Aku Alergik Dengan Drama Cinta Budak Sekolah..

35 comments 31 January 2011

Baru-baru ni aku baru terperasan. Drama cerita melayu sekarang banyak mengisahkan tentang percintaan budak sekolah. Aku tak paham betoi la..

Haritu aku tertengok drama Lagenda Budak Setan the Series kat Astro. Drama dia macam lain sikit drpd filem. Budak setan tu bercinta dengan budak sekolah. Pastu budak perempuan tu siap mengaku yang dia dah terlanjur..

"Astaghfirullahalazim". Aku istighfar dalam hati. Apa sebenarnya drama ni nak sampaikan? Perlu ke adegan camni dikaitkan dengan budak sekolah? Aku tengok dengan family aku pon rasa malu..

Pastu beberapa minggu lepas, aku tertengok pulak drama kat TV3. Kisah sorang budak perempuan ni suka berangan yang dia bercinta dengan prince charming macam cerita fairytales..

Lupa pulak aku tajuk cerita tu. Puteri Kayangan ek? Aku lupa lagi..!!!

Benda-benda macam ni la yang menggalakkan budak sekolah utk bercinta. Tak cukup dengan masalah sosial negara kita yg teruk sekarang. Media masih tetap nak brainwash budak sekolah untuk bercinta? Adoiiyaii..!!


p/s: Tolongla jangan buat drama percintaan budak skolah lagi. Aku alergik woit..!!!
Read On

Rezeki Artis, Halal Atau Haram?

51 comments 30 January 2011
Wahh, sekarang ni berebut-rebut manusia nak jadi artis. Sebabnya tak payah belajar tinggi-tinggi, just berlakon, menyanyi duit masyuk. Glamer pon dapat. Instant money and popularity. Siapa yang tak nak kan?

Pastu bila menang award, artis-artis ni pandai bersyukur:

"Alhamdulillah, syukur saya kerana menang anugerah ini. Semoga saya lebih berjaya pada masa depan, insyaAllah"..

Dan tak lupa pada kaki kipas artis kontroversi. Contoh isu Ana Raffali yang menang Anugerah Juara Lagu yang lepas. Camni kaki kipas tu kata:

"Dah rezeki Ana Raffali memang. Dia menang sebab bakatnya. Setiap orang ada rezeki masing2. Tak payah la nak iri hati dengan kejayaan orang lain".


Apa yang korang faham dengan rezeki artis sebenarnya?

Rezeki artis? Macam mana seorang artis tu dapat duit? Ya, melalui lakonan yang memerlukan diorang pegang tangan dan adegan peluk orang yg bukan mahram dia..

Sama jugak dengan penyanyi. Suara perempuan tu aurat. Perempuan hanya boleh menyanyi di depan pendengar perempuan jugak..

Kalau korang nak tau, rezeki artis dinamakan ISTIDRAJ. Istidraj tu ape? Halal atau haram?

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya..

Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Kalau dah dapat duit melalui jalan kemaksiatan, adakah masih halal rezeki tu? Korang sendiri pon tau jawapannya kan. Dah tentu la tidak..

Hope ada orang yang dah bukak mata lepas baca post ni. Jangan terlalu agungkan kekayaan orang yg dapat rezeki istidraj ni. Sepatutnya kita beristighfar panjang bila tengok orang dapat duit hasil drpd pekerjaan yang tak diredhai Allah..


p/s: Fasha Sandha masih dapat tempat di hati peminat? Tolongla kaki kipas sekalian. Bukak la mata korang..


Pautan entri:

1. http://muxlim.com/blogs/sumayyah_nasihah/apa-itu-istidraj/
2. http://www.al-azim.com/~beringin/agama/istidraj.htm
Read On

Saya Suka Dia. Perlu Tak Saya Luahkan Perasaan Padanya..?

47 comments 29 January 2011
Dulu aku ada join satu conference. Ramai chatters kat situ. Tiba-tiba ada sorang chatter (gadis) luahkan perasaan sedih dia kat chatter2 lain. Camni katanya:

“Saya sedih. Saya ske kat sorang laki ni. Tapi dia dah berpunye. Setiap kali tengok kat facebook gambar dia same dgn makwe dia. Saya rasa nak nangis. Ape yg saya perlu lakukan? Uwaa..”

Dan ada la beberapa makhluk yg kasi pendapat.

Makhluk A (seorang gadis):

Awak sabar ya. Dia dah tau awak suka dia? Kalau tak tau. Baik awak luahkan perasaan awk tu kat dia. Sekurang2nya dia tau perasaan awak. Lebih lega macam tu kan..


Makhluk B (juga seorang gadis):

Betol tu. Luahkan isi hati awak. Kalau dia tak terima, anggap lah dia bukan jodoh awak. Mungkin Allah akan gantikan lelaki yg lebih baik utk awak..


Makhluk Asing (seorang lelaki):

Eh, jangan luahkan perasaan awak tu. Dah tau dia dah berpunya. Takkan nak luahkan jugak. Kalau orang lain luahkan isi hati kat boifren awak, ape perasaan awak? Seeloknya sabar je. Terima hakikat dia bukan utk awak. Cari je orang lain..


Perbincangan:

Kat sini ada perbezaan fikiran lelaki dgn perempuan. Perempuan cepat rasa kesian. Biasanya nak ambik jalan keluar yg nampak sweet je. Luahkan perasaan mungkin jalan sweet yg kita dpt fikirkan. Tapi, masalah takkan dapat diselesaian dgn hanya rasa kesian..

Katakan kalau luahkan perasaan, dan lelaki tu terima. Apekah akan jadi? Adakah korang puas hati dia break dgn girlprend dia semata2 utk bersama dgn korang?

Nanti jadi perang antara korang dgn girlprend dia pulak. No wonder la kita selalu dengar perempuan ini serang perempuan itu. Mungkin kat sini puncanya..

Seeloknya, fikir dalam-dalam. Ambil kira kesan dan keadaan sekeliling sebelum korang nak luahkan perasaan pada siapa-siapa..


Madah Jejaka Terhangat:
“Cinta tak semestinya harus memiliki. Tapi mendoakan kebahagiaan dia adalah cinta yg sebenar-benarnya..”
Read On

[Follower BloG Review] Jom TERJAH Indra Amirul And His Confesssion's BloG..!!

11 comments
Penyertaan bagi Follower BloG Review aku dah tutup. Semuanya 28 penyertaan. Dan blog kali ni adalah yg ke 11 aku review. Banyak lagi yg tinggal. Penatnye review blog. Hehe..

Papepon, brader Amirul Indra. Blog review ni untuk anda. Aku rasa nak membebel lagi untuk review kali ni. Buat-buat pekak je la ek. Ahaks..




Nama bloG: My Confession !


Setelah aku meneliti blog Amirul selama beberapa abad. Ini lah yang aku aku boleh katakan..

Positive thoughts about My Confession !

Blognya bagus sebab ringan, takde banyak widget. Template boleh kata kemas jugak la, tak serabut. Sistem komen pon guna "pop up comment" dan takde "words verification". Senang orang nak bagi komen..

Indra Amirul jugak suka join contest. Banyaknye contest yg dia masuk. Agak-agak korang perlukan peserta utk join contest korang, jangan lupe datang ke blog My Confession ni yek.=p


Uiks, pon minat Domo-kun?


Bebelan Jejaka Terhangat about My Confession !

Ada beberapa benda yg Indra Amirul boleh perbaiki lagi tentang blog ni. Contohnya, header yang ceria tu sepatutnya dimatchkan dengan template yg ceria jugak. Bila theme hitam digabungkan dengan header yg happening. Macam ada sumthing wrong sumwhere sket di situ..

Font content agak susah nak dibaca. Mungkin kerana tulisannya berbunga. Try tukar font biasa bagi memudahkan pembacaan..

Lagu kat blog My Confession bagus sebab boleh pause. Tapi lebih bagus kalau tak letak lagu sebenarnya. Kalau letak lagu genre pop memang boleh menterkejut berukkan orang yg masuk ke blog kita.=p

Macam biasa, hidekan "Navbar" supaya takde orang gatal tangan dok tekan "Report Abuse" kat atas tu. Dan, gunakan widget "link within" supaya entri2 lepas dapat dipromotekan kat setiap bawah post..


