak kedudukan close tu lebih ke atas, naikkan nilai px bagi buttom tu. Contohnya, bottom: 30px.


Image Close Button:

Anda jugak boleh gunakan image bagi close button. Caranya sangat senang. Cuma tukarkan perkataan "close" dengan code gambar yang anda mahukan.

Senang je kan? Sekiranya ada yang tak faham. Sila la tanya di komen bawah ni.
Read On

Sekodeng Orang Memancing Di Taman Jaya.

25 comments 03 April 2011
Wahh.. Harini aku takde kerja. Sebab tu aku cari kerja. Kerja aku harini skodeng orang memancing kat Taman Jaya. Ngehh..

Ala.. Taman Jaya, kat depan Amcorp Mall, Petaling Jaya tu. Biasa orang ke sana petang2 untuk berjogging. Kadang2 ada yang cuci mata (Ehem-ehem..)

Bagi kaki pancing. Kat sana port terbaik. Sebab kat sana ada tasik yg penuh dengan ikan. Ikan bawal, ikan pari, ikan paus, memang banyak kat sana. Ahaks, kompom la tipu. Mostly ikan tilapia je yang selalu diorang dapat.

Tapi yang mentergamamkan aku (bahasa apa ni?), diorang pancing tak lama. Guna umpan pun lumut je yang ada kat sana. Pastu benamkan kail ke tasik.

Poofff, tak sampai 5 minit dapat dah sekor. Dengan rasa tak puas hati, aku pon mendekatkan diri utk penglihatan yang lebih jelas..



Tasik Taman Jaya berdepan Amcorp Mall



Seisi keluarga turun ke laut utk memancing. Aktiviti riadah keluarga kot.



Waahh, banyaknyer hasil tangkapan pokcik. Konyang setahun ni..!!


Haihs.. Tak buleh jadi ni. Aku pon nak torai gak la memancing kat sana nanti. Harap-harap dapat ikan duyung yang comel. Kehkeh..
Read On

Update Your Facebook And Twitter While Blogging. Easy Using FLOCK.

9 comments
It is important for bloggers to have social networks, such as twitter and facebook. With those accounts, we can spread and promote our blog to more people. Don't say those things don't really help us if you're the one who don't know how to use it.

And since we're bloggers. I found an efficient method where we can blogging and twitting or facebooking at the same time. And how is that? Yes, by using FLOCK.

I already using FLOCK for a long period of time. And i'm quite satisfied with its performance compare to usual browser such as Chrome and Mozilla.

Just see picture below and you guys will know what i mean.




You can update and reply to your friend's status that appear on the right side of the browser. Cool right? And if you don't want that side to appear. You can simply turn it off and its working like a normal browser.

Owh, how about speed? Don't worry. FLOCK is fast and light. It is faster than Mozilla. And just slightly slower than Chrome. But its performance is superb. So, how about you guys also join me. Try FLOCK now. Ngehh..


Don't forget to add me:

Facebook - http://www.facebook.com/jejakaterhangat

Twitter - http://twitter.com/#!/jejakaterhangat
Read On

Tangan Memberi Adalah Lebih Baik Daripada Menerima - Perspektif Jejaka Terhangat

19 comments 02 April 2011

Post ni dibuat lepas aku baca entri daripada cik ieeza.

"Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima".

Entri dia membincangkan, kalau korang nampak orang mintak sedekat kat mana2 tempat. Perlu atau tak hulurkan sumbangan kat dia?


"Bagi je la. Kalau dia menipu jadi orang susah, dosa dia dengan Tuhan. Kita bagi dengan niat nak tolong, ikhlas"


Memang betul, niat ikhlas nak tolong. Pahala kita dapat. Tapi, kalau kita terlalu berbuat baik pada orang minta sedekat kat tepi jalan, ataupun kat gerai2 makan. Bagi aku lebih banyak negatifnya berbanding positif.


Negatif 1: Semakin banyak peminta sedekah kat Malaysia.

Setahu aku, Malaysia antara negara yg mempunyai bilangan peminta sedekah yang tinggi berbanding negara lain. Sebabnya, orang kita terlalu pemurah. Kesannya, ramai orang asing datang sini untuk meminta sedekah.


Negatif 2: Sindiket meminta sedekah semakin berleluasa.

Korang pernah dengar pasal sindiket minta sedekah? Diorang gunakan mangsa yang diculik. Termasuklah budak-budak dan orang tua.

Pastu, kaki atau tangan diorang dipotong, supaya dapat raih lebih simpati. Kemudiannya diletakkan di tepi2 jalan dan dipantau oleh orang2 sindiket tersebut.

Bila ramai bagi sedekah. Permintaan kanak2 mesti semakin tinggi. Manetau nanti adik-adik kita pulak yg jadi mangsa culik sindiket minta sedekah macam mana?


Habis tu nak biarkan je ke? Kesian tau tengok diorang.

