Blog Jejaka Terhangat Ayat Pedas, Bajet Bagus..

26 comments 31 March 2011
Firstly, aku nak ucapkan terima kasih kat suffer8zine sebab senaraikan blog Jejaka Terhangat ni dalam salah satu blog yang rajin diterjahnya.



Screenshot dari entri suffer8zine - 5 blog paling kerap dilawati 2011


Nampak tak apa yg dikatanya. Jejaka Terhangat gunakan ayat pedas dan kata-kata sinis. Haha, seriously aku tak marah. Bahkan aku setuju sangat dengan ayat tu. Memang konsep yg aku gunakan dlm setiap entri aku adalah nasihat dalam bentuk perlian dan ayat-ayat sinis.

Sebab tu jugak la kadang-kadang kat entri aku, ada yang drop komen camni:

"Waahh, terasa seyh". "Ooo, ko mengata aku ek?"

Siap ada yang Private Message (PM) aku kat facebook sebab kata entri tu aku tujukan khas utk dia. Haha.. Terima kasih ye. Itu bermakna apa yang aku sampaikan, sedikit sebanyak terkesan kat hati korang. Ngehh..

Untuk pengetahuan semua, tiada satu pun entri aku yang dibuat khas utk mengkondem orang-orang tertentu. Entri Jejaka Terhangat bersifat umum (general). So, kalau terasa tu. Jangan ingat aku saja nak menjatuhkan korang ye.


Eleh, asyik nak jatuhkan orang je. Macam bagus..

Err, tak lupa jugak yang kata aku suka kondem orang. Macam bagus sangat. Dan sebenarnya, tak pernah langsung niat di hati ni utk bermegah-megah ataupun nak tunjuk bagus. Cuma, di samping aku tulis entri berunsur nasihat. Pada masa yang sama, aku memperingati diri sendiri jugak.


Asyik-asyik perli perempuan. Jejaka Terhangat ni diskriminasi la..

Memang banyak entri aku ditujukan kepada wanita. Itu tak bermakna aku benci perempuan. Tapi sebaliknya, aku sayang lebih kepada mereka.

Islam tu sendiri sangat menjaga kesucian muslimahnya. Bahkan, kedudukan perempuan sangat diangkat tinggi dalam Islam.

So, aku tak berapa puas hati kalau ada perempuan ni yang menjatuhkan maruahnya, dan mengaibkan dirinya sendiri. Samada di laman sosial mahupun di blog.


Rasanya apa yang aku kata kat atas ni dah jelas. Kritikan membina tak bermaksud mengkondem. Apa yang perlu kita buat adalah, rendahkan EGO sendiri. Dan jadikan teguran tu untuk perbaiki diri supaya jadi lebih baik. Orait geng.. =)

Edited:
Baca ni sekali: Kenapa asyik-asyik perempuan yg kena, Oleh Aretikz.
Read On

Blog Review Assignment 4 Oleh Jejaka Terhangat.

23 comments 30 March 2011
Hah, blog review assignment dah masuk yang ke 4. Jom la ramai2 kita meriahkan assignment ni. Mudah je. Dan, tak rugi join sebab ganjaran menanti anda. Ngehh..

Apa tu Blog Review Assignment:

Blog review assignment ni aku tugaskan kat korang untuk buat review blog kat blog yang aku tetapkan. Contohnya, aku suruh korang review blog Aretikz (blog subjek). Dan korang kena buat entri tersebut dan linkan ke entri ni. Tak susah pon..


Ganjaran?

1. Pemenang berpeluang utk jadi subjek blog review utk assignment akan datang.
2. Semua penyertaan peserta diberikan backlink pada keputusan assignment nanti.
3. Semua link blog peserta diletakkan di bloglist "Mereka Review Terhangat" di sidebar blog ni.

Ganjaran yg menarik kan. Assignment pun senang je nak buat..




Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk "Blog Review Assignment 4 Oleh Jejaka Terhangat".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Buat review ringkas tentang blog berikut:




Review simple je cukup. Korang letak 2 point yang best pasal blog tu dan 1 atau 2 point yang blog tu perlu diperbaiki. Kalau lebih pun takpe. Lagi bagus. Ngehh..

Contoh:

Yang best tentang blog ni:

i. Template best, kaler hitam. I laike..
ii. Tuan blog cumil. Hehe..
iii. bla bla (kalau ada).

Yang perlu diperbaiki:

i. Susun ayat entri bagi nampak cantik.
ii. bla bla (kalau ada).


4. Tag SEORANG blogger dan pastikan dia tau ditag.

5. Linkkan entri blog review assignment korang kat entri ni. Done..


Pemenang dipilih berdasarkan review yang paling best.

Tarikh tutup assignment ni, Jumaat jam 10.00 malam. So, cepat2 la buat yek. Tak susah pon..=)
Read On

Kalau Couple Tu Haram. Macam Mana Kita Nak Kenal Hati Budi Bakal Teman Hidup Kita?

49 comments 29 March 2011

Rasanya korang semua pon tau. Apa-apa yang mendekati zina hukumnya HARAM. Sebab tu jugak la bercouple tu haram. Mustahil la lelaki dan perempuan yang bercouple boleh bebas daripada melakukan sesuatu yang mendekati zina.

Kalau bukan zina secara body to body. Jangan pulak kita lupa zina mata dan zina hati. Aku tau, ramai yang akan kata camni:

"Kalau couple tu bawa ke arah kebaikan takpe"

Haha, pandai la korang nak cover ek. Sebab korang pon berkapel kan. So, terpaksa la bagi alasan utk menghalalkan sesuatu yang haram.

Hmm, tapi. Kalau couple tu haram. Macam mana kita nak kenal hati budi seseorang tu? Bukankah kita kena kenal hati dan perasaan si dia, sebelum kita buat keputusan utk berkahwin dengannya? Nanti kalau terkahwin dengan orang jahat, kita jugak yang menyesal di kemudian hari kan.


Jawapannya..

Ustazah aku kata, nak kenal seseorang tu tak semestinya kena "berkapel". Tapi, kita boleh kenal melalui pertanyaan. Tanya kepada adik beradik dia. Si Milah tu orangnya macam mana. Rajin ke dia, reti masak ke, dia jaga solat atau tidak.

Sehinggakan bentuk fizikal. Semua boleh ditanya kepada saudara dekatnya. Asalkan soalan tu tak keterlaluan. Dan tak keberatan utk saudaranya utk menjawab.

Cara camni sebenarnya lebih berkesan dalam mengenal perwatakan dan hati budi seseorang. Bahkan adik-beradik lebih kenal keluarganya jauh lebih baik berbanding orang lain.

Daripada korang gunakan alasan "berkapel" untuk kenal hati budi dia. Mana tau si dia pandai berpura-pura. Berlakon jadi orang baik. Bukan korang tau pon kan?

Kalau tak berani tanya adik-beradik dia, tanyalah kepada saudara terdekat dia. Tak pun, tanya je terus kepada mak ayahnya. Itu lagi bagus. Ahaks..
Read On

Pemenang Blog Assignment: Mak Saya Seorang Super Mom

15 comments 28 March 2011
Penyertaan bagi assignment Mak Saya Seorang Super Mom yang aku kasi kelmarin agak menggalakkan. Seramai 18 orang yang sudi berkongsi cerita. Terima kasih diucapkan. Kisah suka-duka kita bersama mak memang perlu kita abadikan..

Diorang semua ni kata, mak diorang adalah super mom. Kisah suka duka, keistimewaan mak masing-masing diorang kongsikan kat entri2 ni:

(Klik nama untuk ke entri supermom mereka)

1. Miss Ran
2. Fyka
3. Izzaty Hedry
4. mariah_smile
5. Nur Amalina
6. Cik mOoN
7. Encik Blogger
8. Nurul Nadia Nasir

9. The Crow Empire
10. Hajar Hasan
11. noonaQQ
12. LyNnDa
13. LurvelyAmiera
14. Norashiqin Kamaruzaman
15. Ira Izatti
16. Mss Ieza

Dan pemenang bagi assignment Mak Saya Seorang Super Mom ni adalah:


Penyertaan daripada blogger2 lain tak kurang hebatnya. Tapi, penceritaan Miss Feeza Macho memang unik. Sungguh terkesan di jiwa baca entri dia. Sob sobb..


Dan, award khas aku bagi kepada Cik Hanie Love di atas entrinya yang sungguh menyentuh perasaan. Cik Hanie Love satu-satunya peserta assignment yang sudah ketiadaan mak. Namun, apa yang disampaikan, dan pesanan yang dia selitkan dalam entri tu memang sangat bermakna.

Ingatlah, dalam al-Quran sendiri ada menyuruh kita sentiasa buat baik terhadap ibu bapa melalui surah Luqman. Bahkan, doa daripada anak2 yg soleh antara jaminan kita di akhirat kelak. Oleh tu, jangan sesekali kita lupakan jasa ibu bapa kita ye kawan2 semua. Sentiasalah doakan kesejahteraan mereka.


Tahniah kepada Miss Feeza Macho sebab menang assignment supermom ni. Feed blog Miss Feeza Macho dah diletakkan kat sidebar blog Jejaka Terhangat ni.

Kepada yang lain2, terima kasih sebab menjayakan assignment pada kali ni. Hope assignment akan datang join la lagi ye. Ngehh..
Read On

Fitnah, Fitnah. Macam Mana Nak Jauhi Fitnah?

26 comments 27 March 2011
Berdasarkan pemahaman ramai. Fitnah adalah cakap sesuatu yang tak baik tentang orang lain. Dan benda yang diperkatakan tu tak tau lagi ianya benar atau tidak..

Tapi, macam mana pulak dengan istilah "wanita fitnah dunia?"

Secara sekilasnya, maksud wanita fitnah dunia ialah, segala-gala yang perempuan buat pasti akan jadi daya tarikan orang ramai. Sebab tu la Islam mengajar kita semua supaya bersederhana dalam segala hal.

Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya. [HR. Muslim]

Jauhi fitnah dalam penampilan

Nak berfesyen tu boleh. Tapi kena ikut apa yang syariat tetapkan. Kenapa nak berfesyen lain daripada orang lain? Perlu sangatkah jadi tarikan ramai?

Sebaiknya, elakkan lah berlebihan dalam berfesyen. Hindari tabarruj. Kerana tabarruj tu bapa kepada fitnah dalam berfesyen.


