Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat (Jawapan Soalan 6).

10 comments 31 December 2010
1st of all aku nak buat pembetulan utk pemenang soalan 5 yg lepas. Rupa2nya A.D.A.M bukanlah seorang lelaki. Tapi perempuan. Wakaka, tertipu sebentar bersama kit kat plak aku. Maksudnya utk segmen ni masih tiada pemenang lelaki. Uwaa, sedih..

Macam mana pulak utk soalan 6. Siapakah pemenangnya. Jom kita terjahh..!!!

Soalan 6:

Apakah maksud "ohayo"?

A. Selamat sejahtera
B. Selamat malam
C. Selamat petang
D. Selamat pagi

Ohayo maksudnya selamat pagi. Dan, pemenangnya ialah cik mOoN. Waahh, pantas sungguh menjawab yek. Tahniah diucapkan untuk anda. Ngehh..


cik mOoN aka Munirah

Ehemm.. Dengan ini berakhirlah Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat bagi musim satu. 6 Soalan je untuk kali ni. Dan tahniah lagi sekali diucapkan kepada semua pemenang.

Kalo ada umur yg panjang, jumpa lagi kat musim yg akan datang yek. Thanks for your support guys..=).


Edited:

Di kesempatan ni, Jejaka Terhangat nak ucapkan:

Selamat Tahun Baru 2011

kepada semua. Teruskan menghangatkan diri anda yek. Ngehh..
Read On

Drama Pecah Panggung: Ceritera Couple Budak Sekolah..

48 comments
Drama Lagenda Budak Setan kita letak tepi dulu ek. Sekali lagi JT Brilliant Production mempersembahkan slot drama pecah panggung baru yg bertajuk, "Ceritera Couple Budak Sekolah". Jum kita layan..


Play OST drama ceritera ini..

Mak saya selalu pesan, blaja rajin-rajin sampai pandai. Jangan nak berkapel macam orang lain. Saya dengar nasihat mak. Saya anak yang baik..


Tapi kehadiran awak telah merubah segalanya. Walaupun awak kelas paling curut, tapi kecantikan dan keayuan awak selalu jadi perhatian saya.


Kadang-kadang saya gunakan alasan nak ke tandas untuk lalu sebelah kelas awak. Saya tau, awak perasan yg saya selalu curi-curi pandang awak kan?


Saya dengar cerita daripada kawan kelas awak yg awak suka lelaki macho. Tak suka budak skema macam saya. Hampa hati saya dengar penyataan awak tu tau..


Saya ketepikan segala kesedihan. Saya cuba beranikan diri untuk bercakap dengan awak. Tapi awak kejam, awak tampar saya sebelum saya sempat cakap apa-apa..


Awak marah saya kuat-kuat. Awak suruh saya cermin diri dulu sebelum cuba nak ngorat awak. Awak kata awak alergik dgn budak skema cam saya.


Saya tersentak. Awak tau tak, 3 hari 8 malam saya terpaku lepas dengar awak cakap camtu. Saya tak sangka awak akan marah saya macam beruk betina hilang anak.


Masa tu baru saya sedar. Kalau kapel dengan awak pon mesti hari-hari saya kena maki camtu. Saya pon terus amik buku dan study utk exam esok. Lagi paedah.


Pagi esok tu saya nampak awak kat pintu pagar sekolah. Penjaga pagar exam kata awak tak boleh masuk sebab takde slip exam. Masa tu awak menangis teresak-esak sebab slip awak hilang.


Saya terus masuk dalam sekolah tanpa pedulikan awak. Sambil senyum sinis saya kata dalam hati:
"Semalam aku belum sempat bagitau slip exam kau jatuh, kau terus tampar aku. Sekarang, padan muka sama kau. Kehkeh"


~TaMMaT~




PELAKON:
Sekema Boy - beruk jantan.
Perasan Gurl - beruk betina.

PENGARAH:
Jejaka Terhangat.

TERBITAN:
JT Brilliant Sdn Bhd.


Pengajaran:

Masa sekolah better focus kat belajar je ye adik-adik semua. Say no to couple. Orait? =)


Jom TERJAHH drama lain terbitan JT Brilliant Sdn. Bhd:

1. Drama Lagenda Budak Setan Versi Jejaka Terhangat.
2. Drama Lagenda Budak Setan Version 2.0 by Jejaka Terhangat.
Read On

Oh Blog Sembang Kosong, Hentikanlah Plagiat Anda Tu..

67 comments 30 December 2010
Nama blog ni Jejaka Terhangat. Tapi aku takla sehangat macam Ju-On yg dok maki2 ko. Aku tegur cara berhemah. Tapi ko taknak dengar. So, terima la entri ni ye encik sembang kosong..

Ramai yg maki Ju-On, kata kalau nak tegur tu boleh. Tapi biar guna bahasa elok kan? Ok, oleh tu biar aku yg tegur, dan menggunakan bahasa yg paling berhemah sekali..

Al-Kisah Kaki Plagiat..

Oh, encik sembang kosong. Masa aku post pasal plagiat dan Ju-On aritu. Ko kata, kalo tak suka jangan masuk blog ko kan? Sebab ko banyak penyokong. So, ko akan teruskan aktiviti plagiat ko..