Dah, cukup tu je. Bebelan aku tak banyak sebab blog ni pon kategori OK. Hope brader Indra Amirul dapat terima kritikan Jejaka Terhangat tu yek. Ngehh..!!

OK, tunggu ape lagi semua. Jom TERJAHH..!!!!

Read On

Hitam dan Putih Hati Seorang Lelaki.

57 comments 28 January 2011

Perempuan selalu anggap yang lelaki suka pandang perempuan yang cantik je. Disebabkan tu jugakla ramai perempuan yang berusaha untuk jadi cantik..

Kesannya, jadilah fenomena macam sekarang. Perempuan terlalu taksub dengan fesyen, dan ada yang sanggup beli "baju sekerat" hanya untuk nampak seksi..

Memang aku tak nafikan, lelaki memang suka pandang kat perempuan seksi. Tapi sebenarnya, lelaki jugak suka pandang kat perempuan yang solehah..


Hitamnya hati seorang lelaki.

Kalau nampak perempuan seksi, lelaki normal akan berperasaan camni:

"Perhh, seksinya dia tu. Kalau aku dapat buat jadi awek ni mesti best. Boleh gak buat geli-geli".

Perasaan lelaki terhadap perempuan seksi hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Ia bukanlah cinta. Dan tak tergerak pon untuk dibuat isteri..

Walaubagaimanapun, bukanlah semua lelaki akan approach dan pikat perempuan seksi. Sebab masih ada golongan lelaki yang teguh imannya..


Putihnya hati seorang lelaki.

Berbeza pulak pandangan lelaki kalau diorang tengok perempuan yang solehah. Lelaki akan berfikiran camni:

"Fuuh, sejuk mata memandang perempuan camni. Sopan je, tutup semuanya. Untung kalau buat jadi isteri ni".

Nampak tak perbezaan pandangan lelaki? Lelaki lebih serius pada perempuan yg solehah berbanding perempuan seksi dan gedik..


So, perempuan kat luar sana. Kalau korang taknak jadi santapan lelaki hanya sebab nafsu. Jagalah aurat dan tingkah-laku korang betol-betol..

Hitamnya hati seorang lelaki tu bila dia tertarik pada perempuan seksi. Dan putihnya hati seorang lelaki bila dia menjaga pandangan daripada melihat perempuan seksi, dan tertarik pada perempuan solehah..


p/s: Jangan ingat seksi itu cantik. Aku alergik betol dengan perempuan seksi yang perasan cantik..
Read On

Kenapa U Pegang I Boleh, I Pegang U Tak Boleh Pulak?

40 comments
Situasi Pegang-pegang:

Mat Pegang: U ni hidung besar la. Gajah pun boleh muat tau.

Minah Gedik: Hihihi.. U ni lawak la. (sambil cubit pinggang Mat Pegang).

Mat Pegang: Adehh, sakit la u cubit i.

Minah Gedik: Padan muka u. Sape suruh sakat i. Hihihi..

Mat Pegang: Oo.. U cubit i ek. Nah, amik ni balik (sambil cubit pipi Minah Gedik).

Minah Gedik: Eii.. Ape pegang pipi orang ni. Gatal la u ni tau.

Mat Pegang: Eh, tadi u cubit pinggang i boleh. I cubit pipi u tak boleh pulak?

Minah Gedik: Memang la. I perempuan. U lelaki, lain..

--------------------------------------------

Situasi macam ni biasa sebenarnya. Perempuan suka cubit kalau lelaki dok menyakat dia. Tapi rasa janggal kalau lelaki tu cubit atau pegang pompuan tu balik. Lagi pon kalau pegang balik, lelaki tu akan dicop sebagai GATAL.

Ada orang cakap sebab badan pompuan lebih sensitif berbanding lelaki. So, lelaki tak boleh la nak sentuh2 pompuan ni. Tak tau la betul ke tak. Haha..

Kepada perempuan yg sama macam kes di atas. Korang ada jawapannya tak?

Kenapa korang boleh cubit lelaki yg dok sakat korang. Tapi lelaki tu tak boleh cubit korang balik..? =p
Read On

[Follower BloG Review] Wow, BloG The Other Side Of My Life Sangat Comel, I'm Impress.!!

14 comments 27 January 2011
Alops sume. Selamat datang ke sesi Follower BloG Review. Blog yang aku review kali ni memang special sangat. Kagum betol aku tengok blog dia. Nama empunya blog tu cik Shea Azmi.. Tepuk la sket..=p




Nama bloG: The other side of my life


Impress, memang impress aku dengan blog cik Shea ni. Meh aku bagitau apa yang aku kagum sangat dengan blog dia tu..


1. Blog comel.

Blog dia super cutel. Kemas dan tersusun. Sidebar dia pon comel je. Tak serabut. Siap ada ikon comel gerak2 kat sidebar dia. Cuma theme merah tu je kot yg menusuk ke mata..=p


2. Blog ringan.

Widget yang merepek takde sangat kat blog ni. So, blog dia pon ringan. Tak payah tertunggu2 utk blog dia load. Sungguh pantas. Bagus2..


3. Sistem komen best.

Blog cik shea tak menyusahkan pembaca nak komen. Dia guna "pop up comment" dan takde "words verification". Korang pergi la komen2 selalu kat sane ek. Ngehh..



Domo-kun kegemaran cik Shea =p


Bebelan dan pendapat Jejaka Terhangat..

Walaupon blog cik Shea ada lagu. Tapi aku rasa takde masalah sangat sebab lagu tu boleh distopkan bila-bila masa..

Blog archive tu better buat "drop down", supaya pembaca dan diri sendiri senang nak belek2 balik entri2 lepas.

Penulisan entri dah OK. Cuma perlu dikemaskan lagi. Settkan alignment entri kepada "justify" Dan elakkan guna bahasa SMS. Pastu cuba biasakan mulakan ayat dengan huruf besar. Kalau buat semua tu, entri bleh nampak lebih kemas dan tersusun..=)

Pastu, macam biasa. Hidekan "Navigation bar" supaya takde orang gatal tangan dok tekan "report abuse" kat blog cik Shea..

Cadangan laen, gunakan "link within" supaya entri2 lepas dapat dipromotekan kat bawah setiap post..=)


Tu je review dan cadangan aku tentang blog cik Shea. Pastikan korang TERJAH blog dia dan tengok sendiri betapa comelnyer blog dia. Ambik apa yang baik utk diaplikasikan kat blog sendiri. Klik sini:


Read On

[Cari Jodoh] Tips Memilih Pasangan Hidup.

33 comments

Ada kawan perempuan aku pernah tanya. Macam mana nak kenal lelaki yang baik? Lelaki ni mula-mula kenal, pijak semut pun tak mati. Tapi bila dah couple, baru tunjuk perangai sebenar. Dia cepat marah, panas baran, dan macam-macam lagi la sifat tak guna ada dalam diri lelaki tu..

Aku pon tanya la, sebab apa dia cintakan lelaki tu pada mulanya. Dengan sesedap rasa, dia jawab "tak tahu". Sebab, menurut dia cinta tak perlukan sebab. Adehh, parah jawapan camni..

Kawan-kawan sekalian, dalam nak cari pasangan hidup yg sesuai. Cinta memang perlukan sebab. Segaris dengan hadis nabi berikut yg bermaksud:

“Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, iaitu hartanya, keturunannya, kecantikan dan kerana agamanya. Maka utamakanlah yang kuat berpegang pada agama nescaya kamu akan beruntung”.

Dalam islam sendiri pun dah bagi clue dalam mencari jodoh. Iaitu utamakan mencintai seseorang yg cintakan agamanya. Sebab, orang yg berpegang pada agama akan menjaga imannya. Orang yg beriman akan berusaha untuk mengawal rasa marahnya. Assobaru Minal Iman..

Tanya diri korang. Antara individu berikut yg mana lagi cepat reda perasaan marahnya:

1. Maki hamun orang lain bila rasa marah.
2. Beristighfar bila rasa marah.
3. Menghempas barang bila rasa marah.
4. Mengaji bila rasa marah.


Korang sendiri pun tahu jawapannya kan? Tapi kenapa masih ramai perempuan yg pilih lelaki yg tak jaga solatnya. Dan kenapa ramai lelaki yg memilih perempuan seksi utk dijadikan teman hidup? Adakah kebahagiaan sementara cukup bagi korang?