Jauhi fitnah dalam perhubungan

Konteks fitnah dalam perhubungan ni sangat meluas. Tapi yang jelas, elakkan berada dekat dengan orang bukan mahram kita tanpa apa-apa sebab. Dengan itu, kita akan lebih selamat drpd sebarang fitnah.


Jauhi fitnah dalam pertuturan

Selalu lah cakap benda yang baik-baik. Jangan biasakan dok maki hamun, bercakap kasar semasa berbual dengan kawan. Ataupun mencarut pastu post kat facebook. Fitnah macam ni secara tak langsung mengaibkan diri kita sendiri.


Memang tak boleh kawal kalau orang nak mengata pasal kita. Tapi, kalau boleh, biarlah kita berusaha semaksima mungkin utk jauhi fitnah. Jangan bagi peluang orang lain gunakan kelemahan kita tu utk jatuhkan kita.

Ingat konsep kesederhanaan yang diajar Islam. InsyaAllah kita lebih selamat..=)
Read On

Ada Ilmu Sikit Pun Nak Berlagak. Apa Kes?

24 comments 26 March 2011
Semat: Weh On. Apsal mata kau macam panda.
Mala'On : Semalam aku tak tido. Kena insomnia agaknya.
Semat: Err, insomnia tu natang ape plak?
Mala'On: Lorr, insomnia pon tak tau? Dulu kau tak sekolah ke?
Semat: Aku tak tau la. Kau bagitau je la aku. Kan senang.
Mala'On: Ek eleh. Kalau nak tau ko cari sendiri la maksudnya. Kahkah..

Hah..!! KOMPOM. Korang pon pernah jadi macam si Mala'On tu kan. Gelakkan orang lain yang tak tau sesuatu perkara. Aku pun dulu pernah jugak rasanya.

Tapi, bila difikirkan. Setakat ilmu seciput camtu. Apa mahu riak..

Menjelikkan bila orang kata camni. "Haha, itu pon tak tau ke?" Iya. Mungkin dia agak bebal sebab benda basic pon tak tau. Tapi, apa hak engko nak gelakkan dia?

Sekarang mungkin engko tau apa yang dia tak tau. Esok-esok, dia pulak tau apa yang engko tak tau. Orang gelakkan engko. Engko suka tak?

Ada ilmu sikit pun nak berlagak yek. Nanti Allah tarik balik semua pengetahuan kita tu baru padan muka. Apa la salahnya gunakan ayat yang tak berlagak, dan tak menyakitkan hati.

"Err, ko tak tau ke? Insomnia tu maksudnya penyakit tak boleh tidur malam"

Kan lebih baik camtu. Pahala mengajar orang kita dapat. Orang pun suka kat kita. So, lepas ni sama-sama la kita praktikkan benda ni ye. =)
Read On

Blog Assignment Jejaka Terhangat: Mak Saya Seorang Super Mom

24 comments 25 March 2011
Blog assignment Jejaka Terhangat kembali lagi. Kali ni aku nak kasi satu assignment mudah. Buat satu entri pasal mak korang.

Korang hanya perlu ceritakan tentang keistimewaan mak korang. Sebab apa korang sayang mak korang. Ataupun kalau ada kisah menyentuh perasaan sepanjang bersama mak. Just bagitau je kat entri tu.


Ganjaran?

Entri yang paling menarik, feed blog dia akan diletakkan kat blog Jejaka Terhangat ni selama seminggu. Kat sidebar, atas sekali (4 latest entri).

Semua peserta akan dapat backlink ke blog masing2 pada entri keputusan assignment nanti. Orait gak offer ni kan? Assignment pon takde la susah mana..




Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk:
"Blog Assignment Jejaka Terhangat: Mak Saya Seorang Super Mom".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Ceritakan sedikit sebanyak keistimewaan mak korang. Kalau ada kisah yg menyentuh hati pon boleh diselitkan. Pastikan tidak copy dari mana2 tempat. Tak perlu buat panjang2. Entri pendek pun takpe.

4. TAG SEORANG blogger dan pastikan dia tau ditag.

5. Hantarkan link entri assignment korang kat komen entri ni. Done..


Aku tau, setiap daripada kita mesti ada pengalaman berharga bersama mak kan. So, jangan hold back. Luahkan segala perasaan kasih korang terhadap mak masing2 kat entri tu. Senang je nak buat kan?

Tarikh tutup assignment ni pada: Ahad ni, pukul 10.00 malam.
Read On

Earth Hour: Berapa Bijak Pengetahuan Anda Terhadap Tenaga Elektrik.

30 comments

Woah, esok, 26 hb 3 akan berlangsung Earth Hour. Eh, ada yg tak tau Earth Hour tu apa? Ala, yang tutup lampu selama sejam tu. Bergelap seketika tu.

Katanya, untuk mengurangkan penghasilan haba oleh lampu. So, kalau ramai-ramai support. Sedikit sebanyak kesan rumah hijau bumi boleh dikurangkan.

Wahh, macam best je bunyinya kan. Korang camne, support tak? Aku tak pasti lagi. Pasal dulu aku pernah participate sekali. Tapi, bila rumah aku bila bergelap. Anak buah aku menangis teruk suruh pasang balik. Cancel. Hehe..

Tapi, ada sesuatu yang memusykilkan aku. Kat website Earth Hour tu hanya tumpukan tutup lampu semata-mata. Tiada pun ayat dia yang menyatakan "kalau boleh tutup peralatan elektrik yang lain"


Kenapa nak kena tutup alat elektrik yang lain?

Kita tutup lampu, dengan alasan support Earh Hour. Tapi aircond dan peti sejuk kita tak tutup. Makanya, itu bukanlah langkah yang bijak dalam menjayakan Earth Hour.

Sebab, aircond dan peti ais menghasilkan tenaga haba jauh lebih tinggi berbanding lampu. Kalau niat kita betul-betul nak support Earth Hour. Lebih bijak sebenarnya kita tutup aircond, ataupun peti sejuk sekali. Kalau tak, Earth Hour tu hanya jadi festival acara tutup lampu semata-mata.


So, dengan kata lainnya. Masa Earth Hour berlangsung. Kalau tak nak tutup lampu. Korang pun boleh tutup peti ais kat rumah tu. Dan langkah tu sebenarnya lebih menghijaukan bumi berkali ganda berbanding tutup lampu kat rumah.


"Kalau tak tutup lampu, bukanlah Earth Hour namanya"

Haha, kalau Earh Hour tu festival tutup lampu semata-mata. Nak bumi bergelap. Bukan tumpukan pada global warming. Ya, penyataan kat atas ni adalah 100% tepat.

Kesimpulannya, nak support Earh Hour pun, kita kena bijak macam mana nak menjayakannya. Kalau tutup sebuah peti ais boleh jimatkan penghasilan tenaga haba yg sama macam 10 biji lampu kalimantang. Baik tutup peti ais je kan?
Read On

Keputusan Pemenang Blog Review Assignment 3

14 comments 23 March 2011
Penyertaan blog review assignment 3 ni lebih kurang je macam sebelum2 ni. 9 penyertaan semuanya. Dan point2 review yang diorang bagi masing2 best dan boleh diterima pakai.

Assignment 3 ni aku tugaskan untuk review blog Misz Nadea. Dan, jom kita tgk apa blogger2 ni kata tentang blog Misz Nadea. Mana tau kita boleh ambik point2 tu untuk perbaiki blog kita kan..

1. Cik Hanie
2. SY@F
3. FZH HAFIZAH
4. LyNnDa
5. Areliff
6. Fadzli
7. LurvelyAmiera
8. Aretikz - Haha, macam biasa. Entri kreatif drpd Aretikz. Jangan lupe terjah.


Dan pemenang bagi bagi assignment 3 ni adalah:



Tahniah kepada kak Diana. Hope Misz Nadea sudi2kanlah ambik semua point2 yang diorang kasi utk baik pulih blog Misz Nadea tu yek.


Semua blog peserta bagi assignemnt 3 ni aku dah letakkan ke dalam bloglist "Mereka Review Terhangat" (kat sidebar).

Dan bloglist akan direset selepas assignment seterusnya berakhir. Bermaksud, korang berpeluang utk terus kekal dalam bloglist tu sekiranya korang terus sertai assignment blog review yang akan datang. Orait? =)
Read On

Manusia Sentiasa Hipokrit.

16 comments
Kalau ditanya setiap dari kita, takkan ada sorang pon yang kata dia suka orang hipokrit. Tapi, sebenarnya hipokrit tu memang lahir dalam sifat semulajadi diri kita.

Sama jugak dengan sifat-sifat yang lain. Ada yg tak suka kawan yg tikam dari belakang. Hakikatnya, kadang2 kita mengata jugak kawan dari belakang..

Tiada pencuri yang mengaku suka mencuri. Tiada seorang pun yang suka diumpat, tapi dia suka mengumpat. Ada ke pembohong yang suka orang lain tipu dia?

Semua ni adalah sifat hipokrit dalam diri manusia. So, kalau anda kata tak suka orang hipokrit. Ukur lah baju di badan sendiri dulu yek..

Berpura-pura. Ya, itulah sifat semulajadi manusia. Tak perlu menidakkan kehadiran sifat tu dalam diri kita. Tapi, apa yang perlu kita buat adalah, kawal sifat tu dari terus menguasai diri kita. Sekian..
Read On

Err, Perlu Ke Jujur Sangat?

39 comments 22 March 2011

Apa maksud jujur? Jujur tu adalah berkata benar. Ataupun tingkah laku kita yang amanah. Jujur tu bagus, sikap terpuji. Tapi, ada beberapa situasi yang aku rasakan, tak perlu bagi kita untuk terlalu jujur.

1. Puji perempuan tak bertudung.

Manusia ni bukan tau bezakan antara seksi dan cantik. Buktinya, cuba tengok kat facebook. Kalau perempuan letak gambar seksi, mesti dapat banyak komen pujian.

Kadang-kadang, memang perempuan tu cantik pun bila menunjukkan aurat dia. Tapi, tak perlu la jujur sangat sampai dok puji-puji. Kalau kita puji orang tak tutup aurat tu cantik, lagi la dia rasa besar hati. Tak terasa nak pakai tudung.

Kita selalu kata perempuan tak bertudung tu jahil. Tapi pada masa sama, kita sendiri yg puji dia. Macam mana dia nak berubah? Contoh paling jelas, kat facebook fanpage Lisa Surihani. Perempuan bertudung pun puji si Lisa tu cantik. Apa kes?