So, aku pon expect kalo ko tak bagi aku masuk blog ko. Ko pon tak masuk blog aku jugak kan. Tapi apekah ni, boleh jelaskan?




Ko masuk blog aku jugak ke? Kenapa urlcut.com? Biasanya yg guna domain camtu kaki spammer je. Adakah ko guna software untuk spam kat chatbox2 tanpa masuk blog kami?

Mungkin sebab tu gak ko tak perasan yg ko dah terspam kat blog yg ko tak nak masuk ni? Ni bukan tuduhan, tp soalan. Sila la jawab ye. Kenapa urlcut?


Plagiat Entri Jejaka Terhangat..

Cara ko blogwalking tu jujur atau tak, aku bukan kisah sangat. Tapi sekarang, yg ni entri aku. Nape tanpa segan silu ko kopi pes masuk blog ko?










Aku tau la, bukan best sangat pon lawak aku tu. Tapi aku amik masa dekat setengah jam gak nak taip natang tu. Ko just tekan "ctrl+c", "ctrl+v" pastu letak gmbar hujan. Tak sampai 1 minit siap. Siapa yg tak puas hati kan? Kot ye pon mention la sket nama aku..

Jangan plak bagi alasan ko tak tau tu entri aku. Pasal tak sampai seminggu ko datang blog ni pastu bagitau jangan masuk blog ko lagi kan..

Aku  tau ko suka sangat ngn trafik kan? So, jangan risau. Sebab entri ni banyak dah aku buat backlink ke blog ko..


Kesalan Jejaka Terhangat..

Maaf mengatakan. Sebelum ni aku DAH PERNAH TEGUR dia hentikan plagiat. Teguran cara baik. Jangan cakap aku tak pernah slow talk ngn dia plak. Oleh sebab dia degil, malah cabar aku lagi dengan copy paste entri aku. Maka, tercipta la post ni..

Apa yg sangat aku harapkan, kita semua jangan la sokong blog-blog plagiat ni. Boikot je. Harini mungkin blog aku kena. Esok-esok blog korang pulak kena camne?

Adakah korang masih sokong aktiviti plagiat, sokong blog copy paste? Kalau masih nak sokong. Aku pon tak bleh nak kata ape dah. Dipersilakanlah..


Jejaka Terhangat Tak Sokong Plagiat. Sekian..


Okey updated:


Thanks to Fariq dan SayaAnonymous..
Read On

Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat (Soalan 6).

25 comments
Alops gengs hangat semua. Kembali lagi kita kat segmen Clever Edisi Terhangat. Ingat lagi tak Soalan ke 5 semalam?

Soalan 5: (klik sini)

Kenapa kapal terbang boleh terbang?

A. Tekanan atas sayap lebih tinggi daripada bawah sayap.
B. Tekanan atas sayap lebih rendah daripada bawah sayap.
C. Tekanan atas sayap lebih stabil daripada atas sayap.
D. Tekanan atas dan bawah sayap mencapai tahap keseimbangan yang sama.

Jawapan yg betol ialah B. Ehemm, dengan bangganya Jejaka Terhangat umumkan. Buat pertama kalinya, pemenang bagi Soalan 5, ialah lelaki. Dan beliau ialah A.D.A.M.

A.D.A.M. (bukan wajah sebenar)

Tahniah yek. Blog A.D.A.M (Mimpi yang indah) dah diletakkan kat bloglist "Mereka Terer Jawab Kuiz". Kepada yang lain, teruskan menjawab. Lepas ni mungkin giliran anda pulak..=)

Korang masih panas? Jom kita teruskan soalan seterusnya...

Soalan 6:

Apakah maksud "ohayo"?

A. Selamat sejahtera
B. Selamat malam
C. Selamat petang
D. Selamat pagi

Ho, ho.. Berbahasa jepon sebentar kita. Jawab cepat. Ingat yek, peneka yg jawab betul dan terpantas akan diambil sebagai pemenang. Gambate kudasai minna-san..=p

Jawapan dan pemenang akan diumumkan esok. Pastikan anda teruskan bersama segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat..=)


p/s: Bagi jawapan kat komen bawah ni je. Tak payah buat entri.
Read On

Aik, Menang Bola Pon Dapat Cuti Umum..?

23 comments
PENGUMUMAN:

Esok, hari jumaat 31 Disember 2010 diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Malaysia.

Wahaha, aku tak tau nak suka ke nak pelik. Menang bola Piala Suzuki pon bleh dapat cuti umum. Apa-apa je la kan. Yang penting, tahniah kepada Malaysia kerana menjuarai piala tersebut buat pertama kalinya..

*walaupun ku sedikit kuciwa semalam kalah 2-1 di tangan Indonesia.=(

Mungkin skuad negara risau tak dapat balik Malaysia kot. Tu pasal kasi Indonesia menang semalam. Wakaka..




Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA
Read On

Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat (Soalan 5).

17 comments 29 December 2010
Seperti yg dijanji, Soalan ke 5 kluar malam ni. Sebelum tu moh kita usha dulu jawapan dan pemenang bagi Soalan 4:

Soalan 4: (klik sini)

Antara berikut yang manakah susunan warna pelangi yang betul?