Sepatutnyaa, takde lagi istilah cinta tak perlukan sebab. Carilah pasangan hidup mengikut apa yg diajar Rasulullah. Cintailah seseorang kerana agamanya. Nescaya hubungan kita akan jadi lebih baik. =)
Read On

Bagus Sangat Ke BloG Follower Beribu?

43 comments 26 January 2011

Masa aku baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni dulu, jarang aku nampak blog yang ada follower mencecah seribu. Kalau nampak blog yang follower dia lebih seribu, mesti perasaan aku camni:


"WOAHH..!!" PERRGHH..!!! "POWER GILER BLOG NI"..!! NAK SAIN..!!


Tapi sekarang ni bila aku buat blogwalking, dah berlambak aku nampak blog yang follower dia lebih seribu. Blog sini seribu, blog sana pon seribu. Dah tak berapa nak impress dah macam dulu..

Termasuklah blog Jejaka Terhangat ni. Follower lebih seribu. Tapi power ke blog ni? Hm, aku rasa biasa je. Banyak lagi blog lain yang follower sikit tapi lebih gempak..

Dan ada jugak pada pandangan aku, blog tu takde la gempak mane. Tapi follower dia beriban plak. Camne tu?

Fuuhh, situasi dulu dan sekarang macam dah banyak berbeza. Follower tidak lagi relevan utk dijadikan batu ukuran tahap "powernya" sesuatu blog tu..

Follower banyak tak bermaksud satu blog tu bagus, dan begitu jugak sebaliknya. Oleh tu, jangan terus cop baik buruk satu blog tu berdasarkan jumlah follower dia. Orait? =)
Read On

Kisah Penukaran Domain Jejaka Terhangat Kepada Dot Com.

44 comments
Yosh..!! Akhirnya blog Jejaka Terhangat ni dah tukar jugak dari blogspot kepada dot com. Terima kasih kat NetKL Network di atas kerjasama diorang dalam menjayakan proses penukaran domain ni. Fuuhh, sungguh pantas dan efficient. Terbaek la service diorang. Tu je yang mampu aku katakan..


Kisah penukaran domain kepada dot com.

Situasi:
Jejaka Terhangat masuk ke website NetKL dengan muka blur, tak tau arah mana nak dituju. Tetiba dia ternampak satu function "Live Chat Online" kat header website tersebut. Tanpa segan-silu, Jejaka Terhangat pon klik kat chat tersebut dan perbualan antara dia dan Liza, wakil NetKL mula dirakamkan..




Kahkah.. Agak tak boleh blah soalan pertama Jejaka Terhangat. Takpe, kita teruskan perbualan antara mereka kat bawah ni. Scroll dan baca. Tak mau malas-malas..


JT:

haha..ok..kalo camtu nak mulakan soalan

macam mana nak start register nama domain?

Liza:

ok...saya terangkan ya

anda pernah beli hosting/domain dari NetKL ke sebelum ni?

jika belum,

ini cara2nya :


mula2...

1) regiser nama anda di sini dulu : http://billing.netkl.com/register.php


pastu

2) login ke Client Area : http://billing.netkl.com/clientarea.php


pastu

3) baru lah buat Order : http://billing.netkl.com/cart.php?a=add&domain=register (jika anda mahu beli DOMAIN sahaja)

so, anda nak beli domain shj? atau domain dgn hosting sekali ya?

JT:

buat masa ni domain sahaja

Liza:

i see... boleh...

JT:

cara pembayaran macam mana?

Liza:

anda nak guna domain ni kat blogspot ke?

JT:

a'ah, blogspot..

Liza:

jika begitu, anda tahu tak nak buat setting2 yg perlu, tuk pointkan domain .com tu ke blogpsot anda?

mcm ni : http://www.google.com/support/blogger/bin/answer.py?hl=en&answer=55373

JT:

owh..kena baca sendiri gak..ok. hehe..

Liza:

setting dia memang sgt rumit...

so

jika anda tak mahir, anda boleh minta kami tolong butkan...tetapi, dgn setup fee RM3 tambahan shj

sila lihat ini : http://billing.netkl.com/cart.php?gid=18

kos2 yg terlibat ialah :

harga domain .com = RM31.60 setahun

kos setup = RM3 (bayar sekali shj)

jumlah = RM34.60

so, kami akan buatkan semua setting2 tu dari A-Z

JT:

ok..faham..maksudnya kat situ memang dah pakej sekali dengan service..btol?

Liza:

ya

JT:

kalau cara pembayaran dan masa utk domain tu siap brapa lama?

Liza:

http://www.netkl.com/payment.html

siap dlm masa 20min

tetapi, selepas 2-3jam, baru domain tu boleh berfungsi

JT:

owh, begitu..

terima kasih puan liza atas butir-butir tu..nanti kalau ada masalah lagi saya rujuk kat puan lagi ye.. :P


Jejaka Terhangat membuat pembayaran dan menghantar email pengesahan. Namun ada masalah la pulok..


Liza:

anda dah buat Order ke tadi ya?

JT:

ya..ada buat order tadi

ada apa2 maklumat ke.

Liza:

ya, technical team saya kata, tak jumpa order anda

ada dapat invois tak tadi?

jika ya, apa no. invois tu ya?

JT:

dekat email feedback ye?

Liza:

bukan yg itu...

JT:

owh..belom validate code?

camne nak buat?

Liza:

tak mengapa...kami tolong buatkan order tu anda secara manual kat sini.. boleh?

boleh berikan nama domain com yg anda nak kami registerkan?

JT:

http://jejakaterhangat.com/

daripada blogspot - http://jejakaterhangat.blogspot.com/

email: jejakahangat@yahoo.com
password: usaharapakunakletakatsini

Liza:

ok...bagus

kami buat skrg...

dan siap dlm masa 20 min lagi

tunggu email kami skjap lagi ya

JT: 

baik

2 jam kemudian..

Liza:

kami dah pun buatkan setting2 tu...

anda boleh check blog anda skrg )

JT:

ok..terima kasih..blog dah ada perubahan..

Liza:

ok..all the best, JT !

JT:

orait..thanks for NetKL support..

Liza:

welcome

Special scene (director's cut)

JT:

Liza free tak lepas kerja ni. Kita makan sama jom.

Liza:

Balik ni husband saya ambil. Anak 8 orang dah tunggu kat rumah tu..

(live chat alert: Jejaka Terhangat is now offline)


Woah, memang cepat diorang buat kerja. Siap ada "live chat" tu. Lagi senang nak deal ngn customers kalo ada apa-apa masalah. Memang efficient. Bagus-bagus..

OK.. Cukup dah promote NetKL. Tiba masanya untuk berblogging dengan lebih serius dengan domain:




Woit..!! Ape motif besar2 tu. Nak menunjuk ke ape? Kehkeh..=p
Read On

1st GA Pearl by mOoN

11 comments
Wowow.. Tetiba harini Jejaka Terhangat rasa nak join giveaway plak. Dah lama tak join benda2 camni. Hehe..






Apa yang perlu anda buat:


1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi,,
sebab kenapa anda join GA ni.

Antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...


Jawapan JT:

Tujuan aku join GA cik mOoN ni untuk support 1st GA yg dia anjurkan. Selama ni cik mOoN dah support blog Jejak Terhangat ni sejak blog ni baru nak baik. Lagipon GA ni peluang yang bagus bagi cik mOoN utk promosikan blognya. Blog dia memang dah bagus. Penulisan best, idea tak kering-kering. Selalu update dan banyak lagi yang best. Cuma kekurangan promosi je..

Warna putih lebih mendescribekan aku the most. Pasal kalo pakai baju pon, aku lebih suka baju putih. Nampak lebih kemas dan bersih. Tapi sebenarnya kombinasi putih dan hitam lebih match ngn diri aku. Ngehh..

**suara sumbang: Hitam putih taik cicak la JT. (abaikan)


2. Letak banner kat atas *yg ntah apa-apa tu dan tajuk 1st GA Pearl by mOoN dan linkkan ke entry ini... (already done)

3. Terbuka kepada bloggers boys and gurl...(saya jejaka kepanasan.=p)

4. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tau...HARUS!! x boleh nak malas-malas...hehehe..


Bloggers bertuah yg diTAG version JT ada 6 orang:

1. amilly'z
2. UMIE NADHIRAH
3. Aisya
4. putera katak
5. Udin
6. Nuraz

* Sila la buat GA ni yek. Senang je. Ngehhh..


3 hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah...