2. Lurus dalam perhubungan.

Jujur tu bagus. Tapi jangan sampai jadi terlalu lurus. Maksudnya kat sini, semua benda dia nak sharekan kepada orang lain. Situasi macam ni kebiasaannya ditujukan kepada perempuan. Sebab, perempuan ni, sekecil-kecil zarah, semua nak diceritakan kepada pasangannya.

Errk, terserempak dengan ex-boipend pon nak bagitau ke? Memang la niat nak jujur tu bagus. Tapi, secara tak langsung dah timbulkan rasa cemburu kat pasangannya. Takut berlaku salah faham pulak nanti. Bukankah selagi boleh elakkan salah faham, tu lebih baik?


Nampak tak? Terlalu jujur macam contoh kat atas ni hanya akan mendorong kepada sesuatu yg negatif. "Abis tu nak buat macam mana. Menipu ke?"

Tak, jangan menipu. Tapi, tak perlu kata apa-apa. Tak semua benda kita kena bagitau. Kadang-kadang, rahsiakan sesuatu utk kebaikan bersama tu lebih baik.

Hope korang semua dapat apa yang aku nak sampaikan ni. Ngehh..=p
Read On

Berapa Peratus Kepercayaan Perlu Diletakkan Dalam Perhubungan?

26 comments 21 March 2011

Orang kata, dalam bercinta kena atas dasar percaya. Trust each other. Betul tu, aku setuju. Kepercayaan sangat penting dalam perhubungan..

Tapi, kita perlu berhati-hati. Jangan terlalu percaya membuta tuli terhadap pasangan kita. Sedikit rasa curiga pun perlu diselitkan jugak dalam perhubungan.

Bukan tak percaya. Tapi langkah berjaga-jaga. Kadang-kadang, kalau terlalu percaya, pasangan kita akan naik kepala. Bebas buat apa semahunya. Termasuklah selingkuh dibelakang kita, tanpa kita sedari.

Aku pernah dengar penceramah kata. Dalam rumahtangga, jangan letakkan kepercayaan 100 peratus kepada si suami. 90 peratus je cukup. Kalau dia pergi mana-mana. Pastikan kita tau ke mana dia pergi. Betul atau tak apa yang diberitahunya kepada kita.


"Percaya salah, tak percaya pun salah"

Aku faham sangat dilema seorang perempuan. Kalau kita banyak tanya pasangan. Dikatanya kita mengongkong. Tak bagi kebebasan bersama kawan2 dan sebagainya. Tapi, kalau kita terlalu percaya, biarkan dia bebas buat apa yg dia nak. Kesannya, dia keluar sama perempuan lain pun kita tak tau. Betul tak?


So, apa yang perlu dibuat?

Solutionnya, selalulah ambil tahu dan ambil berat terhadap pasangan. Supaya dia terasa dihargai. Biar dia rasakan perasaan sayang yang hanya dapat jika bersama kita. Bukan dengan orang lain.

Dengan itu, kalau dia ada niat nak curang sekalipun pun, tapi tak dapat cari yang lebih baik daripada kita. Sedikit sebanyak, niat dihatinya untuk curang tu pasti akan luluh jugak. Percayalah..=)


Ambil tahu = Bertanyakan apa yang dibuatnya.

Ambil berat = Support dan bagi semangat dengan apa yg dibuatnya.
Read On

Blog Review Assignment 3 Oleh Jejaka Terhangat.

30 comments 20 March 2011
Wahh, blog review assignment Jejaka Terhangat lagi. Seperti yg aku janji, blog subjek review untuk assignment 3 ni adalah daripada peserta assignment 2 yang lepas. Blog siapakah agaknya?

Apa tu Blog Review Assignment:

Blog review assignment ni aku tugaskan kat korang untuk buat review blog kat blog yang aku tetapkan. Contohnya, aku suruh korang review blog AdamXis (blog subjek). Dan korang kena buat entri tersebut dan linkan ke entri ni. Tak susah pon..


Ganjaran?

1. Blog pemenang berpeluang utk jadi subjek blog review utk assignment akan datang.
2. Semua entri penyertaan peserta diberikan backlink pada keputusan assignment nanti.
3. Semua link blog peserta diletakkan di bloglist "Mereka Review Terhangat" di sidebar blog ni.

Menarik kan. Assignment pun senang je nak buat..




Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk "Blog Review Assignment 3 Oleh Jejaka Terhangat".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Buat review ringkas tentang blog berikut:




Review simple je cukup. Korang letak 2 point yang best pasal blog tu dan 1 atau 2 point yang blog tu perlu diperbaiki. Kalau lebih pun takpe. Lagi bagus. Ngehh..

Contoh:

Yang best tentang blog ni:

i. Template best, kaler hitam. I laike..
ii. Tuan blog kacak. Hehe..
iii. bla bla (kalau ada).

Yang perlu diperbaiki:

i. Susun ayat entri bagi nampak cantik.
ii. bla bla (kalau ada).


4. Tag DUA ORANG blogger dan pastikan dia tau ditag.

5. Linkkan entri blog review assignment korang kat entri ni. Done..


Pemenang dipilih berdasarkan review yang paling best.

Tarikh tutup assignment ni, aku bagi sampai hari Selasa jam 10.00 malam. So, cepat2 la buat yek. Tak susah pon..=)
Read On

Mengalah Tak Bermaksud Kalah.

22 comments 19 March 2011
Caution: This will be a very short entry


Dalam perhubungan, standard la kalau ada selisih faham. Gaduh sikit2. Tapi yang penting, macam mana pun pertengkaran yang berlaku. Janganlah sampai kita taknak bertegur sapa. Elakkan dari memutuskan hubungan sesama kita.


Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim" (Riwayat al-bukhari)

Nasihat aku, kalau ada selisih faham dengan siapa2. Jangan biarkan pertengkaran tu berlarutan. Agak2 dia tak nak kalah. Sebaik2nya biar kita je yang mengalah.

Mengalah tak bermaksud kita kalah. Tapi untuk jaga hubungan baik dengan saudara kita. Itu lebih penting. Siapa betul, siapa salah kita letak no. 2. Orait? =)


Errk..!! Jap lagi mesti ada yg komen camni:

"Tapi kalau kita je yg asyik mengalah pun letih jugak"

Haha. Yang tu sendiri pikir la yek..=p
Read On

Pemenang Blog Assignment: Cerita Seram Lagi Menyeramkan

17 comments
Kelmarin aku ada kasi blog assignment: Cerita Seram lagi Menyeramkan. Dan ada beberapa blogger yang dah submit assignment ni dlm masa yg ditetapkan.

Jom kita terjah pengalaman seram lagi menyeramkan yang dibuat oleh kawan2 blogger kita. Err, layan cerita seram malam2 cenggini pon best gak kan. Ngehh..

Nasihat aku. Masa baca. Letakkan diri korang di tempat penulis. Gerenti mood seram tu akan lebih menusuk ke kalbu. Dah ready, jom baca cerita2 seram berikut:

(klik pada nama untuk terus ke entri seram mereka):

1. Cik Hanie
2. waniey
3. R E A D
4. cik FLUTTERBY
5. Anis Syazwani
6. Tengku Tarmizi
7. apezs shah
8. syuwai


Dan pemenang bagi blog assignment Cerita Seram Lagi Menyeramkan ialah:



Grr.. Memang terasa berdiri bulu roma baca entri daripada The Crow. Menakutkan. Penceritaan pon menarik. Tak percaya korang bleh baca sendiri...

Tahniah kepada The Crow menang assignment cerita seram ni. Feed blog The Crow dah diletakkan kat sidebar blog Jejaka Terhangat ni.

Kepada yang lain2, terima kasih sebab menjayakan assignment pada kali ni. Hope assignment akan datang join la lagi ye. Ngehh..
Read On

Sebenarnya, Lelaki Perlu Lebih Pandai Masak Berbanding Perempuan.

41 comments 18 March 2011


Ramai yang kata, "perempuan tak tau masak tak boleh dibuat isteri". Masa tak matang dulu, aku pun pernah letakkan syarat, bakal isteri aku nanti mestilah seorang yg pandai masak. Tapi sekarang, aku dah tak jadikan ia sbg syarat utama.

Sebab, menurut aku. Sebenarnya, lelaki lah yang perlu pandai masak berbanding perempuan. Kenapa aku kata macam tu? Meh aku bagitau sebabnya..

Dalam islam tu sendiri. Suami WAJIB beri nafkah kepada isteri zahir dan batin. Nafkah ni termasuklah sediakan keperluan asas kpd keluarga iaitu, makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.


Firman Allah
"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik." (Al-Baqarah:233)


Ha, nampak tak? Sebenarnya, lelaki la yang perlu sediakan makanan kepada isteri. Bukan sebaliknya. Tugas isteri hanya melayan dan meringankan beban si suami..

Tapi, untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga. Suami isteri mestilah harus saling tolong-menolong kan. Kesian pulak suami bekerja seharian cari rezeki. Balik rumah tiada orang yang masakkan untuknya.

Kalau isteri pun bekerja macam mana? Kesian jugak kat isteri yang tolong cari duit utk keluarga. Pastu kena masakkan lagi untuk suami. Kalau suami pun pandai masak. Dua2 boleh support each other. Kan lagi sweet tu.

Jadi, sebenarnya. Perempuan yang pandai masak tu hanyalah bonus dalam perkahwinan. Janganlah kita meletakkan ianya sebagai syarat utama ye para lelaki sekalian. Sebabnya, kita lah yang perlu pandai masak lebih daripada isteri kita.


Haish, tak boleh jadi. Aku pon nak kena belajar masak gak ni. Jom terjah blog Dapur Tanpa Sempadan sekarang. Ahaks..


Rujukan:

1. TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI
2. TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI
Read On

Lelaki Dan Perempuan Boleh Ke Jadi Kawan Baik?

50 comments 17 March 2011

Haish, entri common. Tapi takpela, aku nak share gak pandangan aku kat korang terhadap tajuk ni. Lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik ke?

Aku tau, ramai yang akan bagi jawapan, "Eh, boleh la. Apa yang tak bolehnya". Dan pemberi jawapan camtu mesti kebiasaannya perempuan.

Kenapa aku kata perempuan? Hmm, sebenarnya pemikiran lelaki dan perempuan tak sama. Contohnya, isu abang dan adik angkat. Biasanya perempuan akan anggap abang angkat dia sebagai abang. Tak lebih dari tu. Tapi, lelaki pulak lain. Dia gunakan title "abang angkat" tu sebagai satu cara untuk dekati adik angkatnya.