Aku tau, korang baik. Tapi nak hulurkan sumbangan biarla melalui saluran yang betul. Ingat, kita ada zakat fitrah dan zakat harta.

Sebenarnya, isu kemiskinan rakyat kita dapat diatasi sekiranya zakat tersebut disalurkan kepada golongan yg sepatutnya secara telus.

Ataupun, kita jugak boleh derma ke pusat-pusat kebajikan yang jelas diketahui ke mana duit tu disalurkan.

Entri ni bukan dibuat untuk racun pemikiran korang supaya tak bagi derma kat peminta sedekah. Tapi, untuk mengajak korang berfikir. Apa yang aku katakan kat atas tu memang ada kebenarannya. Sekian..
Read On

Keputusan Pemenang Blog Assignment Review 4

11 comments
Wow, aku agak tergamam dengan penyertaan blog review assignment 4 kali ni. Penyertaan yang banyak. Mengalahkan assignment2 review sebelum ni. Ternyata kak diana ni memang besar pengaruhnya. Hehe..

Ramai gak blogger ternama join review ni. Dan review pun kebanyakannya best-best belaka. Banyak jugak ilmu baru yg aku dapat daripada entri2 diorang ni.

(pastikan korang klik nama, open new tab utk tgk entri2 review mereka)

1. kyle
2. hitammanis
3. haw!ey
4. Nur Amalina
5. The Crow Empire
6. mimie azam
7. Cik Hanie

8. Solihin Zubir
9. MamaEma
10. sarah-najwan
11. Hanis Azla
12. Liza @ Adzriel
13. Aretikz - Haha, Aretikz review secara berpuisi? Kreatif2..

Dan, pemenang bagi assignment blog review 4 ni adalah:


Tahniah diucapkan kepada Mrs. Sabri. Diharap kak diana dapat ambil point-point mereka dan gunakan untuk menaik taraf blog kak diana yang dah sedia mantap tu.

Dan, terima kasih jugak diucapkan kat Kak Diana sebab kasi kerjasama penuh utk menjayakan review ni. Memang mesra betul. Semua entri penyertaan pun diterjahnya. No wonder la blog kak diana dapat pujian ramai. Hehe..


Semua blog peserta bagi assignemnt 4 ni aku dah letakkan ke dalam bloglist "Mereka Review Terhangat" (kat sidebar).

Dan bloglist akan direset selepas assignment seterusnya berakhir. Bermaksud, korang berpeluang utk terus kekal dalam bloglist tu sekiranya korang terus sertai assignment blog review yang akan datang. Orait? =)
Read On

Pengalaman Jejaka Terhangat Menyambut April Fool.

24 comments 01 April 2011

Aku sambut April Fool? April Fool tu bukan utk orang bodoh je ke? Haha, iye. Masa aku sekolah rendah dulu. Aku pernah gak pekena kawan2 sempena April Fool. Al-maklumla, masa tu tak tau apa2 disebalik peristiwa April Fool tu.

Bahkan, masa aku darjah 3, semua kawan2 pun join the crew pekena antara satu sama lain. Macam-macam idea diperah supaya kawan tu tertipu buat 2-3 kalinya.

Contoh ayat budak-budak menipu:

1. "Weh, ko tengok kat luar tu. Ada lembu tergolek. April fool"
2. "Man, cikgu panggil kau ke bilik dia. April fool"
3. "Shah, Yana kata dia suka kat kau. April fool"

Haha, adoi. Terlalu kebudak-budakannya aku masa zaman jahilliah dulu.


Tak cukup dgn ayat. Kitorang pekena kawan dgn perbuatan pulak. Memang jahat la. Time kawan tengah berdiri, aku tarik kerusi dia ke belakang. Bila dia duduk. Ha, korang tau la apa jadi kan. Terduduk terus dia kat lantai. Adeh, sakit.

Tapi, kawan tu tak boleh marah. Nama pon April Fool. Hari memperdajalkan orang tanpa rasa bersalah. Dengan kata lainnya, hari menguji kesabaran.

Astaghfirullah. Memang bebalnya aku dulu. Apa la yang seronok sangat kenakan kawan. Bila aku sendiri yg kena. Tahu pulak aku sakit hati.

Tapi, lepas dah tau sejarah. Bahawa April Fool tu diraikan sempena kejatuhan umat islam di Sepanyol sebab ditipu. Aku terus tak sambut lagi.


(Tapi tak diketahui sejauh mana kebenaran sejarah tu. Takut jadi macam kes Ustazah NurBahiyah pasal Valentine's Day pulak)


Apapun, benda ni memang hampes. Takde faedah. Kalau korang nak termasuk dalam kategori jahil, mangkuk dan bebal. Dipersilakan la sambut April Fool ni yek.


Entri berkaitan April Fool:

1. Sejarah dan asal-usul April Fool bukan sumber sahih
2. Fatwa dan Hukum menyambut April Fool
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...