A. Ungu, hijau, biru, oren
B. Ungu, hijau, kuning, merah
C. Hijau, biru, merah, kuning
D. Indigo, oren, hijau, merah

Ingat lagi tak cikgu ajar cara nak ingat kaler pelangi?

"Michael Jackson Kena Halau Balik India Utara.."

Susun dari belakang, jadila jawapannya B. Ngehh..

Pemenang kita pada kali ni pon seorang gadis. Jom ramai2 kita ucap TAHNIAH kepada cik Wani kerana telah menjawab dengan tepat dan pantas. Hangat, memang Hangat..!!


Inilah dia cik Wani kita..=p

Blog cik Wani pun dah diletakkan kat bloglist "Mereka Terer Jawab Kuiz". Korang bila lagi? Hehe.. Oh, lelaki. Di manakah anda..?

Kenapa Perlu Join Segmen Ini (Klik Sini)..

Jom kita hangatkan lagi segmen ni dengan Soalan 5 pulak..

Soalan 5:

Kenapa kapal terbang boleh terbang?

A. Tekanan atas sayap lebih tinggi daripada bawah sayap.
B. Tekanan atas sayap lebih rendah daripada bawah sayap.
C. Tekanan atas sayap lebih stabil daripada atas sayap.
D. Tekanan atas dan bawah sayap mencapai tahap keseimbangan yang sama.


Tips: Google dulu, kalo tak dapat gak hentam jek. Yang penting jawapan tu betul dan paling cepat. Ngehh..

Macam biasa, jawapan dan pemenang akan diumumkan esok kat Soalan 6. Teruskan bersama segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat..=)

p/s: Bagi jawapan kat komen bawah ni je. Tak payah buat entri.
Read On

Kenapa Perlu Jadi Diri Sendiri?

30 comments


Kita selalu dengar orang kata, "jadilah diri sendiri". "Jangan hipokrit, tunjukkan diri anda yg sebenar". Korang semua pon mesti ramai pegang konsep camtu kan?

So, ni soalan Jejaka Terhangat untuk bukak sket minda pemikiran korang..


1. Kenapa perlu jadi diri sendiri kalau diri sendiri tu pemalas? 

Kenapa tak jadi macam orang lain yg lebih rajin buat kerja?


2. Kenapa perlu jadi diri sendiri kalau diri sendiri tu taknak tutup aurat? 

Kenapa tak jadi macam orang lain yg tutup aurat, ikut perintah agama?


3. Kenapa perlu jadi diri sendiri bila diri sendiri suka menipu? 

Kenapa tak jadi macam orang lain yg susah bercakap bohong?


4. Kenapa perlu jadi diri sendiri kalau diri sendiri tu suka cepat marah?

Kenapa tak jadi macam orang lain yg lebih sabar dan tak suka maki hamun?


Soalan Bonus:

Kenapa korang marah Azwan Ismail bila dia "jadi diri sendiri" dan ngaku diri dia tu GAY?


Asyik-asyik jadi diri sendiri. Ate diri sendiri tu dah bagus sangat ke sampai taknak jadi yg lebih baik macam orang lain..

Aku tak tau siapa yg mulakan quote "jadi diri sendiri" tu, dan jadi ikutan ramai. Tapi yang pasti quote tu tak berapa sesuai utk digunapakai kat kebanyakan situasi..

Sebaiknya, tukar quote tu jadi camni..

"Kenali kelemahan diri, dan berubah jadi lebih baik"


p/s: Jangan jadikan alasan "jadi diri sendiri" untuk biarkan diri kita terus dalam keadaan jahil..
Read On

Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat (Soalan 4).

22 comments
Fuuhh, hangat. Memang hangatt!! Ramai yg jawab betol. Soalan 3 tu senang sangat ke ek? Hehe..

Soalan 3: (klik sini)

Apakah nama planet yg jaraknya ke 5 terdekat dari matahari dalam sistem suria?

A. Marikh
B. Bumi
C. Musytari
D. Zuhal

Jawapannya C. Err, sekali lagi cik ConFuSeMe jadi orang terpantas yg betol. Haish, kompius2 pon terer dia ni. Tipu je nama confuse ek. Haha..

Tapi disebabkan cik ConFuse dah menang semalam, kita bagi kat orang ke 2 pantas ye. Dan pemenang kali ni adalah ::Miss Pikon::. Tepuk2, tahniah kepada beliau..



Promote sket gambar pemenang. Ngehh..

Blog cik ::Miss Pikon:: pun dah diletakkan kat bloglist "Mereka Terer Jawab Kuiz". Adakah lepas ni mungkin giliran anda pulak? =)

Kenapa Perlu Join Segmen Ini (Klik Sini)..

Perghh, excited ni. Soalan ke 4 plak please..!!!

Soalan 4:

Antara berikut yang manakah susunan warna pelangi yang betul?

A. Ungu, hijau, biru, oren
B. Ungu, hijau, kuning, merah
C. Hijau, biru, merah, kuning
D. Indigo, oren, hijau, merah

Kalo tak reti taram je la ek. Kehkeh..


Psstt!!!!

Jawapan dan pemenang akan diumumkan kat Soalan 5 MALAM NI. Jangan bagitau orang laen. Ngehh..


p/s: Bagi jawapan kat komen bawah ni je. Tak payah buat entri.
Read On

Dapatkan Antivirus Kaspersky Internet Security 2011 Dengan Harga Yang Murah SEKARANG...!!