Bila dah dapat peluang meluahkan perasaan. Adik angkat dia pun jadi la pasangan terangkatnya. Sebab tu kita biasa sangat dengar pasangan dulunya adik beradik angkat akhirnya terangkat sampai ke jinjang pelamin..

Sama jugak dalam kes kawan baik. Aku pernah ingatkan seorang kawan perempuan aku. "Lelaki dekati seorang perempuan, mesti ada sebabnya". Kalau takde udang sebalik batu, buang masa je lelaki nak baik dengan seseorang perempuan tu..

"Tak semua lelaki macam tu"

Ye, itu pun jawapan yg biasa kita dengar kat mana2. Tak semua lelaki sama. Tapi, banyak yang macam tu. Lelaki akan buat apa cara sekalipun untuk dekati perempuan yang dia suka. Termasuklah pendekatan menjadi kawan baik..

Tak percaya? Tunggu la kawan baik lelaki anda akan luahkan perasaan kat anda jugak akhirnya nanti. So, bersedialah ye para wanita. Ngehh..
Read On

Kenapa Awek Pengkid Cun?

52 comments 16 March 2011

Pagi tadi time blogwalking, aku terjumpa blog topimagine. Entri dia mempersoalkan kenapa awek pengkid cun-cun. Haha, aku terpanggil pulak untuk menjawab soalan tu. Sebab aku rasa aku ada jawapannya. Berdasarkan pengalaman aku berchatting dengan pengkid dan awek pengkid tu sendiri.


Kenapa awek pengkid kebanyakannya cun?

Zana (nama tipu), seorang awek pengkid. Katanya, kebanyakan perempuan yang jadi awek pengkid selalunya sebab kecewa dgn lelaki. Sebab tu nafsu dia bertukar ke arah kaum sejenis.

Awek pengkid kebanyakannya cun adalah disebabkan pengkid memang suka cari awek yg cun2 je. Sama macam kecenderungan lelaki suka kat perempuan yg cantik. Dan tambahan dia lagi, pengkid tu sendiri sangat jaga penampilan sendiri, sentiasa nampak kemas.

So, dia sbg awek pengkid mana boleh kalah. Rasa tercabar. Takkan "boifrend" dia semat, dia selekeh pulak. So, sebab tu jugak dia sebagai awek pengkid akan jaga penampilan diri supaya nampak cun sentiasa..

Kenapa pilih pengkid?

Jawapan zana, mestila sebab pengkid ni lebih memahami. Menghargai mereka jauh daripada lelaki. Contohnya, lelaki suka hembus asap rokok depan awek dia. Sangat tak hormati awek dia tu. Pengkid pulak tak macam tu. Dia jaga awek dia tu dengan sebaik-baiknya..



Orait, dah tau penjelasan daripada awek pengkid. Sekarang kita terjah jawapan daripada pengkid tu sendiri.


Kenapa jadi pengkid?

Rey, seorang pengkid. Katanya, dia bukan dia nak sangat jadi pengkid ni. Tapi nafsu songsang tu tuhan yang bagi kat dia. Dia terima je. Kita sebagai orang biasa takkan faham apa yang dia dialami. Lagipun, pengaruh kawan2 sekitar pun turut beri kesan terhadap perubahan dirinya..


Pengkid dikaitkan dengan seks sejenis?

Kata Rey, inilah pemikiran masyarakat kita. Asal pengkid je seks. Padahal hubungan dia sama jugak macam boifrend dan girlfrend. Keluar bersama. Melengkapi hari-hari bersama. Cuma bezanya, pengkid dan awek pengkid keduanya perempuan pada dasarnya..

Pengkid jugak dah muak dengan lelaki yang suka perli macam ni. "Lagak macam lelaki bagai nak rak. Alih-alih masuk toilet wanita jugak. Wakaka". Menurutnya, orang kita terus-menerus mengherdik pengkid tanpa menghormati perasaan mereka. Alasan ni jugak digunakan pengkid untuk terus membenci lelaki.


Ulasan Jejaka Terhangat

Entri ni bukan utk menangkan diorang. Tapi saja nak kongsi dengan korang semua, apa pandangan diorang dari kaca mata pengkid dan awek pengkid tu sendiri.

Dah terfatwa pun pengkid ni haram. Benda yang diharamkan mesti ada sebabnya. Contohnya, pengkid ni menunjukkan masalah sosial. Keruntuhan moral bangsa kita dan sebagainya.

Alasan je tu pengkid kata tak lakukan seks. Sedangkan lelaki dan perempuan kalau disatukan dalam sebuah bilik. Kemungkinan untuk mereka berasmara tu sangat besar.

Kalau pengkid dan awek dia. Kedua-duanya perempuan. Boleh masuk dalam sebuah bilik tanpa batasan. Lagi la kemungkinan untuk diorang lakukan seks sejenis ni lebih besar kan?

Ramai je awek pengkid dan pengkid yang boleh berubah. Membetulkan kembali nafsunya. Dan berumahtangga macam orang lain. Tak payah la gunakan alasan tak boleh berubah jika orang lain dah buktikan yang ianya memang boleh.

Dan, lelaki sekalian. Kita pun boleh ambil iktibar daripada hal pengkid ni. Hormatilah wanita. Jangan kita kasari mereka. Jiwa mereka sangat mudah untuk rapuh. Oleh tu, jagalah hati dan perasaan mereka dengan sehabis baik. Jangan biarkan pengkid merampas semua wanita yang ada kat dunia ni. Ahaks..
Read On

Blog Assignment Jejaka Terhangat: Cerita Seram Lagi Menyeramkan

25 comments 15 March 2011
Korang pernah alami kisah seram? Tak kisah la hantu ke, atau apa2 keadaan yang seram. Ada? Kalau ada, jom kongsikan pengalaman tersebut bersama Jejaka Terhangat.

Kat sini aku kasi korang assignment, buat entri kisah pengalaman seram korang. Siapa yang dah pernah buat sebelum ni, boleh repost semula. Takde hal la. Aku just nak kumpulkan kisah2 seram korang kat sini. Untuk bacaan semua bloggers.

Ganjaran?

Cerita siapa yg paling seram lagi menyeramkan, feed blog dia akan diletakkan kat blog Jejaka Terhangat ni selama seminggu. Kat sidebar, atas sekali (4 latest entri).

Semua peserta akan dapat backlink ke blog masing2 pada entri keputusan assignment nanti. Orait gak offer ni kan? Assignment pon takde la susah mana..




Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk "Blog Assignment Jejaka Terhangat: Cerita Seram Lagi Menyeramkan".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Ceritakan pengalaman seram korang. Pastikan ceritanya asli. Tidak copy dari mana2 tempat. Tak perlu buat panjang2. Cerita pendek pun takpe.

4. TAG 2 bloggers dan pastikan dia tau ditag.

5. Hantarkan link entri assignment cerita seram korang kat komen entri ni. Done..


Aku tau, setiap daripada kita mesti ada pengalaman seram sendiri punya kan? So, jomla kongsikan pengalaman korang tu..

Tarikh tutup assignment cerita seram ni pada: Khamis ni , 10.00 malam. Erkk, malam keliwon ke? Ngehh..
Read On

Oit Blogger Sekalian. Sudah-sudah La Tu..!!

16 comments 14 March 2011
Mulanya aku ingat malas nak sibuk pasal hal ni. Tapi rasanya makin melampau pulak blogger kita ni. Ultraman dilanda Tsunami hasil karikatur Zoy, Berita Harian pun jadi isu besar ke? Padahal Berita Harian dah minta maaf pun. Ada lagi blog yang nak buat pasal isu ni. Terus-menerus kondem BH. adehh..

Hah, amik ni..


Siap muka depan lagi. Puas hati? Atau nak Berita Harian bungkus syarikat diorang baru korang nak puas hati?

Korang ni diracun sangat dengan CNN tu sebenarnya. Nabi Muhammad dikarikaturkan, orang barat kata gurau2 je. Takda pulak orang kita melenting macam ni. Bila bangsa sendiri silap sikit. Hamik ko, dengan blogger2 sekalian alam lagi turun menjatuhkan diorang. Terbaik..!!!

Daripada korang buang masa dok kena racun dengan orang barat tu. Isu kecil diperbesarkan. Baik korang REPORT PAGE yang menghina Nabi Muhammad s.a.w ni.


Semoga page tu dilenyapkan terus dari facebook. Info, credit to Siti Safiyyah.
Read On

Keputusan Pemenang Blog Review Assignment 2

15 comments
Wahh, blog review assignment 2 ni memang hangat. Ramai yang sahut cabaran untuk review blog Mohd Farhan. Dan banyak penyertaan yang kreatif. Ahaks. Walaupun entri kreatif, tapi tak bermaksud akan terus menang. Sebab poin-point penting dalam review blog yang aku utamakan.

Diharap Mohd Farhan dapat ambil point2 yang baik daripada review ni, dan jadikan blog anda lebih terbaik daripada sebelum ni ye..


Review oleh blogger2 mantop. Review mereka sangat baik:

1. waniey
2. Siti Safiyyah
3. Misz Nadea
4. Cik Hanie
5. M.Y.H.A.S
6. Rabiatul Adawiyah
7. ainina jelani
8. Aretikz - review kreatif ni. korang pergi tgk.=p
9. Kakkoii

Dan pemenang bagi bagi assignment 2 ni adalah:



Oleh sebab SyedGraphiX dah jadi subjek review untuk assignment yang lepas. Maka, subjek blog yang akan datang aku akan ambil daripada perserta assignment 2 ni. Nak tau siapa? Tunggu assignment 3 akan datang yek. Ngehh..


Ini review tambahan daripada Jejaka Terhangat:

Blog archive tak berapa perlu diletakkan, sebab SITEMAP dah ada kat tab menu. Tapi, kalau nak letak jgk tiada masalah. Atau letakkan "latest post" pon boleh..

Border pun boleh bantu blog Farhan bagi nampak lebih kemas. Dari susunan entri pulak, elok gunakan alignment "JUSTIFY". Gunakan huruf besar bagi setiap permulaan ayat supaya entri lebih nampak kemas.


Bonus tambahan:

Kepada yang tak menang assignment ni. Don't you guys worry. Aku dah buat satu bloglist khas bagi assignment ni. Semua peserta yang sertai assignment ni akan diletak ke dalam bloglist "Mereka Review Terhangat" (kat sidebar).