Tarikh akhir menghantar penyertaan :

14 February 2011 (Isnin)
Read On

[Follower BloG Review] Jumping Momochan. Blogger Si Cilik Molek.

9 comments 25 January 2011
Yosh, oleh sebab line screamyx aku dah kembali jadi streamyx. Boleh la aku teruskan sesi Follower Blog Review. Giliran blog siapakah kali ni? Ye, entri ni khas utk cik Momochan. Baca la dengan tekun Ngeh..=p

Sebelum tu, meh aku kopi pes sket maklumat diri cik Momochan:

momochan
HELLO ! my name is Nadhirah a.k.a. momochan.was born in 1991. Uitm Arau is my new 'school' .i love to talk but i prefer to be a good listener. and i'm taken by Mr.Ant :)


Uwaa, taken la plak. Takde chance ni. Sobb sobb. Nak buat camne. Dengan sedihnya, jom la kita teruskan sesi review ni..=p




Nama bloG: Jumping Momochan

Secara keseluruhannya, blog cik Momochan simple. Themplate ok. Tapi macam ada beberapa benda yang JT rasa tak kena la kat blog ni. Ape ek? Hmm..


1. Kedudukan header.

Header blog cik Momochan gunakan background image kan? Tu yang dia jadi tak center dan tak boleh diklik. Apa kata cik Momochan upload macam biasa kat design, amik pilihan "instead of title and description" supaya header tu boleh diclick..


2. Blog archive terlalu pendek.

Kalau bleh panjangkan sket scroll box utk blog archive. Bagi memudahkan pembaca dan diri sendiri nak belek2 balik entri2 lepas..


3. Terlalu banyak scroll box.

JT rekemenkan, untuk gambar gunakan "marquee" instead of "scroll box". Terlalu banyak scroll box pon bleh buat blog nampak serabut.


4. Iklan nuffnang tak cukup.

Kat blog momochan ada satu je nuffnang skyscraper. Kalau nak upkan earning dari nuffnang better letak tiga2. Skyscraper, leaderboard dan large rectangle.


5. Navigation bar.

Kalau boleh, hidekan navigation bar (navbar) supaya takde orang gatal tangan nak tekan "Report Abuse" kat situ..


6. Kemaskan entri.

Dari segi penulisan dan perenggan takde masalah. Cuma JT rekemenkan supaya "justify" kan alignment entri. Dan gunakan huruf besar bagi setiap permulaan ayat. Supaya entri nampak lebih kemas dan tersusun..


Oleh sebab blog Momochan lebih banyak bersifat personal, dan theme blognya pon simple. So, aku takde banyak benda lagi nak diperkatakan. Sampai aku pon blurr nak review ape lagi. Hehe..

Korang TERJAHH dan usha la sendiri ek blog Momochan kat sini:



p/s: EMPAT penyertaan lagi diperlukan sebelum aku tutup penyertaan Follower Blog Review ni. Sape nak join cepat2 isi borang kat [SINI].
Read On

Aku Hangat, Nak Join Bloglist Jejaka Terhangat.

62 comments


Kat blog Jejaka Terhangat ni dah ada 1 bloglist. Bloglist "Mereka Supporter Jejaka Terhangat" adalah untuk bloggers yang aku pilih. Diorang ni la yang selalu support dan komen kat blog ni.. 

So, sekarang aku bukak peluang kepada semua bloggers. Sesiapa yang nak masuk ke bloglist Jejaka Terhangat masih berpeluang berbuat demikian. Caranya senang je:

1. Buat entri bertajuk "Aku Hangat, Nak Join Bloglist Jejaka Terhangat".
2. Letak header blog Jejaka Terhangat, linkkan ke entri ni.
3. Letakkan blog Jejaka Terhangat ke dalam bloglist blog korang.
4. Kat entri tersebut, bagi 2 point yang special pasal blog korang dan,
5. 2 point yang best pasal blog Jejaka Terhangat.
6. Tag 2 orang bloggers yang berminat nak masuk bloglist Jejaka Terhangat (pastikan diorang tau).
7. Lastly, letakkan link entri tersebut kat komen bawah ni.

Lepas aku dah sahkan, blog korang akan diletakkan ke "Bloglist Hangat" kat sidebar blog Jejaka Terhangat ni. Mudah je kan? =)


Apa yang best masuk ke "Bloglist Hangat"?

Unic visitor (UV) blog Jejaka Terhangat mencecah 500 UV sehari. So, kalo ada kat Bloglist Hangat secara tak langsung korang boleh promotekan link blog korang..=)

Jangan segan silu amik peluang "Bloglist Hangat" ni yek. Hangat buat aku semangat. Ahaks..

p/s: Buat masa ni belum ada deadline sehingga diberitahu.
Read On

Saya Seorang Blogger Kaki Kipas.

34 comments

Saya seorang blogger yang suka kipas blogger lain. Lagi-lagi kalau dengan blogger otai kegemaran saya, lagi kuat saya akan kipas..

Kalau ada orang yang buat entri teguran pasal blogger kegemaran saya itu, saya akan segera bagi komen mempertahankan dia selagi saya mampu..

Tak cukup dengan itu, saya akan buat entri untuk balas balik blogger yang menjatuhkan blogger kegemaran saya itu. Saya akan bagi seribu satu alasan bagi mempertahankan dia..

Tujuan saya kipas ni supaya mendapat tempat di mata blogger kegemaran saya. Bagi saya, dia salah atau betul bukanlah persoalannya. Tapi mendapat tempat di mata dia adalah yang paling utama..

Untung-untung dia buat entri khas untuk saya. Trafik blog saya pasti akan naik mencanak kan? Itu la tujuan sebenar saya kipas dia. Sekian..

Yang benar:
blogger XY


Coretan Jejaka Terhangat:

Isu perdebatan antara bloggers dah terlalu banyak sekarang. Isu plagiat, shawl, auta blogwalking dan lain2 lagi. Kesannya, bloggers kaki kipas pon banyak muncul kat setiap isu..

Nasihat aku, kalau korang termasuk dalam tukang kipas tu, hentikan la yek. Kalau dah tau benda tu salah, terima je la. Tak perlu nak pertahankan benda yang salah semata-mata untuk jadi hero di mata blogger otai kegemaran korang..
Read On

Jejaka Terhangat vs Screamyx vs Cyber Cafe

18 comments 24 January 2011
Jejaka Terhangat vs Screamyx.

Pening, tension, bengang. Semua jenis perasaan ada. Screamyx ku problem. Dah seharian tak dapat connect ke internet. Dah buat report kat teknikal TM. Dan standard procedure, dia suruh korang bukak "command promt" pastu bla, bla bla bla. Aku layankan je arahan teknikal tu..

Pastu tengahari, technician TM pon datang ke rumah aku utk tgk apa problemnya. Katanya problem kat "port". So, dia pon keluar betulkan kat sana. Tapi sampai ke malam internet still tak mau lagi. Haihs..

Aku dengan tak senang duduknya pergi la ke cyber cafe. Fuhhm, terasa perasaan tension, bengang tu semua hilang bila dapat tengok blog. Dasar blogger tegar ni. Ahaks..


Jejaka Terhangat vs Cyber Cafe.

Walaupon line internet cc ni agak laju. Tapi ada benda yg aku menyampah sesangat kat situ. First, bunyi telepon yg mengganggu speaker. Second, bunyi game yg menyampahkan gegendang telinga aku.

Takpela,nak update blog punya pasal semua benda tu aku pekakkan je. Sempat jugak la nak TERJAH blog rekues yang nak masuk ke "bloglist hangat"..

Follower BloG Review terpaksa aku tangguhkan sampai line screamyx rumah aku elok balik. Maaf kepada semua yg menunggu ye. Teruskan menunggu dengan sabar. Ngehh..


Aisehh, dah sejam lebih rupanya kat cc ni. Berapa la kena cas agaknye. Dah la lupa bawak dompet ni. Kena kerja sini la nampaknya. Haha. Adioss sume..=)
Read On

[Follower BloG Review] Mari Berehat Muhasabah Diri Di GreenAppleKu Dot Com.

16 comments 23 January 2011
Kita teruskan lagi sesi Follower BloG Review oleh Jejaka Terhangat. BloG yang jad mangsa review kali ni siapakah? Ye, cik GreenApple. Entri ni khas untuk anda..=)

Secara jujurnya aku nak bagitau. AKU TAKDE PAPE MASALAH DENGAN BLOG GREENAPPLEKU. Blog ni pon dah kategori superb. Tengok ni buktinya..