9 comments 28 December 2010
Komputer korang dah ada antivirus blom? Sebelum ni aku ada buat post tentang, apa yg boleh buatkan komputer korang lembab. Virus adalah salah satunya..

So,untuk entri kali ni Jejaka Terhangat nak promote kat korang Antivirus Kaspersky Internet Security 2011 dengan harga yg murah. Promosi akhir tahun. Diedar oleh YieKas..




Bro JT, camne kira?

JT: Ada 2 pakej: 1 user RM35 setahun, dan 3 user RM60 hinggit je setahun..




Pergh, giler murah. Camne nak order ni?

JT: Untuk maklumat lanjut dan soalan, korang TERJAHH kat sini.



Err, bleh pecaya ke beli online ni?

Don't worri la. Aku kenal seller tu. Memang trusted seller. Dijamin oleh Jejaka Terhangat. Orait..!! =)


So, korang tunggu apa lagi. Original tu, versi Internet Security, Kaspersky lagi tu. Top 10 Antivirus. Dan paling penting, ianya MURAH..!!
Read On

Pandai Bagi Nasihat, Tapi Kecundang Bila Alaminya Sendiri..

26 comments

Korang pernah kenal sesiapa yg hebat bagi nasihat masa kawan dia ada masalah? Tapi bila alaminya sendiri dia kecundang plak. Frust menonggeng. Errkk korang sendiri pon camtu ke? Hehe takpe. Teruskan baca slot bawah ni:


Bila kawan hadapi masalah:

"Eh, kau tak bleh camni Timah. Kau kena kuatkan semangat. Biasa la jantan %^#$% macam dia tu, mana pernah setia. Kau tak boleh nangis. Jangan tunjuk kat dia yg kau tu lemah. Takpe2, esok biar aku kasi dia flying kick untuk ko ek.."


Bila diri sendiri hadapi masalah:

"Uwaaa, dia curang kat aku la Timah. Apa aku nak buat ni. Aku sayang dia sangat sepenuh hati aku. Uwaaa, aku rasa dah kiamat la dunia aku ni Timah. Biar aku terjun KLCC je la camni. Huhu, uwaaaaa.. (sambil ambik tisu dari kotak tisu ke 18)"


Rasanya ramai yg camni kan. Pandai bagi nasihat. Konon2 dia lah paling pakar dalam bab motivasi, percintaan. Tapi bila hadapinya sendiri baru dia tau langit tu tinggi ke rendah..

Point Jejaka Terhangat ialah, korang bukan tak tau apa nak buat kalau hadapi satu masalah tu. Cuma bawak bertenang dan lebihkan bersabar. Mesti korang akan jumpa jalan keluar..

Turn to Allah, InsyaAllah, you'll find your way..=)
Read On

Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat (Soalan 3).

29 comments
Wowow, ramainye bijak2 yg jawab betol utk Soalan 2 yg lepas.

Soalan 2 (Klik Sini):

Antara kumpulan darah berikut, yang manakah yang paling ramai dimiliki oleh manusia?

1. Kumpulan darah O
2. Kumpulan darah A
3. Kumpulan darah B
4. Kumpulan darah AB

Jawapannya no. 1, kumpulan darah O. Dan siapakah yang menjawab dengan betol dan paling pantas? Ye, dialah cik cOnfuSeME. Tahniah diucapkan kepada beliau. Confius2 pon laju gak dia jawab ek. Haha..

Blog cik confuSeMe pun dah diletakkan kat bloglist "Mereka Terer Jawab Kuiz". Adakah lepas ni mungkin giliran anda pulak? =)

Kenapa Perlu Join Segmen Ini (Klik Sini)..

Ok, soalan ke 3 pulak. Jeng jengg...

Soalan 3:

Apakah nama planet yg jaraknya ke 5 terdekat dari matahari dalam sistem suria?

A. Marikh
B. Bumi
C. Musytari
D. Zuhal

Cepat-cepat google.com..

Macam biasa, jawapan dan pemenang akan diumumkan esok kat Soalan 4. Nantikan ye..

p/s: Bagi jawapan kat komen bawah ni je. Tak payah buat entri.
Read On

4 Ciri-Ciri Blogger Tak Bermoral (Wajib Baca)

59 comments 27 December 2010


Setelah beberapa ketika Jejaka Terhangat bergelumang dalam dunia blogger ni, macam-macam karenah blogger yang aku jumpa. Tapi yang paling susah nak terima, blogger yang tak bermoral dan takde etika..

4 ciri-ciri blogger tak bermoral:

1. Blogger kaki plagiat.

Hasil kerja orang lain semua dia copy paste masuk blog tanpa kredit kepada blog asal. Tak rasa bersalah pulak tu. Kalo amik dan olah guna ayat sendiri takpe la lagi..


2. Blogger kaki carut.

Kat entri, kat komen asyik carut je kerja. Agaknya kecik2 dulu tak pernah merasa kena cili mulut kot..


3. Indirect blogwalking guna software.

Maksudnya kat sini, dia blogwalking guna software auto post kat shoutbox. Tak payah masuk blog orang lain pon bleh tinggal jejak..