Dan bloglist akan direset selepas assignment seterusnya berakhir. Bermaksud, korang berpeluang utk terus kekal dalam bloglist tu sekiranya korang terus sertai assignment blog review yang akan datang. Orait? =)
Read On

Pegang Tangan Masa Berdating Adalah Perkara Biasa: Bahagian 2.

25 comments 13 March 2011
Sebelum ni aku pernah buat entri pasal pegang tangan yang menjadi kebiasaan ramai couples:


Siapa je antara kita yang tak tau, hukum sentuh kulit antara bukan mahram tu HARAM? Aku gerenti, semua tau punya la. Orang kita ni kan bijak berilmu..

Kalau orang buat entri masalah sosial, kapel berdua-duaan. Kita semua akan kondem. Dia tu perangai tak senonoh la, tak tahu malu la. Itu la, ini la..

Tapi hakikatnya, bila diri-sendiri berkapel pulak macam mana? Ada engko nak larang bila si dia pegang tangan engko? Makin gedik2 pegang balik ada la kan?

Errkk, tak lupa kat komentar yang baik. Kat entri mesti akan ada ayat camni:

"Entri yang baik, moga-moga jadi peringatan utk diri saya"

Tup tup, esok2nya letak gambar dating kat blog. Dok berdua-duaan, pegang tangan boifrend. Haish, mana janji-janjimu. Adakah komen tu hanya komen semata-mata, tanpa apa2 makna?

Orang kita ni bukan tak tau hukum. Tapi sengaja perkecilkan. Aku dah jumpa ramai yang kata pegang tangan tu haram. Tapi bila dia kapel, dok bergambar rapat-rapat. Pegang tangan jugak. Harap-harap kita semua tak macam tu la ye..

Adakah kita termasuk dalam orang yang selalu mengaibkan diri sendiri? Tanya diri, muhasabah diri. Aibkan diri sendiri di blog.
Read On

Kadang-kadang, Terlalu Kuat Main SEO Pon Menjelikkan Jugak.

20 comments

Kelmarin kita dikejutkan dengan bencana gempa bumi dan tsunami di jepun. Berita hangat, dan macam biasa. Ni la peluang bloggers untuk gunakan teknik SEO.

Hasilnya, keyword "video tsunami jepun", "keadaan terkini tsunami jepun" jadi tajuk entri di kebanyakan blog. Tolongla. Bencana menimpa ni sepatutnya kita gunakan untuk insafi diri. Bukan fikir pasal keyword, SEO dan traffic.

Bila semua blog pon letak headline "video tsunami", ini je yang aku boleh katakan.

"Setakat video je, kat youtube dah berlambak la derr..!!"

Aku tak kata buat entri pasal tsunami tu salah. Tapi, kalau setakat copy paste, semua dari sumber yang dah sedia ada. Hentikanla. Buat menyemak je dalam kesibukan orang nak mencari info sebenar. Kalau nak buat pun, biarla beserta fakta yang kita research, atau dititipkan pandangan peribadi kita.

Kalau niat semata-mata untuk SEO, nak dapatkan hit untuk blog. Blog sini video, sana video. Isi takde. Memang sangat menjengkelkan. . Aku "close". The end..


p/s: Tahniah Malaysia atas usaha membantu bencana Jepun dgn menghantar pasukan SMART. Ada orang kata, negara Islam takkan hantar bantuan. Malaysia dah buktikan mereka salah. Tahniah lagi sekali negaraku..
Read On

Blog Review Assignment 2 Oleh Jejaka Terhangat.

25 comments 12 March 2011
Orait geng. Blog review assignment 1 dah lepas. Kali ni assignment 2 pulak. Tapi utk assignment 2 ni aku dah upgrade skit. Ngehh..

Blog review assignment ni aku tugaskan kat korang untuk buat review blog kat blog yang aku tetapkan. Contohnya, aku suruh korang review blog AdamXis (blog subjek). Dan korang kena buat entri tersebut dan linkan ke entri ni. Tak susah pon..

Ganjaran? Blog pemenang berpeluang utk jadi subjek blog review utk assignment akan datang. Wahh, best kan? Assignment pon senang je nak buat..




Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk "Blog Review Assignment 2 Oleh Jejaka Terhangat".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Buat review ringkas tentang blog berikut:




Review simple je cukup. Korang letak 2 point yang best pasal blog tu dan 1 atau 2 point yang blog tu perlu diperbaiki. Kalau lebih pun takpe. Lagi bagus. Ngehh..

Contoh:

Yang best tentang blog ni:

i. Template best, kaler hitam. I laike..
ii. Tuan blog kacak. Hehe..
iii. bla bla (kalau ada).

Yang perlu diperbaiki:

i. Susun ayat entri bagi nampak cantik.
ii. bla bla (kalau ada).


4. Tag SEORANG blogger dan pastikan dia tau ditag.

5. Linkkan entri blog review assignment korang kat entri ni. Done..


Pemenang dipilih berdasarkan review yang paling best.

Tarikh tutup assignment ni, aku bagi sampai hari Ahad jam 10.00 malam. So, cepat2 la buat yek. Tak susah pon..=)
Read On

Solat Jumaat Kini Boleh Dibuat Di Shopping Complex. Bagus Ni..

19 comments 11 March 2011
Sebelum ke solat Jumaat tadi. Aku sempat pergi ke blog SUFFER8ZINE. Entri dia tentang:




Pastu, sampai je aku kat masjid. Ada ustaz bagi sedikit tazkirah sementara tunggu masuknya waktu solat Zohor. Dia pun cakap hal yang sama.

Katanya, ramai pekerja lelaki yang tak solat Jumaat sebab majikan tak bagi keluar ke masjid. Orang kat airport pon terlepas solat Jumaat sebab nak ikut waktu flight.

Tambahannya lagi, solat Jumaat tu wajib. Walaupun tujuan nak pergi umrah, solat Jumaat tak boleh nak ditinggalkan. Sebab umrah tu hukumnya sunat. Antara sunat dan wajib, dah mestilah wajib yang kita harus utamakan..

Ustaz tu jugak sarankan, kalau nak pergi umrah, pilihlah hari selain Jumaat. Kalau tak, confirm kantoi solat Jumaat. Solat Jumaat tak semestinya kena buat di masjid. Asalkan tempatnya luas, bersih, cukup 40 jemaah dah cukup utk laksanakannya.

Lgipun, kalau perlaksaan ni dah berkuat kuasa. Lelaki kat shopping complex takde alasan lagi tak solat. Dan kaum perempuan sekalian, kalau jumpa lelaki uzur kat shopping complex time solat Jumaat, kata la kat diorang camni:

"Aik, masjid dah depan mata pun tak nak pergi sembahyang ke?"

Ngehh..=p
Read On

Semakin Banyak Blog Pasang Lagu. Semakin Tension Aku..!!!

37 comments

Apesal entah. Aku rasa sekarang ni semakin banyak blog yang pasang lagu. Time blogwalking, setiap 3 blog yang aku bukak. Mesti ada satu blog yang ada lagu. Grr..

"Rilek la JT, lagu kat blog diorang, bukan kacau kau pon".

Tak kacau? Siapa kata? Internet aku ni dah la laju sikit je dari siput sedut. Kalau bukak banyak2 browser sekaligus yang ada lagu. Memang selalunya browser aku akan hang. Maksudnya, usaha aku untuk blogwalking selalu terbantut..

Apa yang best sangat pasang lagu kat blog? Cuba habaq mai sikit kat aku?

Untuk pengetahuan anda, lagu hanya menyedapkan telinga empunya blog je. Memang la blog anda, sukati anda la nak letak lagu dangdut sekalipun. Tapi, anda mesti la nak visitor datang ke blog anda secara konsisten kan?

Bagi aku, lagu memang betul-betul mengganggu visitor. Lebih2 lagi pembaca blog. Konsentrasi untuk baca entri pun boleh terganggu. Lebih-lebih lagi lagu yang tak boleh distopkan. Tolongla, jangan paksa visitor dengar lagu di blog anda.

"Lorr, apa susah. Tak suka dengar tekan je la close".

Haha, kalau boleh aku memang nak buat camtu secepat mungkin bila masuk blog berlagu. Tapi biasanya kalau bukak banyak blog sekaligus. Browser aku akan hang in no time. Tak sempat nak close pun. Memang tension. Haish..!!!

So, kalau boleh. Jangan la letak lagu autoplay kat blog. The best choice adalah tak letak lagu langsung. Tak kesian ke kat kami yang berinternet perlahan ni? Sobb soobbb...!!!


p/s: Jangan bagi cadangan utk pasang plugin block flash. Aku tak suka benda2 tu. Ahaks..
Read On

Jejaka Terhangat Movie Review: Hikayat Merong Mahawangsa.

28 comments

TERBAEKK..!!! Haha, aku tak tau nak ungkapkan apa lagi. Movie KRU production, Hikayat Merong Mahawangsa ni memang the best. Tak rugi pergi tengok.

Sebelum ni aku kata, aku bukanlah extremist cerita melayu. Tapi, oleh sebab trailer Merong Mahawangsa ni lain daripada lain, macam gempak je. So, Aku try la tengok.

Start je movie tu aku terus tergamam. "Perhh..!! Betul ke KRU punya production ni? Mantap giler". Kualiti filem ni memang superb. Storyline? Awesome..!!!


Apa yang best dengan Hikayat Merong Mahawangsa?

Epic-action movie, mesti la best. Lebih2 lagi dia menceritakan tentang keadaan sebelum terbentuknya kerajaan Langkasuka. Merong Mahawangsa (lakonan Stephen Rahman-Hughes) pada awalnya diupah oleh putera Rom untuk guide dia ke Semenanjung Emas. Atas dasar diplomatik punya pasal, putera Rom akan dikahwinkan dengan puteri dari China.

Kat Semenanjung Emas tu pulak, native kat sana ada dua puak. Tiada ketua. Diorang dihantui oleh kumpulan lanun, Geruda. Geruda culik puteri China untuk dijadikan tebusan. Kat sini la watak Merong memainkan peranan. Dia satukan puak-puak kat Semenanjung Emas dan jadi ketua diorang. Seterusnya dia bergabung dengan tentara Rom dan China untuk musnahkan kubu Geruda.

Walaupun babak lawan perang ada sikit slack, tapi overall memang terbaik. First class..!!! Babak cinta tak banyak. Antara putera Rom dengan puteri China je. Lawak? Merong Mahawangsa dalam filem ni memang pandai buat lawak. Haha..