Tagline: Love | Freedom | Independent

Meh aku bagitau kekuatan blog cik GreenAppleKu ni:

1. Template kemas.

Blog ni sangat tersusun, kemas. Dengan header dan template yg berwarna epal kehijauan. Memang sungguh menenangkan jiwa. Fuuhh..


2. Blog load laju.

Dengan ketiadaan widget2 mengarut, blog ni sangat senang nak load. Siap ada Bloggers Chat Room. Bagus2, bleh blogwalking selalu kat sini. Ngehh..


3. Blog archive.

Blog archive pon disediakan. Dan latest entri pon ada. Senang nak belek2 entri GreenApple yang lepas-lepas. Nice..=)


4. Penulisan superb.

Yang ni aku puji sangat-sangat. Gaya penulisan macam penulis artikel surat khabar. Mula-mula ingatkan kopi pes dari mana2 artikel. Rupa-rupanya memang hasil penulisan cik GreenApple sendiri. Respek2..

Ayat dan perkataan takde short form. Penggunaan Bahasa Melayu yang tinggi. Penulisan senang faham. Sangat mesra SEO. Thumbs up..


5. Entri kerohanian.

Blog ni sangat bagus untuk muhasabah diri. Banyak entri keagamaan dan cik GreenApple siap kasi pandangan persendirian pasal isu tersebut. Korang kena baca sini slalu. Jangan suka baca bab hiburan je ek..=p


6. Rajin update.

Cik GreenApple jugak sangat rajin menghapdate entri. Kadang2 aku sendiri pon tak terkejar nak baca sume entri2 terbaru dia. Ahaks. Tapi bagus jugak rajin update entri. Trafik dan unic visitor (uv) pon bleh bertambah setiap masa.


Secara kesuluruhannya, blog cik GreenAppleKu aku kategorikan sebagai SUPERB. Korang pon boleh amik blog ni sebagai rujukan utk upgrade blog sendiri..



Cik GreenApple <3


Ni ada beberapa benda yg JT nak rekemenkan kat blog GreenAppleKu.

1. Hidden kan navigation bar kat atas tu. Takut ada orang dengki, dia tekan "Report Abuse" pulak. Ni FariqScorpio punya cadangan.=p

2. Gunakan scroll box untuk blog archive. Supaya tak guna space banyak sangat dan nampak lebih kemas.

3. Jangan terlalu serius sangat dalam menulis komen. Haha, larikkk..!!!


Read On

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Guna Auto Blogwalking Software.

47 comments 22 January 2011
Panas lagi tak isu pasal autoblogwalking ni? Rasanya dah kurang hangat kan. Takpe2. Aku just nak dedahkan kat korang je kelebihan gunakan autoblogwalking software ni..

Memang banyak kelebihannya. Kalau tak, takkan banyak blog pon guna benda tu. Dan, lepas pendedahan pendekar berkuda pasal isu ni. Semakin ramai pulak yg berminat nak tau detail pasal software tu. Bagus-bagus, semangat camni yg kita mahukan.

Diorang nak guna autoblogwalking, apa mau kecoh2. Korang pon patut cuba jugak tau. Meh aku bagitau kat korang apa kelebihan autoblogwaking ni..


5 sebab kenapa perlu guna auto blogwalking:


1. Trafik naik mencanak.

Korang dok goyang kaki je, otomatik software tu spam kat chatbox bloggers. Ala, dah biasa pon MALAS dalam hidup. MALAS kat blog pon apa nak kisah? Dah memang jenis MALAS, nak buat camne..


2. Dapat buffered earning.

Dah trafik blog mantop. Nuffnang pon kasi la earning. Perghh, kan untung giler kat situ. Duit haram, bukan senang nak dapat woah. Untung2 perut kembung sebab makan benda tak halal..


3. Lebih mesra pengunjung.

Kalau guna software tu kena bijak. Kena guna ayat sama yg friendly. Pastu bloggers pon balas kunjungan korang. Diorang siap drop komen skali tu. Ha, nampak tak hubungan mesra 2 hala kat situ? Sangat sweet kan?


4. Tak perlu belajar subjek moral.

Best tau guna autoblogwalking ni. Korang tak perlu susah2 belajar subjek moral dan etika. Orang yg takde moral dan etika pon boleh guna jugak tau..


5. Dapat banyak tukang kipas.

Kalau ada orang tuduh korang penipu, just buat je entri minta maaf. Guna ayat sedih2 skit. Pastu nanti ada la tukang kipas sejukkan hati korang. Best kan, free2 dapat kipas..


Ha, sekarang korang dah nampak kan "kelebihan" guna autoblogwalking software ni. Best kan? Ambik la point-point aku bagi kat atas tu sebagai rujukan kalau korang masih berminat nak guna autoblogwalking ni. Kahkah (gelak jahat)..


p/s: Blog Jejaka Terhangat dah gunakan cbox.ws + capcha bagi mengelakkan spam. Korang boleh tinggalkan jejak dengan klik kat "Shout Sini" kat page navigation. Thanks =)
Read On

[Follower BloG Review] Blogger Ujang Dan BloG Erti Kehidupannya Sempoi Abes..!!

19 comments 21 January 2011
Siapa yang tak kenal blogger yg memegang nombor giliran Ujang9897. Bro ujang memang blogger yg friendly. Rajin dia terjah blog sorang2 dan drop komen. Kali ni, memang blog beliau la yg jadi mangsa Follower BloG Review aku. Ngehh..




Haha, sebenarnya aku pon tak tau nak review ape pasal blog Ujang ni. Pasal blog dia sempoi abes. Korang tengok la sendiri..


Sempoi no. 1:

Template sempoi. Header vespa. Tagline "Selamat menjamu selera" ?? Haha, tibe2 je. Just tengok je template dia memang dah tertarik..


Sempoi no 2:

Biasa kita dengar lawak bersahaja. Tapi entri bro Ujang ni kebanyakannya memang bersahaja. Mana yg dia rasa nak tulis, nak copy masuk kat blog. Selamber je dia buat. Popular post pon aku rasa nak tergelak je tengok. Korang usha la sendiri ek. Haha..


Sempoi no 3:

Bloglist kat sidebar tu besar gedabak font dia. Saje je buat camtu kan? Satu keunikan di situ. Ahaks..


Sempoi no 4:

Oleh sebab bro Ujang ni blogger friendly, komen yg dia dapat pon boleh tahan banyaknye. kalo dia komen kat blog orang lain pon selalunya sempoi2 gak komen dia. Kehkeh..

Iklan sebentar:
Jom CNI bersama Ujang9897



Tamat sudah bab sempoi. Ni ha bab serius. Apa yg perlu diperbaiki, pada pandangan Jejaka Terhangat:


1. Saiz widget

Saiz widget kat sidebar tak guna ruang secukupnya. Untuk blog kita lebih nampak kemas, gunakan ruang sidebar sepenuhnya. Macam "autoscroll latest entry" dgn shoutmix boleh dilebarkan lagi. Dan kedudukan widget lain dicenterkan..


2. Nuffnang ads.

Yang ni pasal nuffnang skyscrapper yang float kat tepi tu. Kalau boleh tak payah ada gap, rapatkan je ads tu ke tepi. Sebab ia akan mengganggu visitor view masa iklan tu keluar.


3. Entri.

"Justify" kan alignment entri supaya nampak lebih tersusun. Kaler font pon perlu dihitamkan betul supaya tulisannya tak nampak kabur. Ekjas kaler font kat "edit html"..


Itu je stakat ni review aku pasal blog bro Ujang. yang lain2 aku tak sentuh tu takde masalah pada pandangan aku. Sesiapa yg nak join review ni masih dibuka. Sila isi borang kat Follower BloG Review.


Owh, dan jugak. Sesiapa nak masuk "Bloglist Hangat" kat sidebar Jejaka Terhangat pon boleh. Masih dibuka. Isi borang kat sini:


Read On

Kenapa Aku Terketar Bila Tengok Perempuan Seksi?

37 comments
Malam tadi aku pergi ke pasar malam dekat area rumah aku. Dah lama aku tak pergi sana. Sebelum sampai, aku ternampak perempuan pakai baju "adik" kat atas motor yg dibawa oleh lelaki. "Fuhh, apa nak jadi la aweks ni". Bisik aku sendirian..