4. Blogger kaki lucah.

Blogger camni aku anti sangat. Suka sangat share bahan lucah, gambar perempuan seksi, macam2 lagi benda seks. semata-mata nak dapatkan traffic. What a low life..


Semoga kita dijauhkan daripada sifat2 camni. Selamat berblogging semua..


Majulah Blogwalking Untuk Negara, by Suffer8Zine.
Read On

Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat (Soalan 2).

29 comments
Yeay, pemenang untuk Soalan 1 dah ada. Jom kita recap balik soalannya:

Soalan 1:

Jumlah gigi orang dewasa ialah 32 buah. Berapakah jumlah gigi pada rahang atas dan rahang bawah seorang dewasa normal?

A. 18 rahang atas, 14 rahang bawah.
B. 17 rahang atas, 15 rahang bawah.
C. 18 rahang bawah, 14 rahang atas.
D. 16 rahang bawah, 16 rahang atas.

Jawapannya D. Ramai yg jawab betul. Tapi peneka yg jawab betul dan paling cepat ialah cik blogger berkaca mata. Yeay, tahniah diucapkan kepada beliau..

Blog cik blogger kacamata dah diletakkan kat bloglist "Mereka Terer Jawab Kuiz". Adakah lepas ni mungkin giliran korang plak? Ngehh..

Kenapa Perlu Join Segmen Ini (Klik Sini)..

Ok, kita teruskan dengan soalan ke 2..

Soalan 2:

Antara kumpulan darah berikut, yang manakah yang paling ramai dimiliki oleh manusia?

1. Kumpulan darah O
2. Kumpulan darah A
3. Kumpulan darah B
4. Kumpulan darah AB


Tips: Tanya orang sekeliling korang, paling ramai kumpulan darah ape. Hehe.. Google pon buleh.

Jawab cepat yek.. Gud Luck..=)

p/s: Bagi jawapan kat komen bawah ni je. Tak payah buat entri.
Read On

26 Disember, Hari Memperingati Tsunami..

14 comments 26 December 2010
Korang ingat lagi tak bencana tsunami 2004. Tempat paling teruk terjejas sebab bencana ni adalah Aceh, Indonesia. Dan harini genaplah 6 tahun bencana alam tersebut menghantui kita..

Oleh tu, untuk entri kali ni, Jejaka Terhangat nak mengajak anda semua. Sama-sama kita memperingati musibah yg melanda dunia 6 tahun lepas. Dan sama-sama kita ambil iktibar dan insafi diri daripada kejadian tsunami tersebut..


Play lagu untuk mood insafi diri..


Opick - Bila Waktu Telah Berakhir


Tsunami 26 Disember 2004, 9 Skala Richter..


Ombak besar yg meragut banyak nyawa..


Bumi ditenggelamkan dengan dahsyatnya..


Semuanya hancur musnah dipukul bencana..



Mayat bergelimpangan tak terkira banyaknya..


Tidak pernah kita jangka..


Bandar semegah termusnah juga..


Tenat bergelumang menyambung nyawa..


Panggilan Ilahi kian terasa..


Si anak tercinta kini sudah tiada..


Adakah semua ini dapat kita lupa?


Terdapat mukjizat di sebalik bencana..


Inilah petunjuk dari Yang Kuasa..









Semoga Malaysia dijauhkan daripada bencana alam yg dahsyat ni. Amin..


Slideshow oleh: Jejaka Terhangat.

Ihsan gambar: Google.com
Read On

Luahan Hati: Kenapa Si Dia Cepat Berubah..?

25 comments
Luahan perasaan si gadis:

Salam abg Jejaka Terhangat,

Adik ada masalah dengan si A. Adik sayang sangat kat dia. Dah 2 bulan kitorang kapel. Dulu dia baik je dgn adik. Cakap pun lembut je. Cair hati adik dengar suara dia tau. Tapi, sekarang ni dia dah lain la abg JT..

Dia suka marah-marah adik. Adik kata 2 tambah 2 jawapannya 4. Tapi dia marah adik sebab degil. Dia kata jawapannya 10. Sekarang hubungan kami dah retak. Apa yg perlu adik buat ni? Kenapa dia cepat berubah. Adik buntu ni. Tolong adik k..

(Gadis kuciwa, 15 tahun - ampang)


Jawapan Jejaka Terhangat:

Eh, adik tak boleh salam abg JT, haram. Tapi abg JT boleh bagi pendapat kat masalah adik ni. Masalah paling utama adalah adik terlalu gatal nak bercinta di usia muda. Kot ye pon abiskan la sekolah dulu..

Si dia cepat berubah ek? Meh sini abg JT terangkan. Sebenarnya manusia tak mudah untuk berubah. Memang sejak azali sifat dia macam tu, pemarah. Tapi biasala lelaki. Masa awal-awal kenal pijak bakteria pon tak mati. Bila dah lama kenal baru nak tunjuk perangai sebenar, mengalahkan iblis lakhnatullah..

Maksudnya sekarang, adalah salah adik sendiri sebab tak kenal dia betul-betul sebelum sayang kat dia. Setakat kenal 2-3 bulan dah kapel, adik bukan tau hati budi dia yg sebenar macam mana..