Paling buat aku impress, pelbagai bahasa digunakan dalam filem ni. Bahasa English, China, Melayu, dan beberapa bahasa lain pun ada. Merong siap boleh kecek cina lagi dengan admiral China. Puteri China pulak speaking mat salleh dengan putera Rom. Sangat cool..!!

Teruja aku dgn penggunaan bahasa melayu klasik dlm filem ni. Cuma, Khir Rahman kureng sikit. Dia cakap guna bahasa melayu moden. Rosak mood klasik di situ.


Rating bagi filem ni aku bagi 4.8/5. Kali ni baru aku rasa harga tiket aku tak rugi. Hehe.. Terbaik la KRU. Teruskan buat filem-filem macam ni.

Macam ni la baru industri filem kita dapat bersaing dengan negara-negara lain. Filem ni mengingatkan aku kat Queens of Langkasuka, filem dari Thailand. Orang dulu memang kuat main dengan ilmu kebal ke? Hehe..


p/s: bagi peminat drama Nur Kasih. Nur Kasih the Movie bakal gegarkan pawagam pada 19 Mei nanti. Korang tunggu la yek. Ngehh..
Read On

Tips Menulis Entri Pendek, Ringkas Dan Padat.

31 comments 10 March 2011
Uhuk-uhuk.. Rasanya sangat lama dah aku tak bagi tips blogging. Bukan aku kedekut ilmu. Tapi aku rasa ilmu aku tak cukup nak dikongsi. Hehe..

Tips ni pun dibuat lepas aku dapat komen daripada Cik Sha. Katanya penulisan JT ni ringkas dan padat. Errkk..!! Mungkin la kot. Memang aku saja tulis sependek yang boleh. Sebab aku tau, kalau panjang2 pon bukan korang nak baca kan? Ngehh..

Ada beberapa konsep yang aku pegang supaya entri aku tak terbabas jadi panjang. Meh, teruskan membaca kalau nak tau..


Tips menulis entri pendek, ringkas dan padat:

1. Habiskan ayat sependek yang mungkin.

Elakkan tulis terlalu banyak perkataan dalam satu ayat. Matikan ayat sependek yang boleh. Kalau terlalu panjang, pembaca boleh hilang tumpuan. Itu yang jadinya pembaca lari sebelum entri habis dibaca.


2. Tidak gunakan imbuhan melampau.

Imbuhan lebih2 tu korang buang je. Contoh, "Mengapakah agaknya dia macam tu?". "Mengapakah" tu kan boleh jadi "Kenapa" je. Imbuhan pun sebenarnya boleh jadikan ayat korang nampak lebih panjang. So, take note ye.


3. Buang ayat yang tak perlu.

Biasanya lepas aku taip entri, aku akan check balik. Mana ayat atau perkatan yang tak perlu ada, aku akan remove. Ataupun ayat yang berulang, buang je.

"Ayat yang tak perlu ada tu macam mana?"

Ayat yang tak perlu ada tu maksudnya, ayat tu kalau takda pun takpa. Langsung tak mengubah maksud ayat. Contohnya:

"Semalam ali pergi ke kedai menaiki basikal. Kesian dia penat mengayuh basikal. Lebih kurang setengah jam lepas tu dia sampai ke kedai"

Ayat tak perlu, "Kesian dia penat mengayuh basikal". Ayat ni kalau takda pun tak mengubah apa yang kita nak sampaikan. Dapat?


4. Pendekkan perengan.

Teknik perenggan pon penting. Kalau kita byk idea, memang biasa ayat kita jadi panjang lebar. Sebab tu biasanya aku hanya buat 2 atau 3 baris ayat bagi satu perenggan. Motif perenggan supaya pembaca tak hilang fokus masa baca entri kita.


Orait, tu je tips menulis entri daripada aku. Teknik ni aku belajar berperingkat. Dulu pun entri aku banyak ke laut. Hehe.. Apapepun, semoga berjaya ye semua. Adiossa..
Read On

Taktik Beratur Yang Paling "Annoying"..!!!!

29 comments 09 March 2011
Grrr, geram aku harini. Tengahari tadi aku keluar lunch kat mekdi. Almaklumla, lunch hour. Ramai la makhluk kelaparan beratur mengorder menu pilihan mereka..

Ada tiga kaunter semuanya. Aku pilih yang tengah-tengah. Depan aku ada kumpulan 3 orang. Belakang aku ada sorang..

Tengah aku dok pikir natang apa nak makan, tiba2 datang 4 orang lelaki. Tanpa segan silu terus tegur kumpulan kawan dia yang berada kat depan aku tu.

Sekarang, queue depan aku dah bertambah. Semakin ramai. Grrr, siapa tak geram. Bangsa apa tah. Putih. Nak kata mat saleh, tapi muka macam Shah Rukh Khan..

Dengan kepala penuh asap (control marah), sambil aku jeling diorang hujung kerling. Terus aku pergi ke barisan sebelah. Bertukar kaunter..

Haish, taktik potong queue camtu memang dah biasa dibuat. Tapi agak-agak la, barisan takde la panjang mana pun. Itu pon nak potong ke?

Takde kesedaran sivik punya orang. Tu la, lain kali nak datang Malaysia singgah dulu Dewan Sivik kat Petaling Jaya tu. Baru ada disiplin..

Hope korang semua tak jadi macam tu ye. Korang baik kan? Ops, sebelum terlupa. Korang dah pernah pergi Dewan Sivik tu ke belum? Kehkeh..
Read On

Wanita Perhiasan Dunia. Selamat Hari Wanita.

19 comments
“Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan tidak ada di antara perhiasan dunia yang lebih baik daripada wanita yang solehah.” (HR. Ibnu Majah)
Yang terindah, itulah wanita. Yang cantik, menawan, sopan santun, ya, itu juga wanita. Wanita sinonim dengan sifat lemah-lembut, sopan, penyanyang..

Jiwa dan hati seorang perempuan itu tersangatlah lembut. Jika ia menyinta, seboleh2 jiwa dan raganya hanya untuk orang yang dicintai.

Lelaki, jangan pula engkau ambil kesempatan atas lembutnya hati wanita. Wanita untuk kita jaga hatinya, bukan untuk kita zalimi dia..

Dan, wanita itu sendiri. Ketahuilah, Allah sangat menjaga kesucian muslimahnya. Kedudukan wanita sangat diutamakan dalam Islam..

Oleh tu, jangan korang jatuhkan maruah sendiri. Lelaki memang sifatnya semulajadinya kasar. Tak perlu korang pun nak jadi macam lelaki.

Gwe, lu, carut, maki-hamun. Itu semua bukan sifat semulajadi wanita.


Aku sendiri tak suka perempuan yang berlagak kasar. Jiwa lembut, nak berlagak kasar. Bila lelaki layan dia kasar jugak, cepat pula dia terasa. Tacing selamanya.

Sekeras-keras perwatakan seorang perempuan, hatinya tetap ada taman bunga yang luas. Sedarlah akan kelebihanmu ini para muslimah..

Jagalah kelembutan dirimu itu sebaik mungkin. Ketahuilah, sebaik-baik wanita di dunia ni adalah wanita solehah. Dan wanita solehah itu banyak keistimewaannya..


Walaupun telat sehari, aku tetap nak ucapkan, Selamat Hari Wanita utk semua pembaca blog ni (of course la aku tujukan kepada perempuan je. hehe..)
Read On

Filem Melayu Tiada Yang Berilmiah. Betul Ke?

20 comments

Jujur aku katakan. Aku bukanlah die hard fan cerita melayu. Sangat jarang aku tengok drama melayu kat TV. Filem melayu kat panggung pun sama. Mesti jadi last choice aku..

"Haiya JT. Lu olang melayu pun talak suka tonton celita melayu ka?"

Haha, nak tengok macam mana. Setiap kali aku tengok cerita melayu mesti nak gelak. Terlalu tipikal. Drama dia mesti tak lekang dari scene syarikat, datuk, projek juta-juta..

Kalau filem pulak. Cerita hantu (yang tak seram), lawak bodo, cinta. Errk..!! Boleh kata tiada satu pun cerita melayu yang ilmiah..

Ilmiah maksudnya, sedikit sebanyak ia naikkan pengetahuan kita tentang satu-satu perkara. Paling kurang pun "general knowledge" la..

Pasal tu aku lagi prefer tengok Jdrama (japanese drama). Selain hiburan, diorang jugak banyak selitkan dengan knowledge yang berguna.

Korang tau ke mana-mana cerita melayu yang ilmiah? Kalau tau, bagitau la kat aku yek. Segera aku terjah..!!!

Bukan aku nak saja nak merendahkan mutu filem negara yang dah sedia rendah tu. Tapi itu lah kenyataannya kan?

p/s: Hope Hikayat Merong Mahawangsa mampu mengubah balik persepsi aku terhadap industri filem negara. Coming to cinemas in 10 March 2010.
Read On

First Impression Aku Terhadap BloG.

37 comments 08 March 2011

Dulu, pemikiran aku terhadap blog sangat sempit. Aku anggap takde makna pon kalau ada blog ni.

"Blog? Heh, pasal luahan hati je. Buat apa ada blog?"

Tula first impression aku terhadap blog. Bila dengar blog je, aku akan terus cop ianya tempat melepaskan perasaan. Tempat luahkan segala yang terpendam di hati..

Kenapa aku berfikiran macam tu? Haha.. Semuanya terima kasih kepada kawan-kawan perempuan aku. Ramai diantara diorang yang ada blog. Tapi bila aku tengok blog diorang. Semuanya lebih kurang je. Entri emo penuh di blog. Si dia, jantung hati. Geram dengan orang itu, gaduh dengan orang ini. Bla bla..

"Lorh, kalau la blog memang tujuan macam ni. Tak ingin aku ada blog".

Aku tak pandang blog. Member perempuan aku kata dia ada blog. Aku just kata. "Owh, ok". Sebab aku dah tau sangat apa isi blog dia tu. Kuikui..

Tapi, persepsi aku tentang blog mula berubah. Aku kenal seorang kawan lelaki kat alam maya ni menerusi chatroom. Dia kata dia ada blog. Dan terangkan segala-galanya kat aku tentang blog.

Dia siap setupkan untuk aku satu blog guna free hosting. Blog wordpress. Ya, first time aku berblog adalah dengan wordpress. Kat situ aku mula belajar perlahan-lahan tentang blog.