Sesampai kat pasar malam. Terus aku cari kedai yong taufu, kedai yg selalu aku pergi. "Brader, kasi 5 hinggit ek". Aku order kat brader kedai tu. Sambil tunggu yong taufu aku siap. Aku perhatikan sekeliling..


Errkk..!! Dah lama aku tak pergi pasar malam. Malam ni baru aku perasan. Perempuan yg bertudung dan tak bertudung kat pasar malam same je jumlahnya. Yang bertudung pulak macam2 karenah..

Ada yg bertudung tapi ber-tshirt ketat. Bertudung, tshirt nampak tangan. Bertudung, tapi nampak dada. Boleh dikatakan hanya 1/4 drpd yg pakai tudung tu menutup aurat dengan betul. Itu pon makcik-makcik yg dah berusia..


"Ya, Allah". Hati aku mengomel. "Tak ke diorang ni takut dengan azab Engkau?". Terketar badan aku bila tengok keadaan sekeliling..

"Ya Allah, agak-agak berapa banyak la dosa yg Engkau bagi kat aku sebab tengok aurat diorang ni?" Hati aku turut terketar. Dapat je yong taufu, aku terus start motor aku menuju ke rumah..


Banyak betol perempuan seksi kat pasar malam. Jadah menda pergi pasar malam pon nak tayang body. Sebelah rumah je pon. Sampai sekarang aku tertanya2..

Tak takut ke diorang dengan seksa Allah. Aku yg tengok aurat diorang pon terasa terketar bila teringatkan seksaan bagi perempuan yang nampak rambut. Diorang takde perasaan takut ke?


Sekilas, seksaan bagi wanita yang menampakkan rambut:

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan baginda menangis setiap kali mengenangkannya.

Salah satunya, baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Baca seksaan selebihnya kat SINI


Hmm, tak takut ke kepala mendidih? Aku yang lelaki ni pon dah rasa takut bila pikirkan azab tu. Errkk..!!!
Read On

[Follower BloG Review] Cahaya Cinta Ilahi Membawa Kebahagiaan Di Dunia Blog.

27 comments 20 January 2011
Setelah sehari berehat, kali ni aku sambung balik Follower Blog Review. Mangsa kali ni adalah cik Cahaya Cinta Ilahi. Sudahkah anda bersedia untuk ditemu marah? Hehe..

Untuk review kali ni aku nak membebel je la. Hope sudi pekakkan mata tu ek. Ngehh..



Tagline: Kerana dia yang bertinta


Header:

Wahh, cutenya header. Tertarik menarik kat situ. Awas, jangan cepat cair sangat masa masuk blog ni. Cik Cahaya Cinta Ilahi (CCI) dah berpunya. Tak caya usha kat bawah skali ada Daisypath. Haha..

Header tu kalo bleh upload je macam biasa. Gunakan pilihan "instead of title and description" supaya header tu boleh diklik.


Gambar:

Overall templates ok. Just cuma perlu renovate bagi lebih tersusun. Kat sidebar terlalu banyak gambar. Yang part gambar2 tu elok gunakan "marquee" supaya nampak lebih kemas dan tak pakai banyak sangat space..

Bloglist plak kalo nak nampak lebih tersusun, jangan tunjukkan semua. "Show 5" je dah ok. Sebab bloglist terlalu banyak..


Widget:

Widget tak banyak. Ok la. Tapi ada widget yang tak perlu. Contoh yg kat tepi tu widget suruh follow dan komen. Nanti cik CCI tengok balik mana yg perlu diremove yek..

Widget visitors ada dua. Buang salah satu pon takpe. JT nasihatkan jangan guna "GeoCounter" tu sebab iklan popup widgeo yang memberatkan akan keluar bila orang masuk ke blog CCI. Ini menyusahkan bloggers lain nak blogwalking. JT rekemen gunakan www.hitstat.com. Lebih simple dan tak memberatkan..


"Link within" perlu diperbetulkan supaya fit dgn saiz content. Oleh sebab content blog cik CCI lebar, Set link within kepada 4 atau 5 supaya lebih nampak kemas.


Entri:

Penulisan entri Cik CCI kejap font kecik kejap font besar. Ni tak bagus utk SEO. Same goes to bahasa SMS atau bahasa manja (hary, jew dll). Kalo boleh elakkan tulis macam tu supaya pembaca senang faham apa yg nak disampaikan.

Kaler pada entri sangat berkalerful. Kalau boleh kurangkan penggunaan kaler dalam entri. Takut sakit plak mata pembaca bila tulisan kejap hitam, kejap merah, kejap purple. Hehe..


Mana yang JT tak sentuh tu rasanya takde msalah sangat. Macam kedudukan nuffnang ads, follower box dan shoutbox dah ok. Kalo ada bloggers lain yg nak tambah apa yg kurang dalam review ni dipersilakan la yek..=)


Read On

Bloglist Bloggers Chat Room (BCR) Kini Dibuka.

21 comments 19 January 2011
Orait kengkawan bloggers semua. Bloglist Bloggers Chat Room (BCR) kini dibuka. Sesiapa yang dah meletakkan BCR kat blog sebagai widget. Korang boleh isi borang kat sini bagi membolehkan aku mengupdate blog korang kat bloglist BCR..


Bloglist dibahagikan kepada 2 iaitu "Blogger Guyz" bagi blogger lelaki dan "Blogger Gurlz" bagi blogger perempuan..




Motif bloglist BCR dibuat supaya:

1. Bloggers yang meletakkan BCR di blog dapat disenaraikan.
2. Dapat kenalpasti chatters dan blog masing-masing.
3. Dapat memprosikan blog secara tak langsung.


Tutorial meletakkan BCR kat blog sebagai widget boleh tengok kat sini:



Blogger yang tak nak letakkan BCR kat blog masih berpeluang berchatting dengan bloggers lain kat blog BCR, ataupun di blog2 yg ada diletakkan BCR. Tapi, blog korang tak dapat la keistimewaan berada di bloglist BCR..


Maklumat lanjut pasal Bloggers Chat Room (BCR) ni korang boleh TERJAHH sini:

Read On

[Follower BloG Review] Wow! Berita, Bukan Sekadar BloG Berita Woah.

16 comments 18 January 2011
Follower BloG Review kembali lagi. Kali ni giliran sedara Tuan-Belog. Beliau ni blogger yang rajin drop komen kat entri Jejaka Terhangat. Baik orangnya. Hehe..

Dengan pantas, kita teruskan sesi review:




Nama bloG: Wow!Berita.com


Jejaka Terhangat kata blog Wow! Berita ni boleh dikatakan HANGAT jugak. Ni sebabnya:

1. Template simple.

Tak silap aku, template ni asalnya drpd wordpress. Template simple memang bagus. Dan dengan ketiadaan widget bukan2 membantu blog ni diload dgn laju. Syabas..=)


2. Blog kemas.

Bukan saje simple. Tapi jugak kemas, neat. Side bar sungguh tersusun. Follower box, shoutmix, popular post, semua ada kat tempat yg sesuai. Fuhh, sejuk mata memandang blog ni. Hehe..


3. Kedudukan ads terbaik.

Kedudukan ketiga-tiga nuffnang ads takde masalah. Tempat yg direkemenkan oleh nuffnang. Hope dpt banyak buffered earning ek. Boleh blanje aku prosperity nanti. Haha..


4. Entri unik.

Entri bukan khas berita je. Tapi lebih daripada tu. Entri menguji minda, games, lawak, tutorial. Woah, segmen review bersama Wow! Berita pon ada. Hangat betol. Pasni bleh review blog Jejaka Terhangat ni balik kan? Kehkeh..


5. Gaya penulisan superb.

Aku dah baca kebanyakan entri Tuan-Belog. Semuanya senang nak paham. Ada gaya penulisan tersendiri. Bagus ni. Kipidap menulis yek..




Game ni aku men kat blog dia tadi. Ngehh..


Ada apa yang perlu diperbaiki?

Hm, ada beberapa benda yg aku rasakan Tuan-Belog boleh upgrade sket utk blog Wow! Berita tu..

1. Gunakan alignment "justify" bagi mencantikkan entri.

2. Letakkan "blog archive" bagi memudahkan reader belek2 entri lepas.
- yg ni optional sebab blog tu dah gunakan "page numbers".