So, solusi utk masalah adik ni. Adik bawak kalkulator saintifik dan tekan 2+2 kat depan dia. Kalkulator takkan menipu kan. Selesai sudah masalah adik..=)


p/s: Kenali hati budi seseorang tu betul-betul sebelum terima dia sbg kekasih hati. Baik lelaki dan perempuan. Sama jek..
Read On

Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat (Soalan 1).

23 comments
Idea Asal - Clever Edisi Malaysia (TVIQ)

Jejaka Terhangat ada offer untuk korang semua. Aku dah buat satu bloglist baru kat bawah shoutmix blog ni, "Mereka Terer Jawab Kuiz". Berminat nak masuk kat bloglist tu tak?




Caranya senang je, untuk segmen ni aku akan bagi soalan kuiz objektif "general knowledge" dan ada 4 pilihan jawapan. Soalan senang je. Korang boleh google untuk dapatkan jawapan. Sorang boleh teka sekali je bagi setiap soalan. Jawab di komen bawah ni..

Peneka paling cepat dan betul akan dikira sebagai pemenang. Dan link blog dia akan diletakkan kat bloglist "Mereka Terer Jawab Kuiz"..

Buat masa ni, aku buka segmen ni sehari sekali. Bermaksud, setiap hari ada sorang pemenang. Bermula hari ini. So, gudluck la ye..=)


Apa Yang Best Sangat Masuk Bloglist Jejaka Terhangat Ni?

Trafik harian blog Jejaka Terhangat mencecah 500 UV sehari. So, kalau blog korang ada kat bloglist aku, bleh la dapat backlink free. Ok la tu kan..=)




Semua dah paham kan? Ok, kita mulakan dengan soalan pertama..

Soalan 1:

Jumlah gigi orang dewasa ialah 32 buah. Berapakah jumlah gigi pada rahang atas dan rahang bawah seorang dewasa normal?

A. 18 rahang atas, 14 rahang bawah.
B. 17 rahang atas, 15 rahang bawah.
C. 18 rahang bawah, 14 rahang atas.
D. 16 rahang bawah, 16 rahang atas.


Sila mula menjawab sekarang. Jawapan dan pemenang akan diberitahu kat soalan ke 2 esok. Ngehh..
Read On

Betul Ke Cik Ju-On Kurang Ajar..?

79 comments 25 December 2010
Perghh, panas.!! Fenomena cik Ju-On mengganas kat dunia blog. Abis semua orang kena maki hamun. Korang tau? Kalau tak tau meh Jejaka Terhangat story sket. Ceritanya bermula camni.

Pada suatu hari, cik Ju-On datang terjah blog Sembang Kosong. Pastu dia drop komen kontroversi yang berbunyi camni:




Pastu tuan blog dan blogger lain pon counter balik komen Ju-On tu. Mereka berbalas tembakan sampai bahasa caci-maki, carutan semua Ju-On keluarkan..




Pastu isu jadi semakin hangat. Ju-On dianggap sebagai penjahat sebab "jari takde insurans". Semua blogger pon serang dan komen kat blog Kuasa Ju-On.



Baru 1 entri dapat 100 komen? Perghh..!!


- TAMMAT -


So, persoalannya kat sini. Betul ke cik Ju-On tu kurang ajar? Korang sokong ke tak Ju-On yg berjari celupar tu?


Jejaka Terhangat points of view:

Asal isu ni terjadi sebab cik Ju-On tegur blog Sembang Kosong yg dok plagiat, copy paste artikel lawak masuk blog dia..

Seperti yg korang semua tau, blog tu menghimpunkan koleksi lawak dari forum-forum, pastu copy paste masuk blog tanpa dikreditkan kepada sape2..

Alasan tuan blog, sebab tak tau sape punya artikel tu. Dia kata "Kalau korang punya, bagitau la dia. Boleh dia removekan artikel tu". SENANG je kan?

Blog tu dapat hit tinggi, dan follower pon beriban. Sebagai blogger biasa yg dok perah otak hari2 nak tulis "genuine article" mesti akan terasa tercabar..


Mungkin teguran Ju-On sangat kasar.. Tapi perjuangan dia nak perangi plagiat aku rasa tak boleh dipertikaikan. Korang galakkan ke plagiat ni?

Lagi satu, kalo kita tengok kat komen blog Ju-On tu, ramai blogger pon 2 x 5 pergi mencarut balik kat dia. Masing-masing nak tunjuk HERO..

Hello..!! Si Ju-On tu maki hamun sebab perjuangkan anti-plagiat. Korang maki hamun dia sebab dia maki hamun orang lain? Tak ke loser namenya?


Fenomena Copy Paste Forum:

Korang tau tak kenapa kalo copy paste dari forum tak tau siapa penulis asal dia? Jawapannya, sebab forumer copy artikel dari blog, pastu paste kat forum tanpa kredit kepada tuan punya blog..

Dan korang pon amik letak masuk kat entri korang. Tu la plagiat tak langsung namanya. Kalau amik dari newspaper online kita tau la jugak sumbernya dari mana. Tu lain ceritanya..

Jujur aku kata, dulu aku pernah gak terpikir nak copy artikel kat forum kalo dah blank idea sangat. Tapi sebabkan faktor moral dan etika punya pasal. Aku lupakan hasrat tu.