Entri bercelaru, ayat tunggang-langgang. Dah tulis separuh, blur, pastu delete. Edit theme blog, blogwalking. Semua tu terkedek-kedek aku belajar sendiri.

Time flows, banyak ilmu blogging yang aku dapat. Ternyata, blog bukanlah hanya tempat utk luahkan perasaan. Tapi jugak sebagai medium untuk berkongsi ilmu dan pendapat. Tu yang paling penting.

Dan sekarang ni kalau orang tanya aku, "Best ke ada blog ni?"..

Jawapan aku, "Best la, rugi kau takde blog tau". Kehkeh...
Read On

Keputusan Pemenang Blog Review Assignment 1

14 comments 07 March 2011
Aku kata deadline pukul 11.59 malam hari isnin. Tapi macam biasa, aku jenis tak sabar. So, deadline dipercepatkan (sebenarnya sebab tiada penyertaan lagi. hehe..)

Cuma 8 peserta yang ada beran hantar assignment blog review yang aku bagi semalam. Ni entrinya:


Tugasan yang aku bagi bukan susah pon. Just buat simple review pasal blog SyedGraphiX. Dan setelah dinilai semua penyertaan. Pemenang bagi blog review assignment 1 ni adalah..




Tahniah kepada Cik Ladies. Kepada yang tak berjaya, dont you worry. Ada lagi assignment 2 akan menyusul tiba nanti. Stay tuned.. =)
Read On

Statistik Perceraian Di Malaysia. 15 Minit 1 Perceraian. Wow..!!

25 comments

PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat setiap tahun kerana kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri, termasuk mengabaikan solat. [baca lebih kat sini]

-------------------------------------------------------------

Wow..!!! Terbaik la Malaysia. Setiap 15 minit satu perceraian. Senangnya bercerai. Tak tau ke perceraian tu adalah jalan halal yang paling dibenci Allah?

Alasan common yang digunakan utk bercerai. Tak serasi, curang, poligami, campur tangan keluarga, pasangan tak subur, main kayu tiga, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang terlalu tinggi, cemburu buta dan lain-lain.

Apa-apa pun alasan pelik yang diberi, aku setuju dengan apa yg Datuk Dr. Mashitah katakan. Semuanya berpunca sebab penghayatan agama dalam diri masyarakat kita semakin rapuh dari hari ke hari.

Cuba kita tanya orang sekeliling kita. Apa kriteria gadis atau jejaka pilihan mereka?

Aku jamin, majoriti akan jawab nak yang sedap mata memandang, romantik, sweet, memahami, ada ekonomi yang kukuh, terima diri seadanya dan sebagainya..

Jawapan yang diberikan seolah-olah sebab terpengaruh dengan filem-filem romantik sekarang ni. Sangat jarang yang bagi jawapan "agama" sebagai syarat utama untuk dijadikan pasangan hidup.

"Laa, kan memang agama dia dah islam. So, kita tengok la kriteria lain pulak"

Derr..!! Beragama islam dan penghayatan agama sangat beza. Sekarang ni memang ramai melayu yang Islam. Tapi sejauh mana penghayatannya terhadap Islam?

Ketahuilah. Seseorang yang menjaga imannya akan menjaga seluruh dirinya daripada perbuatan yang tak baik. Sifat panas baran, curang, semuanya dapat dielakkan..

Bahkan dengan iman yang kuat, seseorang tu takut untuk mengungkapkan perkataan "cerai". Kerana dia tahu. Perceraian itu sangat dibenci Allah..

Oleh tu, fikir-fikirkanlah ya kawan-kawanku. Semoga kita dijauhkan daripada gelaja cerai-merai ni. Adioss...
Read On

Blog Review Assignment 1 Oleh Jejaka Terhangat.

22 comments
Woah, Blog Review Assignment oleh Jejaka Terhangat dah bermula. Apa tu Blog Review Assignment? Meh aku terangkan..

Blog review assignment ni aku tugaskan kat korang untuk buat review blog kat blog yang aku tetapkan. Contohnya, aku suruh korang review blog AdamXis. Dan korang kena buat entri tersebut dan linkan ke entri ni. Tak susah pon..

Ganjaran pemenang? Feed blog dia akan dapat tempat kat sidebar blog Jejaka Terhangat ni selama seminggu. Atas sekali (4 latest entri). Wow, best kan award tu. Assignment pon takda la susah mana pon..




Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk "Blog Review Assignment 1 Oleh Jejaka Terhangat".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Buat review ringkas tentang blog berikut:




Review simple je cukup. Korang letak 2 point yang best pasal blog tu dan 1 atau 2 point yang blog tu perlu diperbaiki. Kalau lebih pun takpe. Lagi bagus. Ngehh..

4. Linkkan entri blog review assignment korang kat entri ni. Done..


Pemenang dipilih berdasarkan review yang paling best.

Tarikh tutup tak lama. Assignment ni aku bagi sampai 11.59 malam esok je (Isnin). So, cepat2 la buat yek. Tak susah pon..=)
Read On

Salah Ke Aku Berblog Tanpa Profil?

33 comments 06 March 2011

Woah, macam best topik yang Jejaka Terhangat nak bincangkan ni. Blogger tanpa profil? Apa tu? Kalau tak tau. Meh aku terangkan..

Blogger tanpa profil maksudnya blogger yang tak gunakan identiti sebenar dalam berblogging. Dalam blognya tiada gambar sebenar blogger. Ataupun maklumat privasi tentang blogger tersebut..

Baik ke dia. Jahat ke? Hensem ke, hangat ke? Semua pasal diri blogger tu kita tak tau. Apa yang best sangat jadi blogger tak berprofil ni. Salah ke jadi macam diorang?

Kehkeh. Aku sendiri pon dalam kategori blogger tanpa profil. So, persoalannya. Salah ke jadi blogger tanpa profil ni?


Jawapan 1: Salah

Memang salah pon kalau engko nak jadi blogger tanpa berprofil yang bertujuan nak hentam orang lain je. Blogger macam ni la yang orang kata "takde jantina"..

Berani sebab berselindung sebalik tiada identiti. Takpun berani memaki hamun, mencarut, menyumpah dan sebagainya disebabkan orang tak tau siapa diri dia yang sebenar..

Bagi aku. Blogger tanpa profil macam ni memang hampeh. Aku ada jumpa beberapa blogger yang macam ni. Rasanya mesti korang pon jumpa jugak kan?


Jawapan 2: Tak Salah

Tak jadi kesalahan kalau blogger tanpa profil ni berblog berlandaskan niat dia baik. Lagipun, buat apa taruk gambar sendiri kat blog. Nanti gambar kena curi, jadi mangsa photoshop edit. Kita jugak yang melenting. Ahaks..

Dan sebenarnya, ramai lagi blogger tanpa profil yang baik kat alam maya ni. Contohnya Saya-Anonymous. Dia baik tau. Header blog Jejaka Terhangat ni dia jugak yang buatkan secara PERCUMA. Thanks ye blogger tanpa profil Saya-Anonymous. Hehe..

Dan jugak, terdapat blogger yang merasakan berblog tanpa profil ni cool. Terasa lebih bebas berbanding beridentiti sebenar. Selamat datang ke alam blogger tanpa profil ye ~NaNaOsaki~. Best ada kawan baru. Kehkeh..


Cabaran blogger tanpa profil.

Blogger yang berblog dengan identiti sebenar, mereka berkelebihan "menjual diri" dengan membuat vlog sana sini (vlog ke?). Menjadi tumpuan blogger lain (macam artis pulak). Dan blogger beridentiti sebenar lebih mudah dapat tarikan blogger lain (lebih2 lagi blogger cantik/kacak).

Blogger tanpa profil pula tak macam tu. Mereka perlu berusaha lebih utk dapatkan tempat di dunia blog. 100% usaha berdasarkan penulisan. Dan bukan pada rupa paras. Tak dinafikan, blogger tanpa profi jugak boleh berjaya.

Tapi perlu lebih usaha lebih keras berbanding blogger identiti sebenar. Fuuhhh..!!!

Sampai sekarang aku masih tak dapat buktikan blogger tanpa profil ni boleh dapat tempat di hati pembaca berbanding blogger dengan profil sebenar. Grrrr..!!!!

Gurau2 je. Aku berblog bukan sebab nak femes sangat pon. Cukuplah asalkan penulisan, pemikiran aku sampai kat pembaca. Sebab tu lahirnya blog Jejaka Terhangat ni. Ngehh..


Korang pulak macam mana. Apa pendapat korang terhadap blogger tanpa profil? =)
Read On

Senangnya Menyalahkan Orang Lain.

30 comments 05 March 2011

Inilah manusia. Suka tengok salah orang lain dulu sebelum tengok salah sendiri. Bila sesuatu yang tak diharapkan berlaku. Orang lain jugak yang dipersalahkan dulu..

Contohnya, bila pasangan mintak putus. Pasangan tu akan dikatakan kejam sebab memutuskan hubungan yang telah lama terbina. Terus menerus menyalahkan pasangannya itu..

Padahal sikap sendiri yang "annoying" sampai pasangannya tak tahan lagi utk terus bersama, tak pulak dia fikirkan.

Contoh lagi. Bila orang lain mengata kita. Kita akan cakap mulut dia busuk. Takda insurans, dengki dan sebagainya. Apa yang dikatakannya terus kita ambil negatif.

Tapi, pernahkah kita fikirkan. Kenapa orang lain benci kita? Kenapa dia pandang sesuatu yang tak elok pada kita? Mesti ada "somthing wrong somewhere" pada diri kita yang timbulkan rasa tak puas hati pada diri orang lain.

Manusia, manusia. Kenapa tak tengok kesilapan diri sendiri dulu sebelum salahkan orang lain. Adakah sebab kita rasakan diri kita "perfect" sangat sampai tiada kelemahan? Susah sangat ke nak terima kelemahan diri?

"Aku cuma jadi diri sendiri. Itu pun salah ke?"

Ya, kesalahan besar jika kita jadi diri sendiri yang membuatkan orang lain sakit hati. Kalau nak buat sesuatu sesuka hati, tanpa fikirkan perasaan orang lain. Ha, pergi duduk kat hutan sana. Nak buat apa pon tak kisah. Takda orang nak peduli.

Akhir kata. Terimalah kelemahan diri, dan berusaha berubah untuk jadi yang lebih baik. Tula yang sepatutnya. Sekian..
Read On

Aku Suka Baca Blog Lucah..