Bebelan Jejaka Terhangat:

Rasanya bila dengar tajuk blog, BERITA. Orang akan anggap blog tu sama seperti blog berita yang biasa. Padahal blog ni takde la fokus kepada berita semata-mata..

Entri berita mungkin jalan terbaik dalam mendapatkan trafik melalui SEO. Tapi kalau nak blog kita dapat sambutan daripada para bloggers, kita perlu buat entri yang lebih luar biasa drpd berita biasa yg terdapat di akhbar..


Follower BloG Review ni masih dibuka. Sesiapa yang berminat nak direview boleh join. Tapi pastikan isi borang dulu kat sini ek:


Read On

Voting Kontest Tidak Lagi Relevan. Kesian Kat Blogger Baru.

39 comments

Kalau korang perasan, trend blogger sekarang suka buat voting contest. Tak dinafikan, dengan teknik undian, trafik dapat dijana lebih 2 kali daripada contest biasa. Tapi, sejauh mana keadilan dalam kontest undian ni?

Berbanding dengan undian blog paling popular. Kalau blogger terkenal bersaing sesama sendiri, mungkin ada relevannya kat situ. Masing-masing bersaing pengaruh sape lagi kuat..

Tapi bila kontest entri pon dibuat voting camtu, sangat tidak adil bagi blogger baru. Tak paham kenapa? Meh Jejaka Terhangat bagi contoh:


Contoh situasi:

Peserta dikehendaki membuat entri kontest pantun paling kreatif. Lepas dah buat, peserta dikehendaki menyuruh kawan-kawan bloggers lain untuk vote. Sesiapa yg dapat vote paling tinggi akan diangkat sebagai pemenang..


Worst case scenario:

Ben Ashaari (contoh) masuk kontest tu. Pantun dia 2 kerat je. Peserta lain semua 20-80 kerat. Bila Ben Ashaari suruh blogger lain vote dia. Apakah jangkaan anda?

Ye, betol sangat tu. Ben Ashaari akan dapat menang mudah disebabkan pengaruhnya kuat. Takde masa orang nak selak satu2 penyertaan. Diorang just simply vote blogger kegemaran diorang. Dapat?


Jadi kat sini aku nak tekankan. Voting contest sangat tak relevan kalo nak dibuat secara umum. Sepatutnya, dalam kontest, keadilan yg patut kita utamakan lebih daripada trafik..


Kalau markah undian 20-30% je ada la jugak keadilannya. Tapi bila 100% keputusan berdasarkan undian. Adakah masih adil kontest tu untuk blogger baru? Tidak kan?

So, sesiapa yg nak buat voting kontest lagi lepas ni pikir-pikirkanlah dulu apa yg aku sampaikan tu ye. Sekian..

** Entri ni tidak ditujukan khas kepada mana-mana pihak. Entri ni bersifat umum..
Read On

[Follower BloG Review] Retro Hitam Putih BloG FariqScorpio Terbaik..!!

36 comments 17 January 2011
Follower BloG Review ke 2 harini adalah untuk Fariq Scorpio dot Com. Pagi tadi aku dah review blog Miss PurpleHolic dan dgn segera beliau perbaiki blog dia. Fuuh, bagus betol..

Review kali ni mungkin agak senang sebab aku tak banyak komplen. Blog Fariq memang dah terbaik untuk dijadikan rujukan para bloggers. Tak caye tengok la ni..





Jejaka Terhangat kata blog Fariq Scorpio best sebab:

1. Template simple.

Nampak tak template hitam putih blog Fariq Scorpio tu? Retro sungguh, kemas dan tersusun. Fuhh, memang terbaik sepanjang zaman la..=p


2. Blog load laju.

Macam biasa, oleh sebab blog Fariq takde widget bukan-bukan yang tak berguna. Kesannya blog dia pon load sangat laju. Bagus2..


3. Sistem komen best.

Yang ni aku suka. Kalo nak komen senang. Dia guna popup komen, tiada "words verification" dan komen akan terus dipublish. Kalo komentar ada typing error boleh nampak kat situ jugak. Boleh buat pembetulan terus. Ngehh..


4. Blog archive disediakan.

Nak belek-belek entri lepas Fariq pon senang. Sebab blog archive ada kat sidebar. Dan blog archieve tu dalam "scroller box" supaya tak nampak serabut. Thumbs up..


5. Ada Blogger Chat Room?

Eh, siap ada Blogger Chat Room lagi kat side bar. Boleh interaksi secara terus dengan blogger lain dari blog sendiri. Best betol ni. Korang dah pasang belom?





6. Entri konsisten.

Most of time, entri blog Fariq lebih bersifat personal. Menarik nak baca. Wahh, siap ada cerita bersiri Fariq tulis ek. Macam best je cerita Khurafat ni. Jom baca..


Ada apa-apa yang perlu diperbaiki?

Oleh sebab blog Fariq dan kategori superb. So, aku just nak bagi cadangan untuk beberapa perkara je. Firstly, masa menulis tu kenal pasti ayat yang perlu dan yang tak perlu ada dalam entri. Mana yang tak perlu tu remove je. Kita taknak entri jadi panjang, tapi pembaca lost fokus masa baca..

Secondly, tulisan yg ni kalo boleh diubah supaya visible lagi cantek. Ngehh..




Tu je review aku setakat ni. Bagi sesiapa yang berminat nak direview camni sila isi borang kat sini ye:

Read On

Jom Tengok Kartun: Doraemon Movie 2010 [Download]

25 comments
Ada ke antara korang yang tak suka tengok doraemon? Kalau tak suka pergi main jauh-jauh. Post ni untuk peminat doraemon je. Ahaks..


Walaupon doraemon dicipta pada tahun 1969, tapi ceritanya takkan berakhir. Kalau ada ending pon, itu adalah fan made.Setiap tahun akan muncul Doraemon Movie. Dan seperti biasa, cerita akan mengisahkan tentang pengembaraan 5 sekawan iaitu Doraemon, Nobita, Giant, Suneo dan Sizuka..


Doraemon Movie 2010 With English Subtitle Download:


Movie Info:

Tajuk: Nobita's Great Battle of the Mermaid King Plot
Video format: RMVB
Saiz video: 468 MB
Duration: 1 jam 40 minit
Bahasa: Japanese
Subtitle: English subbed
Uploader: Jejaka Terhangat

Mediafire Download


Screen shots:



**Movie Doraemon 2010 ni ok la jugak nak buat hilangkan boring. Tengok sama anak buah pon best gak. Ngehh.. Selamat mendownload..=)
Read On

[Follower BloG Review] Miss PurpleHolic Empunya BloG Cumil.

34 comments
Follower BloG Review kali ni merupakan seorang blogger perempuan yang cumil. Namanya Miss PurpleHolic. Daripada namanya je kita bleh tau yang dia suka kaler puple. Standard pompuan la kan? =p




Tagline: it's about life


Sebelum mulakan review, Jejaka Terhangat nak habaq mai. Ada terdapat 2 jenis blogger:

1. Blogger yang menulis ikut suka sendiri dan tak mengharapkan pembaca datang ke blog.

2. Blogger yang menulis ikut kehendak pembaca dan mengharapkan pembaca bertambah dari semasa ke semasa.


Aku kategorikan cik PurpleHolic sebagai blogger no 1. Sebabnya, penulisan dan decoration di blog cik PurpleHolic memang mengikut keselesaan diri sendiri kan?

TAPI, katakan cik PurpleHolic nak jadi blogger no 2. Nak harapkan lebih pembaca dan viewer datang ke blog cik PurpleHolic, inilah yang perlu dibuat:


1. Lajukan blog load.

Blog cik PurpleHolic terlalu banyak widget pelik2 yang boleh slowkan load blog. Kalau boleh buangla widget2 yg tak berapa penting. Seperti "moving hearts" kat kiri dan kanan blog, widget "follow back" kat blah kiri blog. Nanti cik PurpleHolic tengok balik ye. Kat sidebar pon banyak sangat widget yang tak perlu ada..


2. Buang lagu.

Lagu kat blog cik PurpleHolic sangat sweet. Tapi biasanya pembaca tak berapa berkenan kat blog ada lagu. Alasannya, bising. Tapi katakan nak jugak letak lagu, letak la kat tempat paling atas blog. Supaya pelawat bleh senang cari lagu tersebut dan stopkannya secara manual.