Setakat nak copy 100 artikel lawak dlm masa sejam. Senang je nak buat. Korang terjah je syok.org, carigold, cari forum, forum lowyat.net. Belambak kat situ..


Konklusi:

Entri ni bukan dibuat sebab aku sokong cik Ju-On yg dok mencarut2 tu. Tapi aku sokong perjuangan dia perangi plagiat kat internet ni. Aku lebih respek kat blogger yg takde follower, takde trafik tapi berusaha menulis entri dengan ideanya sendiri...


Jejaka Terhangat Tak Sokong Plagiat. Sekian..
Read On

BloG Aku, Suka Hati Aku La..!!

25 comments 24 December 2010
Blogger Gurlz: Err mat, macam mana nak tarik orang masuk ke blog kita ek? Kesian aku, trafik takde la tinggi pon. Follower pon ciput je. Camne ek? Huhu..

Blogger Guyz: Hm, biasanya kalau nak trafik tinggi, blog pon kena berkualiti. Kena tulis yg best-best, baru ramai orang datang blog kita.

Blogger Gurlz: Oo, camtu ek. Kualiti blog tu camne plak?

Blogger Guyz: Yang ni payah nak terangkan. aku just bleh kata, entri kita kena penuh pengisian. Katakan nak ulas isu semasa, kena la sertakan pendapat peribadi yg bernas. Baru orang suka baca.

Blogger Gurlz: Hm, tapi aku lagi suka tulis blog catatan harian aku. Ala, macam diari tu..

Blogger Guyz: Eh, tak boleh camtu. Nanti kalau selalu sangat camtu, pembaca jadi bosan tau.

Blogger Gurlz: Nape tak boleh plak. Blog aku, suka hati aku la nak tulis ape kan?

Blogger Guyz: Errr, iyo lah makcik...

................................................................................................................

Ha, situasi kat atas tu la yg dinamakan, "blog aku, suka hati aku la". Bila trafik blog orang lain tinggi, dia jeles, nak trafik tinggi jugak. Tapi still tak nak ubah cara penyampaian blog dia..

Kalau nak pembaca datang blog kita, kita kena ikut kehendak diorang. Bukan ikut suka hati sendiri. Memang tak dinafikan, nak menulis blog ni kena syncronize dgn keselesaan diri..

Tapi kalau tulis blog just untuk suka,-suka, rasanya tak payah la terlalu mengharapkan blog meletop macam blogger otai yg lain..

Sebab tu semalam aku ada baca entri oleh Ben Ashaari: Jangan mengarut kalau takde idea.. Maksudnya, kalau dah buntu sangat pon, jangan merapu kat blog. Sebab ianya boleh jatuhkan kualiti blog kita..


Nasihat Jejaka Terhangat:

Menulis blog ni kena ada target, matlamat dan strategi. Utamakan kualiti, just matter of time, populariti tu pon akan datang dengan sendiri..=)


Baca kat sini sedikit tips nak tingkatkan kualiti blog:
ENTRI BERKUALITI ATAU TAK??
Read On

Antara Gadis A Dan Gadis B, Mana Satukah Anda?

60 comments 23 December 2010
Gadis A:

Gadis yg mencintai teman lelakinya dengan sepenuh hati. Dia tak kisah kekasihnya tak berharta. Cinta dia terhadap kekasihnya tulus dan ikhlas. Dia takkan pandang orang lain lagi. Baik buruk kekasihnya tetap dia terima. Walaupun masalah melanda, dia akan tetap setia..


Gadis B:

Gadis yang mempunyai teman lelaki. Tapi pada masa yg sama masih memberi peluang kepada lelaki lain. Dia pegang prinsip sebelum kahwin, dia berhak berkenalan mana-mana lelaki. Hanya lelaki yg betul-betul terbaik baginya akan dia pilih utk dibuat suami. Baginya, cinta boleh dipupuk selepas kahwin..


So, kepada perempuan yg baca entri ni. Soalan Jejaka Terhangat kepada korang:

Antara gadis A dan gadis B, mana satukah anda?


Korang rasa realiti kehidupan sekarang, lebih ramai gadis A atau gadis B..? Sila jawab kat komen yek. =)
Read On

Apa Yang Perlu Dibuat Jika Hubungan Terputus...

42 comments
Dalam bercinta tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan kan. Lebih lagi hujung tahun ni, breakup month. Bagi sesiapa yg putus cinta tu, tahniah Jejaka Terhangat ucapkan. Teruskan baca entri ni. Ahaks..


Apa yang perlu dibuat jika hubungan terputus:

1. Cari lagu sedih (break up song) yg sesuai.

2. Terus mengunci bilik dan menangis sampai mata bengkak.

3. Maki hamun kat boiprend yg kejam tinggalkan engko sbb pompuan laen..


Tettt, tipu je tu. Tapi biasanya point kat atas tu la yg biasa lelaki dan perempuan buat kalau putus cinta. Kalau korang memang ada buat camtu, rentikan la. Ikut tips yg ni plak..


Apa yang perlu anda buat jika putus cinta:


1. Nilai kesilapan diri sendiri.

Biasanya kalau putus cinta, manusia ni mesti nak terus salahkan pasangan dia. Kadang-kadang salah sendiri tak tengok plak. Nilai kesilapan, dan berusaha jadi lebih baik. Tu adalah yg terbaek..