55 comments 04 March 2011
Aku suka baca blog lucah. Tapi bukanlah blog lucah yang hardcore punya. Sikit-sikit tu boleh la. Pastu isi entri dia pon tak ketara sangat bahan seks yang dia ketengahkan. Bagi aku takde masalah pun..

Benda lucah ni pon boleh jadikan bahan lawak. Cuba tengok kumpulan SEPAH Raja Lawak. Selalu lawak double meaning. Pastu dapat juara. Kan best. Orang pon enjoy apa lawak lucah camtu..

Orang kita dengan lucah ni dah sinonim sangat. Buktinya, taip je "melayu" kat google. Apa resultnya? Ha, melayu dan seks kan? So, salah ke aku cakap?

Aku memang respek giler la kat blogger yang guna term lucah kat tajuk entri dia. Pandai tarik perhatian orang lain utk baca entri tu. Tajuk entri biasa2 ingat orang nak klik ke? Usah harap..

Best tau baca blog lucah ni. Takkan nak baca blog agama je. Dah la panjang lebar. Pastu ayat skema. Macam biasa, hadis pastu dalil. Cliche, boring. Ingat orang nak baca ke?

Kalau blog yang buat entri lucah, ada gambar aweks seksi sket. Ha, yang tu baru la tak bosan. Sambil hepi baca entri. Sambil boleh cuci mata lagi. Best-best. Hehe..

Eh, tak percaya pulak. Buktinya tengok je jumlah komen kat blog lucah. Berpuluh-puluh mengalahkan blog agama. Most of comments daripada gurls yang dok terkekeh2 gelakkan entri tu. Macam orang takde maruah pulak aku tengok. Tapi apa kesah. Entri hepi2 je beb..

Bukti lagi, jumlah follower banyak. Semakin banyak entri berbaur lucah dibuat. Semakin cepat follower naik. Ha, bukan aku sorang je yang layan blog lucah camtu. Ramai lagi tau..

Nice kan? So, aku memang suka baca blog lucah. Korang pulak macam mana?

(Mat Senget, Kajang)


Apa kata Jejaka Terhangat?

Aku malas nak kata apa2. Bila kita baca ayat kat atas tu kita rasa nak marah. Tapi tu la realiti sebenar. Dalam tak sedar, sebenarnya kita pon termasuk dalam golongan Mat Senget.

Kalau kita sendiri pon support blog macam tu. So, layak ke kita nak marah?


Perjuangan menentang blog lucah:

1. FariqScorpio - Blog Berunsur Lucah Kegemaran Ramai?

2. Siti Safiyyah - Bila Lucah Dijadikan Bahan Lawak
Read On

Aku Pun Nak Tutup Blog Jugak La Macam Ni.

51 comments 03 March 2011
Kat sini ada blogger kata nak tutup blog. Kat sana pon ada. Betul ke ramai blogger nak plan tutup blog secara berjemaah? Adakah semua ni sebab huru-hara dalam dunia blog sekarang ni?

Kontroversi blog sana-sini. Sampai ada yang kata, "Asyik2 gaduh. Aku pun nak tutup blog jugak la macam ni". Ataupun ada blogger yang mempunyai alasan tersendiri utk menutup blog. Siapa tahu..


Kenapa nak tutup blog?

Bagi aku, orang yang nak tutup blog sebab pertengkaran yang berlaku, perselisihan faham. Sebab benda kecik. Blogger macam ni tiada tujuan dalam berblog..

Maksudnya, bagi dia tiada blog pon takpe. Sebab tu tak kisah kalau nak bungkus blog sekalipun.

Dalam berblog ni biar ada tujuan yang jelas. Tetapkan matlamat korang dalam berblog. Apa yang sebenar-benar korang nak daripada blog ni. Kepuasan sendiri? Kawan? Berkongsi ilmu? Merapu? Itu korang sendiri fikirkan..

Tapi, yang paling penting. Apa yang kita nak sampaikan kat blog perlulah beri manfaat kepada orang lain. Itulah yang aku coba serapkan dalam blog Jejaka Terhangat ni..

Duit? Lagi sekali aku kata. Duit pun boleh jadi pemangkin dalam kita meneruskan sesuatu pekerjaan. Tapi jangan letakkan duit sebagai matlamat utama (priority)..

Popularity? Lagi la tah ke mana. Bak kata blogger kegemaran aku, Hami Asraff:

"Lepas kamu femes, lepas tu untuk apa? Untuk menerima pujian? Kan aku dah cakap matlamat kian tidak jelas."

Maksudnya, nak kejar populariti semata-mata. Tapi kualiti entri dibakulsampahkan. Itu pon termasuk dalam tujuan blogging yang tidak jelas..

Sebelum aku tutup entri ni. Aku nak tanya sikit. Apa sebenarnya matlamat korang membuat blog. Blog ni sebenarnya penting atau tak bagi korang?
Read On

Tips Bagaimana Untuk Mengaibkan Diri Sendiri Di Blog.

68 comments 02 March 2011
Mengaibkan diri sendiri? Ada ke? Bukan aib tu kalau seseorang tu malukan orang lain ke?

Kawan-kawanku, sebenarnya aib ada 2 jenis. Iaitu aib diri sendiri dan aib orang lain. Biasa kita dengar, atau didedahkan dengan aib orang lain je..

Tapi, taukah korang, kita pon berpotensi membuka aib kita sendiri. Tak terkecuali membuka aib diri kita di blog. Bagaimana caranya? Ikuti tips2 berikut.


Bagaimana untuk mengaibkan diri sendiri di blog:

1. Tayang gambar berpacaran di blog.

Orang zaman sekarang ni bukan reti malu kalau berpacaran. Lagi megah nak menunjuk ada la. Dengan letakkan gambar pacar korang kat blog. Sebenarnya secara tak langsung korang mengaibkan diri sendiri.

Lebih-lebih lagi bergambar secara rapat, pegang tangan. Kalau yang dah kawin takpe la jugak (tapi yang dah kawin pon low profile sudah la, buat apa nak menunjuk sangat)..

Kenapa camtu aib pulak? Kan sweet je kita tengok.

Jadahnya sweet. Perkara yang islam larang, kita buat. Memang mengaibkan diri sendiri la namanya. Lebih2 lagi statistik anak luar nikah kat negara ni kian meruncing. Jangan pulak kita salahkan orang lain kalau orang persoalkan kesucian harga diri kita disebabkan gambar kita tu.


2. Maki hamun di entri.

Tulislah entri dengan menggunakan emosi. Dan bukan gunakan akal. Konon-konon koranglah yang paling betul kat dunia ni. Dijamin entri korang akan ada cacian, makian, carutan dan seangkatan dengannya..

Kenapa camtu aib sendiri pulak. Blog dia, suka hati dia la..

Lolz, kan penulisan kita cermin diri kita sendiri. Kalau kita kuat maki hamun, mencarut. Orang lain akan bayangkan sifat diri kita sebenar pun macam tu. Apa engko tak malu ke kalau orang cop engko tu kaki carut, berfikir guna lutut?


3. Buat blog diari personal tanpa privasi.

"Oh, sayang. Aku letak sepenuh kepercayaanku padamu. Aku rindu pelukanmu","Semalam aku pergi kaoraoke sampai mabuk-mabuk dengan kawan aku","Harini aku pakai seluar dalam warna pink, esok warna purple pulak."

Ha, tu la contoh ayat yang mengaibkan diri sendiri. Orang lain baca pon rasa jelik. Ate empunya diri tak malu buat entri macam tu? Takde kesedaran sivik ke?

Kalau nak buat diari camtu pon. Privasi kan lah. Tak semua benda perlu dimasukkan ke dalam blog. Bila diri sendiri tak jaga aib sendiri. Jangan melatah pulak bila orang lain gunakan aib kita tu untuk jatuhkan diri kita.


Dah, tu je tips aku kasi. Macam biasa la. Aku kan kedekut tips. Mana boleh bagi banyak2. (kalau bagi panjang lebar kompom korang tak baca. Kehkeh)..
Read On

Tahniah Avatar Kerana Menang Anugerah Filem Terburuk. Kuikui..

10 comments 01 March 2011

Haha.. Orang puteh ni pelik-pelik betul. Biasanya orang buat anugerah filem terbaik je. Contohnya Oscars baru-baru ni, filem King's Speech (cerita apa tah) dinobatkan sebagai movie terbaik (Best Picture). Info kat [SINI]..

Terbalik pulak kat Golden Raspberry Awards. Filem Avatar, The Last Air Bender pulak diangkat sebagai filem terburuk (Worst Screenplay). Diikuti filem Sex and the City 2. Pengarah dia siap naik pentas lagi terima trofi filem terburuk tu..

Perghh..!! Open minded gila orang puteh ni. Haha..

Untuk info, baca sini: The Last Air Bender Loser

Agak-agak korang. Kat Malaysia ni boleh buat camtu tak? Jawapannya, USAH HARAP..!!! Ditegur sikit pon dah manja. Dikatakan aib. Apatah lagi nak buat award berbentuk penghinaan camtu..

Selalu orang kata, "Inilah orang melayu. Orang baru nak naik dihentamnya. Macam mana nak maju macam negara barat sana?". Kat barat pon award macam tu dah ada. So, boleh pakai lagi ke ayat kita tu?

Aduii, beberapa entri terbaru aku asyik teguran, teguran, teguran. Pembaca pon dah bosan kot. Ahaks. Oleh tu, aku stop dulu yek. Assalamualaikum..=)
Read On

Wow, Jejaka Terhangat Menang Motor..?

18 comments
Wahh, aku menang motor. Motor tu aku menang kat mimpi semalam. Kehkeh. Tapi kat alam maya ni, aku menang contest yellowdoodal yang aku masuk kelmarin..


Penyertaan aku yang ni dipilih sebagai pemenang pertama (Top best dialog winner):




Wow, sangat tak sangka sebenarnya. Terima kasih ye mr yellow doodal. Tak sia-sia aku install font india kat laptop aku. Hehe..

Meh tengok pemenang lain bagi contest ni kat entri blog doodal:


Owh, dan untuk makluman korang. Yellow doodal ni blogger yang sangat kreatif. Dia berblog berkonsepkan doodle. Sebab tu namanya doodal. Doodal ye, bukan dodol. Sebut biar betul. Nanti dia marah. Hehe..

Entri2 komik doodle semuanya sangat best dan kelakar. Kalau korang tak tau blog ni. Memang sangat rugi. Tak percaya? Meh terjah sendiri blog Yellow Doodal..

Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...