3. Terlalu banyak gambar.

Gambar yang tak perlu pon banyak. Ni pon boleh beratkan blog. JT rekemen kalo still nak letak gambar banyak2 tu, gunakan "scroller box" supaya sidebar lebih nampak kemas..


4. Sosial network page.

Facebook badge ada diletakkan kat sidebar. Tapi tak boleh nak view atau add cik PurpleHolic kat fb. So, rasanya takde guna letakkan badge tu. Melainkan pergi ubah setting supaya orang boleh add. Link Formspring pon perlu diperbaiki. Jadikan hyperlink bagi memudahkan viewer utk klik..


Berehat sebentar. penat. hehe..

cik PurpleHolic <3

sambung balik...

5. Perbaiki entri.

Jangan gunakan terlalu banyak kaler dalam entri. Nanti orang nak baca pon jadi serabut. Dan cuba elakkan tulis entri gunakan alignment "center". Kalau sikit2 takpela. Tapi bila keseluruhan pon gunakan center, nampak agak serabut di situ.


6. Comment system.

Sistem komen blog ni dah ok. Gunakan popup komen. Tapi lebih cantik kalo buang "word verification" bagi memudahkan pembaca nak drop komen..




videokeman mp3
Mine – Taylor Swift Song Lyrics


Tukar autostart kepada "no" kalo taknak autoplay.


Menarik tertarik:

Walaubagaimanapun, templete dan header blog cik PurpleHolic nampak simple dan cool. Kalo dah buang semua benda yg tak perlu tu, mesti blog ni bleh lagi LETOPP..!! Ngehh..

Hope yang lain pon boleh amik mana yg baik drpd review ni utk jadikan rujukan kat blog sendiri ye. =)


Tu je review aku setakat ni. Bagi sesiapa yang berminat nak direview camni jum terjah sini:

Read On

Bloggers Chat Room Penghubung Sesama Blogger

16 January 2011
Assalamualaikum.

Pakcik/makcik, tun/puan, dato'/datin, anak sedara/bukan anak sedara, skandal/bukan skandal, meh sini rapat2 aku nak bagi info terbaru tentang blogger chatroom ni. Okay dengan rasminya sekarang aku dah tak guna dah shoutbox. So dengan ini aku akan menggunakan meebo chatroom sebagai alternatif lain untuk berhubung sesama blogger.





Oleh yang demikian, aku nak suggestkan korang untuk memasang benda yang sama ni di setiap blog korang agar kita semua dapat bersatu padu untuk mengeratkan silaturrahim antara kita. boleh?? 


Apa yang bagusnya meebo chatroom ni??
  • Boleh mengurangkan spam
  • berchat sesama blogger dari blog masing2
  • Boleh tahu blogger yang tengah online kat blog masing2.
  • Link url blog masih boleh dipromote kat situ..
  • Boleh private mesej/p2p antara dua blogger..

Adakah point tu tak cukup lagi membuktikan benda ni sangat berguna? para hadirin yang saya hormati sekalian. tidak payah la bersusah payah anda semua untuk pergi register ke sana ke mari lagi. Just copy je embed chatroom yang ada. Warna chatroom tidak boleh ditukar dan telah rasminya menggunakan warna kelabu . 

Hanya size saja yang boleh ditukar mengikut kadar size sidebar masing2. chatroom ni di monitor oleh Jejaka Terhangat. Dan setakat ini ada beberapa  blog yang dah embedded benda ni iaitu Jejaka TerhangatPrincess SunshineKak DianaCerita SekupangSembil9nTieka Nadira dan ramai lagi. 


Jadi mari la meramaikan majlis ye,  Kalau ada sesiapa yang tak paham boleh la tanya.. Sorry ayat skema. malas nak pikir banyak.. huhu

regard.
Fariq.

----------------------------------------------------------------

Entri diplagiat sepenuhnya kat sini - FariqScorpio.com

Komen utk entri ni aku OFF. So, kalau korang berminat, nak tanya apa-apa pasal Blogger Chat Room. Atau nak update nama korang lepas dah letakkan Blogger Chat Room tu kat blog korang. Sila terjah sini:

Read On

Nafsu Abang Ipar Miang | Apa Kata Jejaka Terhangat?

20 comments
Tajuk Berita: Nafsu Abang Ipar Miang.

Sumber: Harian Metrosexual (macam biasa ler).


Ringkasan berita:

Berita mengenai abang ipar yang "geram" dengan adik ipar dia. Dia berusaha menggoda adik ipar dia masa isteri dia pergi bekerja. Sampailah kemuncak, si abang ipar dah geram sangat, dia cuba utk merogol adik iparnya tu..


Ulasan Jejaka Terhangat:

Astaghfirullahalazim (istighfar dulu ye semua). Dalam kes ni nak salahkakn sapa? Abang ipar yang tak tahan? Atau salah adik ipar sebab tak report kat akak dia?

Benda macam ni sampai bila2 pun akan berulang. Patutnya manusia ni amik iktibar daripada kejadian2 lepas. Abang ipar dan adik ipar jangan dicampurkan sekali dalam satu rumah..

Dalam Islam, abang dan adik ipar (perempuan) haram bersentuh kulit. Tak boleh bersalaman. Aurat jugak kena jaga betul-betul. Aurat dengan abang ipar sama macam dengan lelaki ajnabi (yang boleh kawen). Takkan tak tau kot?

Tapi orang kita sekarang ada kisah pasal benda ni? Aurat ke tak, abang ipar diangap sama seperti abang kandung pulak. Salam tanpa lapik pon selamber je..

Untuk makluman ye, abang ipar boleh kawen dengan adik ipar selepas lelaki tu bercerai dengan isterinya. Sebab tu la abang dan adik ipar jangan disekalikan dalam sebuah rumah. Ngerti semua?

Mana yang Islam tetapkan, mesti ada sebabnya. Jangan salahkan sesiapa. Salahkakn diri sendiri sebab terus-menerus membiarkan diri dalam keadaan jahil. Sekian..


Nafsu abang ipar miang:

KUALA LUMPUR: Seorang abang ipar yang ‘geram’ melihat adik iparnya yang tinggal bersama sejak enam bulan lalu mengambil kesempatan mahu merogol gadis berkenaan ketika isterinya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Lelaki hidung belang berusia lewat 30-an itu dikatakan sudah banyak kali menggoda adik iparnya yang berusia 27 tahun itu termasuk berbogel di depannya, namun usaha itu tidak berjaya.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi di sebuah flat di Cheras di sini, mangsa bernasib baik daripada dirogol abang iparnya itu selepas melarikan diri sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Menurut sumber, cubaan merogol itu adalah pertama kali berlaku kepada mangsa, namun sebelum ini, suspek dikatakan berusaha untuk memikat adik iparnya itu.

“Pelbagai cara digunakan suspek untuk memikat mangsa, antaranya menunjukkan isyarat lucah termasuk berbogel dalam rumah setiap kali isterinya keluar bekerja.

“Mangsa yang bekerja di sebuah kilang berhampiran kawasan berkenaan pada mulanya tidak mempedulikan perbuatan abang iparnya itu dan cuba mengelak daripada bertembung dengan mengurungkan diri dalam bilik setiap kali kakaknya tiada di rumah.

“Bagaimanapun, suspek akan bertindak lebih agresif termasuk cuba memeluk dan mencium mangsa menyebabkan mangsa takut,” katanya.

Difahamkan, mangsa merahsiakan sikap miang abang iparnya itu daripada pengetahuan kakaknya bertujuan menjaga perasaan dan hubungan mereka.

Sumber berkata, sikap kakaknya yang terlalu mempercayai suaminya itu dan sering bercerita mengenai kebaikan suami kepada mangsa menyebabkan wanita berkenaan tidak sampai hati untuk mendedahkan penderitaan sedang ditanggungnya akibat sikap miang abang iparnya itu.

“Namun, dalam kejadian terbaru itu, mangsa tidak dapat menahan perasaan marah apabila suspek cuba merogolnya, tetapi berjaya melarikan diri,” katanya.

Berikutan itu, mangsa yang ditemani rakannya bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk membuat laporan..

Difahamkan, suspek ditahan Rabu lalu kira-kira jam 11 malam berhampiran kawasan rumahnya dan kini sedang direman lima hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


Rujuk sini: HARAM BERSENTUHAN DAN BATAL WUDHU
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...