2. Jangan terlalu bersedih.

Kalau putus cinta, anggap je takde jodoh dengan dia. Tanamkan dalam diri, anda akan dapat yg lebih baik drpd dia satu masa kelak. Jangan pulak dok layan perasaan dgn dengar lagu jiwang. Tahap despress anda pon akan jadi berganda nanti. Sebaliknya, buat sesuatu yg boleh buatkan anda hepi..


3. Jangan putus asa.

Jangan ingat dia dah takde, dunia anda pon dah berakhir. Banyak lagi bunga dan kumbang kat luar sana. Yang penting, belajar daripada kesilapan lepas. Dan perbaiki diri supaya salah yg sama tak berulang kat hubungan yg akan datang..



Kenapa Putus Cinta?

Biasanya putus cinta ni disebabkan lelaki yg bosan dengan sikap pasangan dia. Aku highlight kan kat sini "LELAKI MEMANG CEPAT BOSAN". Oleh tu, perempuan jangan terlalu mengada-ngada dengan pelbagai karenah jelik yg boleh buatkan pasangan anda berasa muak..

Contoh, cepat merajuk, terlalu meminta, mengongkong. Lelaki sangat tak suka sifat perempuan yg macam ni..

Dari pandangan perempuan pulak, lelaki yg biasa dibreakup kan oleh perempuan adalah lelaki yg terlalu ego. Tak pandai menghargai perasaan mereka. So, lelaki sekalian, control egoist anda kalau nak hubungan jadi lebih kukuh..


Fenomena Lawak Ketika Putus Cinta:

Masa bercinta bukan main lagi tulis kat status facebook. Dia aku punya, dia segala-galanya. Hatiku hanya untukmu sayang. Uwekk, org tengok status dia pon terasa nak muntah hijau..

Bila putus cinta, maki hamun plak lelaki tu. Jantan tak guna, tak cukup satu. Dasar bajingan. Fuhh, macam2 lagi maki hamun. Dah perangai suka mencarut camtu sah-sah la takde laki yg berkenan.

Sebab tu paling penting, nilai kesilapan diri sendiri dulu sebelum terus salahkan pihak yg lagi satu. Berubah utk jadi yg lebih baik utk hubungan akan datang. Tu yg terbaik..

Gud Luck semua.. =)


p/s: Jangan jadi songsang kalau putus cinta. Tanamkan niat cinta seseorang tu atas cintanya pada Allah. Nescaya akidah anda takkan terpesong..


Koleksi Tips Memikat Oleh Jejaka Terhangat:

1. Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis (chapter 1)

2. Bagaimana Untuk Tawan Hati Si Dia (chapter 2)

3. Bagaimana Untuk Meluahkan Perasaan (chapter 3)

4. Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan (chapter 4)

5. Cara-cara Menghargai Pasangan (special chapter)
Read On

Drama Lagenda Budak Setan Version 2.0 by Jejaka Terhangat.

49 comments 22 December 2010
Korang ingat lagi tak Drama Lagenda Budak Setan versi Jejaka Terhangat kat post lepas? Tahniah aku ucapkan kat JT Brilliant Sdn. Bhd sbb drama tu dapat kutipan pecah panggung 41 Juta mengalahkan 2 Alam DDR Production. Perasan jap. Ahaks..

Sekali lagi JT Brilliant Production keluarkan Drama Lagenda Budak Setan Version 2.0. Dah ready popcorn? Jum kita layan.



Lagu OST please..


Awak ingat lagi tak mula-mula saya luahkan perasaan kat awak. Awak kata saya "old school" sebab guna surat cinta. Tapi awak terima jugak cinta saya.


Saya tak kaya macam orang lain. Saya cuma ada skuter je untuk angkut awak ke sana-sini. Tapi awak kata awak tak pernah kisah semua tu.


 Awak suka ajak saya dating kat taman permainan. Sebab awak boleh suruh saya buai awak tinggi-tinggi. Kita bahagia ketika bersama.

Tapi secara tiba-tiba saya kena pergi tinggalkan awak. Saya kena pergi jauh ke kampung pedalaman untuk siapkan research saya.


Awak tak dapat terima pemergian saya. Awak marah dan tampar saya 49 kali. Awak kata saya kejam sebab tergamak tinggalkan awak.



Demi sayang saya pada awak. Saya ambil keputusan untuk tolak tawaran pensyarah semata-mata untuk kekal di sisi awak. Masa tu awak terharu sangat.


Awak tak dapat tahan kegembiraan. Tiba2 je awak berjoget-joget, berpusing-pusing tak berhenti. Awak kata kalau terlalu hepi memang biasa awak akan buat camtu.




Saya tersentap. Dalam hati saya dok kata
"Aku tolak tawaran pensyarah sebab budak tak betul ni? Oh, Tidak.!!"


~TAMMAT~





PELAKON:
Budak Setan - beruk jantan.
Budak Mental - beruk betina.

PENGARAH:
Jejaka Terhangat.

TERBITAN:
JT Brilliant Sdn Bhd.


Pengajaran:

Kenalilah hati budi seseorang tu betul-betul sebelum bercinta dengannya. Ngehh..=p
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...